BAB 12

Horror & Thriller Completed 3197

SUDAH 21 tahun berlalu, Pak Anok menjadi semakin tidak siuman. Keadaan hidup mereka sekeluarga semakin daif kerana telah diabaikan oleh oleh Pak Anok. Mak Kona pula tidak memiliki kudrat yang kuat untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Noka pula menjadi tidak yakin pada dirinya sendiri kerana selalu diejek oleh rakan sebayanya.

Hidup mereka sekeluarga disisihkan dan mereka tinggal jauh dari kelompok orang ramai. Hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kadang -kadang mereka tidak dapat makan satu hari.

Mujur Mak Bidan selalu membantu mereka dikala mereka menghadapi kesusahan. Itupun sekadar yang termampu sahaja, kerana Mak Bidan pun menghadapi kesukaran hidup kerana dia sendiri semakin tua.

“Siapa pula yang mencabut anak -anak padi sawah kita ni Noka??” kata Mak Kano, separuh merungut, tetapi masih mampu didengari oleh Noka yang berdiri di belakangnya. Air mata Mak Kona jatuh perlahan. Meskipun sudah dua puluh satu tahun dia menghadapi situasi yang sama, dia masih tidak dapat menerima hakikat yang dia akan dihina dan disisihkan sebegitu hebat.

“Kita akan mati tidak lama lagi mak, jika keadaan begini berterusan. Ayah pula tidak dapat membantu walau sekelumit tenaga. Orang kampung pula langsung tidak ada hati perut. Bilalah Tuhan akan menjatuhkan hukuman untuk mereka yang berhati busuk ni mak?”

“Sudahlah Nako, lebih baik kita mula menanam balik padi -padi itu sebelum dia mati..” kat Mak Kona. Baru sahaja beberapa langkah, Mak Kona menginjak tanah sawah itu, tiba -tiba satu suara menjerit kuat.

“Hoi perempuan sial!! Jangan kamu berani -berani nak menghidupkan kembali tanaman kamu itu! kerana itulah tanaman kami tidak dapat tumbuh dengan subur! Bukan keluraga kamu sahaja yang membawa sial, malah padi kamu ini akan membawa sial kepada tanaman kami!

Lupakan niat kamu untuk menanamnya kembali sebelum kami bertindak lebih kasar! Cukuplah kami sudah mengahalau kamu dari kampung ini, kami sudah tidak rela lagi berbuat jahat! Sudah! Pergi kamu dari sini!!” rupa -rupanya itu suara ibu Melur.

Sudah tua Bangka, juga masih tidak berubah -ubah. Melur berdiri disisinya dan terdapat juga orang kampung disamping mereka berdua. Tidak semua, tapi juga sangat banyak.

“Baling mereka berdua! Mereka tidak mahu berganjak tu!!” jerit Melur pula. Beleum sempat Mak Kona ingin menenangkan orang -orang itu, batu dan segala yang digunakan untuk menbaling mereka berdua berterbangan menuju kea rah dia dan anaknya.

Mak Kona tidak sempat mengelak. Kepalanya terkena kayu. Noka cepat -cepat menarik maknya pergi dari situ. Mak Kona nampaknya pengsan. Noka mengagahkan kudratnya untuk memapah maknya pergi dari situ dengan cepat -cepat.

Segala peralatan untuk bertani ditinggalkan begitu sahaja kerana tidak ada masa untuk mengambilnya, kalau tidak dia pun mungkin akan pengsan seperti maknya itu.

“Pergilah kamu perempuan keparat!!! Bawalah ibumu itu jauh dari sini dan jangan datang lagi sekiranya kamu tidak mahu menjadi mayat!!” jerit Melur dengan galaknya. Noka sudah jauh memapah ibunya dari tempat tersebut.

Mak bidan mendapat tahu perkara yang baaru sahaja terjadi itu lalu memdapatkan Noka dan Mak Kona di hujung kampong itu. dia tergasa -gesa kerana menyangkakan Mak Kona mendapat kecederaan yang teruk dan patut diubati dengan segara.

“Mak pengsan Mak Bidan. Saya tidak tahu nak berbuat apa. Kalau mak tidak ada, saya lebih rela mengikutnya mati daripada hidup di kampung ini dan dihina,” kata Noka dalam tangisan.

“Ibumu tidak apa -apa. Dia baik -baik sahaja. Dia Cuma pengsan. Noka tidak perlulah risau. Sekejap lagi dia aku bangunlah tu. Jadi, saya balik dulu, kalau ada apa -apa, bagitahu saya, ya? Jaga diri baik -baik.

Ayahmu itu jangan dibiarkan begitu. Bagi dia makan makanan yang saya bawa tadi. Kalau ibumu sudah sedar nanti, suapkan juga dia makanan. Saya pergi dulu..”

Mak Bidan terkedek -kedek berjalan pulang. Kudrat tuanya tidak lagi membantunya seperti dulu. Berjalan pun dia perlahan -lahan kerana tenaganya tidak sekuat dulu. Kira -kira sejam dia sampai dirumahnya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat pintunya tidak berkunci, malah tidak ditutup.

“aduh Siapa pula yang datang mencuri ke rumah tua aku ini? Mereka mahu mengambil apa di dalam itu? sedangkan aku hanya ada ada diriku sahaja?? Manusia, manusia. Tidak pernah puas dengan rezeki yang Tuhan turunkan, mahu mencuri lagi..” rungutnya seraya membasuh kakinya di tangga sebelum masuk. Dia melangkah perlahan -lahan ke dalam pondok usangnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience