BAB 6

Horror & Thriller Completed 3197

“Anok! Apa kamu buat kat situ? Apa yang kamu cari? Apa yang hilang?” tanya Mak Kano. Bertubi -tubi.

“Kano. Bagitau aku, kat mana kamu sembunyikan anak itu? Aku dah penat mencari ni. Buat apa kamu sembunyikannya dari aku? Aku kan abah dia..?”

Mulut Mak Kano melopong. Nako nangis lagi. Dia sedih sangat dengan situasi itu. tidak tahu pula dia sampai begitu sekali keadaan ayahnya. Awalnya dia ingatkan ayahnya tidak ingin berkorban apa -apa untuk menyelamatkan Aeon, rupa -rupanya ayahnya lebih sayangkan Aeon.

“Buat apa aku sembunyikan budak itu dari kamu, Anok? Kamu sudah gilakah? Bukankah kamu sendiri yang hantar dia pergi ke hutan? Apa kau masih tidak sedarkah?”

“Ya! Memang aku yang menghantar dia pergi! Aku masih ingat lagi. Tapi masa kamu ambik aku balik dari hutan itu, mustahil kamu tidak bawa Aeon balik sekali. mustahil! Sebab kamu sangat sayangkan dia. Bagitau aku laa Kano.

Mana kamu sembunyikan budak itu? Jangan kisah dengan orang kampung. Jangan takut untuk menayangkan budak itu kepada meraka. Itu anak kita. Dia manusia juga. Dia berhak hidup seperti kita. Tolonglah Kano. Jangan sembunyikan dia”

Air mata Mak Kano berjejeran jatuh. Hatinya amat tersentuh. Tidak dia tahu sebegitu dalamnya kasih Pak Anok kepada Aeon. Tetapi sudah terlambat untuk Pak Anok berkata begitu, kerana Aeon sudah jauh dari mereka. Aeon mungkin sudah menjadi makanan binatang buas dalam hutan tebal itu.

Keadaan Pak Anok berlarutan tanpa penghujungnya sehingga dia digelar orang gila oleh orang kampungnya. Keluarga mereka mula disisihkan kerana takut tempias sial akan terkena kepada meraka pula. Mak Kano menjalankan semua tanggungjawab di rumah kerana Pak Anok sudah tidak boleh di harapkan. Noka terpaksa hidup dalam cemuhan. Dia tidak dapat membesar seperti anak gadis lain.

CHIENTA menjaga Aeon dengan baik sekali. Eboy diajar menjadi seorang lelaki yang sebenar dalam menghadapi keadaan di hutan tebal itu. Ibu mereka mengajar mereka ilmu -ilmu ghaib yang akan menolong mereka dalam keadaan susah nanti. Ibu mereka sentiasa melihat kepada keadaan susah yang bakal berlaku.

Jadi dia mempersiapkan anak -anaknya dengan ilmu seumpama itu. Aeon yang masih kecil pun diajarnya. Perkara pertama yang dilakukannya ialah menyempurnakan Aeon sebagai seorang bayi wanita yang normal. Dia selalu memegang tangan Aeon untuk berkomunikasi dengan Aeon dalam mengajar budak sekecil Aeon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience