BAB 1

Crime Completed 67718

Macam biasa, seperti hari yang sudah-sudah, suasana di dalam tempat ni memang agak membosankan. Sepi gila! Senang cerita sunyi tak ada orang. Sebab? Entah. Aku pun tak tahu kenapa. Padahal sini adalah tempat yang strategik untuk berniaga.

Yang namanya rezeki itu ada di mana-mana. Jadi, bersabar jelah. Kalau ada rezeki tu adalah. Mungkin itu kut yang menjadi tunggak utama kepada tuan gerai ini.

Perwira...

Dikaulah harapan hati

Penghibur kala sunyi

Pergilah berbakti

Membela pertiwi

Perwira...

Janganlah kekanda bimbang

Untuk pergi berjuang

Andainya kau gugur

Jasamu dikenang

Dengarlah lagu kucipta

Gubahan mesra nan manja

Sebagai ganti diri

Bersama kau berbakti

Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang

Adinda di medan seni

Sama-sama berjuang

Sama-sama berbakti

Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju jangan undur

Dinda mohon doa restu

Rela sehidup semati bersamamu

Perwiraku

“Eh, Mana Icam ni? Tak pasal-pasal habis satu lagu Saloma ni aku karaokekan….” Lama dah Auliya tunggu di kafeteria pusat bandar. Naik lemas dia tunggu lama-lama macam ni.

“Ada juga yang kena hempuk karang.” Auliya terus-terusan membebel seorang diri di mejanya.

Panas terik mentari pada tengahari itu menambahkan lagi kehangatan di hatinya. Baru sahaja Auliya nak mengangkat buntu berlalu dari terus menanti.

“Eh… nak kemana? Aku baru sampai ni. meh duduk.” Icam menarik lengan Auliya yang sudah pun nak blah dari tempat perjanjian mereka.

“Duduk!” Auliya akur dengan kehendak Icam bila di di dudukkan oleh temannya itu.

“Pehal kau ni? Make-up ke apa?” Soal Auliya.

“Jadahnya aku nak make-up. Ingat mak ni perempuan ke..” Jawab Icam sambil buat lenggok mak nyah itu.

“Habis tu, setengah jam tau.” Auliya mengadu. Janji pukul 1.00 petang tapi datangnya pukul 1 pagi. Memanglah menyirap dok.

“Kau ni. macam tak biasa pulak. Ni air sapa? Kau punya ke?” Tanpa menunggu Auliya menjawab, Icam terus meneguk air sirap limau laici ais yang masih berbaki separuh milik Auliya.

“Tanya aku, tapi belum jawab dah bedal dulu. Sengal.” Perlahan je suara Auliya mengutuk temannya yang rakus menghilangkan dahaganya.

Memang betullah. Sejak kebelakangan ni cuaca memang tak menentu. Hari ni panas terik dari pagi. Air botol dalam kereta Myvi hitam Auliya dah tiga botol besar habis untuk setengah hari sahaja. Panas bukan kepalang.

“Ni, aku dapat maklumat terbaru.” Icam mengeluarkan satu sampul surat bersaiz A4 berwarna coklat dari beg sandang berjenama Billabong coklet.

“Apa ni?” Sampul surat beralih tangan.

“Itu adalah tempat di mana mereka semua menyeludup. Tapi kuantiti yang biasanya dia orang bawak tak banyak.” Jelas Icam.

“Ye bang. Nak minum, makan?” Soal seorang budak perempuan yang nampak seperti belasan tahun yang berkerja di kafeteria ini.

“Bagi abang air oren susu ais. Makan nanti jelah.” Jawab Icam. Pelayan itu menulis pesanan Icam lalu pergi.

“Sambung balik. Apa yang aku tahu, mereka semua ni hanya buat kerja ni masa siang. Tak pelik ke? Berani kan.”

“Macam mana kau tahu?” Satu persatu gambar di tenung lama. Mencari maklumat yang boleh di terima pakai selain maklumat yang di terima dari Icam.

“Ni Icam lah. Walaupun hanya detektif tak di iktiraf oleh pihak berkuasa, aku banyak lubang.”

“Okey. Gambar ni bila kau ambil? Jaraknya macam dekat sangat. Kat mana tempat ni?”

“Oh, gambar ni aku ambil dalam jarak lima kilometer dari atas bukit. Tempat ni dalam sebuah hutan yang kita takkan pernah terfikir. Sedangkan ia depan mata.”

Di renung tajam Icam yang masih tersengeh menampakkan giginya yang putih melepak.

“Pastikan rambut yang di tarik dalam tepung jangan sampai putus dan tepung jangan berselerak.” Icam berkata perlahan tapi masih tersenyum memandang Auliya yang semestinya faham dengan apa yang cuba di sampaikan oleh dirinya.

“Aku faham. Macam biasa, dia orang tahu nak buat apa. Kau cuma perlu jalankan kerja kau. Tu pun dah cukup membantu.” Ujar Auliya menyimpan kembali gambar-gambar yang di bawa oleh Icam tadi.

“Eh, mana air aku ni. lamanya buat air. Bukannya ramai orang pun dekat sini.” Bebel Icam bila pesanannya belum sampai.

“Kau tak order mana nak sampainya.” Betah Auliya.

“Aku dah orderlah sengal. Mana entah. Kang aku blah air pulak sampai.”

“Baik kau tanya budak cshier tu. Kalau ada bayar jelah.” Mereka berdua bangun dan pergi ke tempat membuat bayaran.

“Dik, nak tanya. Pesanan abang ni tadi ada tak?” Auliya bertanya. Icam di sebelahnya hanya tersenyum macam kerang busuk melihat budak cashier.

“Erm, tak da pulak ada pesanan. Dari tadi hanya akak sorang jelah yang ada dekat sini. Tupun akak beli air je. Dah bayar dah pun.”

Icam dan Auliya memandang sesama mereka. Pelik. Jadi siapa budak perempuan yang ambil order Icam tadi? Malas nak memanjangkan cerita, mereka tidak bertanya lanjut.

“Oh. Ye ke. Mungkin saya lupa lah nak order tadi. Maaf ye dik.” Icam memberi isyarat mata kepada Auliya untuk berlalu.

“Mungkin puteri bunian yang ambil order kau kut.” Auliya berseloroh sambil mengelurkan topi berjenama Qick Silver merah jambu-biru dari beg selempang Pollo milikknya.

“Hahaha. Macam biasalah. Orang kacak macam aku ni memang ramai puteri bunian yang syok.” Icam juga turut berlelucon, menyembunyikan firasat hati yang sebenar.

“Apa-apa hal, roger jelah ye. Aku chau dulu.”

Hari berganti namun kes yang di handle masih belum lagi dapat di selesaikan dengan sempurna mana.

“Puan, Tuan Mokhtar panggil masuk ke bilik.” Arahan yang di terima dari Koprel Is menyentakkan lamunan pendek Auliya. Gambar-gambar yang di berikan oleh Icam tempoh hari di simpan baik di dalam laci mejanya.

“Masuk.” Arahan di terima setelah beberapa detik Auliya mengetuk pintu sebelum berjumpa dengan Ketuanya.

“Tuan.”

“Ye Inspektor Auliya. Silakan duduk.” Tuan Mokhtar memberi isyarat walaupun dia sedang membelakangkan Auliya saat ini.

“Awak tahu kenapa saya panggil awak masuk ke sini?” Kerusi beroda empat itu di pusingkan sehinggalah mereka berdua bertentangan muka.

“Tak pasti Tuan.” Perlahan suaranya. Kepala di tundukkan sedikit memandang meja kerja Tuan Mokhtar, selaku ketua jabatannya.

“Auliya, Auliya. Awak tahu tak, dah berapa lama kes ni tak selesai-selesai? Awak tahu kenapa? Sebab awak ego!”

“Awak beranggapan yang kononnya awak boleh handle kes ni sorang. Kenapa berlagak sangat?” Meja di hentak kuat.

Terkejut. “Bukan saya ego. Tapi dari Tuan nak bagi orang lain handle, biar saya yang buat. Walaupun saya kena kerja sorang-sorang.”

“Ha ha ha ha..” Tuan Mokhtar bangun, berdiri di belakang Auliya.

“Saya pernah beritahu awak. Saya hanya berikan awak tempoh seminggu lagi. dan waktu seminggu tu kian hampir. Esok adalah harinya. Awak dah bersedia hadapi tugasan lain dan meninggalkan kes yang awak handle kan ni?” Sinis sahaja suara yang kedengaran di cuping telinganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience