BAB 13

Horror & Thriller Completed 3197

“Mak Bidan..” panggil suatu suara yang nyata mengejutkan Mak Bidan. Mak Bidan segera mencari dari mana arah bunyi suara itu, dan siapakah itu gerangan orang yang berani masuk ke biliknya tanpa kebenaran daripadanya.

“Siapakah itu? Dari mana kamu? Kamu mahu apa? Siapa yang menutuskan kamu ke sini? Aku tidak ada harta benda, tetapi kamu tidak akan pulang dari rumah ini dengan tangan kosong, kerana kamu akanku sihir, kerana cuba menceroboh rumahku dan cuba mencuri!”

“Mak Bidan, ini saya, Eboy dan ini Aeon, anak Pak Anok. Kami diuntuskan oleh ibu kami, Nenek Kebayan Penjaga Hutan,” Mak Bidan amat terkejut memdengar nama itu.

“Nenek Kebayan Penjaga Hutan?”

“Ya Mak Bidan. Ibu kami mengatakan, kami perlu menyelamatkan kamu dan keluraga saya dari kampong ini. Kampong akan binasa kerana Dewa Hujan dan Dewa Tanah murka kepada penduduk ini, kerana mereka telah menganiayai sebuah keluraga di kampong ini..” jawab Aeon.

“Aeon??” Mak Bidan merenung wajah Aeon dalam -dalam dan lama -lama. Eboy dan Aeon saling berpandangan dengan perlakuan Mak Bidan itu.

“Aeon. Kamu sudah besar. Kamu sudah besar. Benarlah kataku bahawa akmu ini perempuan, dan bukannya laki -laki. Kamu sungguh cantik…”

Mak Bidan memeluk aeon dengan erat selepas meramas -ramas muka gadis itu. eboy tersenyum dengan situasi itu.

“Baiklah. Kamu berdua tinggal di sini dahulu. Biar saya menjemput ibu Aeon dari dan kakak dan abahnya dulu. Mereka pasti gembira dan tidak percaya, bahawa kamu sudah pulang ke kampung ini dengan selamat…”

Mak Bidan segera berlalu. Dia terpaksa menggunakan kuasanya di kampung itu keran dia ingin cepat. Lalu dia mengimbangi tubuh badannya dan dia mula terapung di udara. Sejurus dia membuka langkah, dia pun meluncur laju di udara.

Selepas permergian Mak Bidan ke rumah Mak Kona, Melur dan kawan -kawannya datang mencari Mak Bidan di rumah itu. Tiba -tiba Melur terpandang seorang wanita yang sangat cantik berada di dapur bawah rumah Mak Bidan. Hati cemburunya meluap -luap.

“Melati, tengok gadis di dapur Mak Bidan itu. dia pasti pencuri yang mencari makanan. Mari kita tengokkan. Jangan biarkan dia pulang dengan selamat. Dia itu keparat!!” kat Melur, sambil matanya dipicingkannya.

“Ya Melur. Gadis seperti itu sangat tidak elok mencuri. Lebih baik kita seksa dia sebelum membawanya ke hadapan orang kampung..” kata Orkid.

“Lagipun dia itu sangat cantik. Kalau dibiarkan lepas, kedudukan kita di kampung ini bisa tergugat!” kata Melati.

“Hemp! Dia itu tidaklah secantik mana. Aku lebih menawan darinya. Tapi katamu ada benarnya juga Melati. Walaupun dia tidak secantik aku, dia tetap juga akan menggugat kedudukan kit semua, terutamanya kamu berdua. Ayuh!”

Mereka bertiga mennju kearah Aeon yang sedang memasak di situ.

“Sundal! Apa kamu buat di sini? menceroboh rumah orang sembarangan! Tidak malu. Perempuan jalanan!” jerit Melur.

“Pencuri keparat!” tambah Melati.

“Kamu tidak akan lepas dari kami bertiga, sebelum kamu diadap kepada orang -orang kampung! Jangan kamu berharap kamu bisa lari!” celah Orkid pula.

Aeon terkejut dengan kedatangan ketiga -tiga gadis itu.

“Ambik engkau!”

Melur menghayungkan kayu kearah Aeon namun aeon sempat menangkapnya dengan tangannya.

“Siapa kalian? Dari mana kalian semua datang? Siapa yang mengutuskan kalian untuk mencederakan aku? Siapakah tuan kalian yang jahat itu?!!”

“Merepek kamu! Ambik engkau!! Giliran Melati pulak ingin memukul Aeon. Eboy yang baru sahaja turun dari ruma membiarkan sahaja situasi itu berlaku. Dia ingin melihat apa akan terjadi?

Hayunan kayu dari Melati Berjaya ditahan oleh Aeon. Dia mula bertindak dengan menendang peha Melur kuat. Melur terduduk , menahan sakit dan meraung sekuat hatinya. Melihat kepada keadaan itu, Orkid naik berang keran kawannya telah disakiti.

Jarang ada orang yang akan melawan mereka bertiga selama ini, malah tidak ada seorang pun yang berani. Orkid ingin menumbuk Aeon dengan kayu, namun Aeon terlebih dahulu menendang perut Orkid dengan telunjuk ibu kakinya.

Biarpun nampak perlahan, namun tenaga yang disalurkannya melalu ibu kaki itu cukup kuat untuk menumbangkan gadis mentah bertiga itu.

Sejurus itu, Aeon memusingkan kedua -dua tangannya dan kemudian menyatukan dua -dua telapak tangannya. Dari situ terbit satu tenaga yang muncul menjadi angin, berputar -putar seperti putting beliung dan menolak tiga menolak tiga gadis mentah itu tadi. Mereka terpelanting jauh. Malah Melur terhantuk di tiang.

Manakala Melati dan Orkid terhempas di tanah. Saat itu juga Mak Bidan datang dengan keluarga Aeon. Dia segera meluru turun dari tikar terbang dan menyihir ketiga -tiga gadis itu. Tiga sihir yang telah digunakannya, iaitu sihir menghodohkan muka, sihir mematahkan tulang dan sihir membisu.

Jadi, ketiga -tiga gadis tadi meraung menahan sakit apabila terkena sihir mematahkan tulang, namun, sesaat itu, mereka tiba -tiba diam kerana terkena sihir membisu!

Orang kampung datang berkerumun melihat peristiwa yang berlaku. Tidak tahu siapa yang menghebohkan perkara itu? mungkin mereka terlihat aksi pergaduhan itu, atau ada yang menyedari Mak Bidan terbang dengan tikar ajaibnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience