BAB 2

Horror & Thriller Completed 3197

Suasana sunyi selepas Mak Bidan meniggalkan ruang rumah itu. Air mata Mak Kona mengalir perlahan. Tidak sangka dia akan menghadapi saat -saat paling sedih dalam hidupnya. Pak Anok mundar -mandir memikirkan sesuatu. Hati wanita Noka tersentuh. Tidak sampai beberapa hari untuk dia mengecapi perasaan memiliki seorang adik, rasa itu akan diragut tidak lama tagi.

“Kona, aku akan menghantar anak ini ke hutan awal pagi esok. Kita tidak perlu risau pasal anak ini. Dia akan selamat. Saya pasti dia akan selamat. Haiwan lebih murni daripada kita. Mereka akan menjaganya nanti. Saya pasti,”

“Macam mana Anok pasti sangat? Sedangkan dulu kamu digigit anjing. Masih juga kamu percaya haiwan itu ada naluri?? Kamu ini gila ke apa? Kamu tidak berfikir dengan waras Anok. Kamu pentingkan diri. Kamu tidak ada naluri kemanusiaan. Kita yang bersepakat melahirkannya. Jadi, bila berlaku keadaan begini, kita kena juga bersepakat.

Kita kena harunginya bersama. Kita akan mati bersama. Kita akan musnah bersama. Aku tidak kira apa akan berlaku, yang penting aku tidak akan membiarkan anak tidak berdosa ini menghadapi hidupnya sendiri..”

“Kona. Anak kita akan selamat. Kita tidak perlu mati untuk ini kerana kita akan bertemu lagi suatu hari nanti. Kita akau bersama lagi dengan anak ini. Aku akan hantar juga dia ke hutan itu nanti. Noka, siapkan bekalan abah untuk 3 hari. Abah akan pergi juga esok!”

Air mata Mak Kona bercucuran jatuh melihat suaminya nekad sangat ingin menghantar anak itu ke hutan tebal yang dimaksudkan oleh Mak Bidan itu. Noka berbuat seperti yang disuruh. Bayi yang baru lahir itu tiba -tiba menangis. Ketiga -tiga mereka disitu lantas berpaling ke arah pangkuan Mak Kona. Noka tidak dapat menahan sebaknya. Dia juga turut menangis. Tetapi, dia tidak berani melawan kata -kata ayahnya.

Awal pagi itu, Pak Anok memulakan perjalanannya. Mak Kona sempat meninggalkan pesanan, walaupun pada mulanya dia tidak ingin bercakap walau sepatah pun, kerana tidak ingin berpisah dengan anaknya.

“Aeon, mak harap kamu selamat mengharungi hidup kamu di sana nanti. Mak akan sentiasa bersama dengan kamu walaupun mak jauh dari Aeon. Hiduplah kamu seperti namamu. Kelak mak akan berjumpa kamu lagi. Mak pasti…”

SEMENJAK pemergian Pak Anok menghantar anak itu ke hutan, Mak Kona dan Nako hidup berdua. Hati mereka dirundung pilu. Namun, Noka faham tugasnya sebagai anak. Dia menyempurnakan tugas ibunya selama ini. Dia tidak pernah merungut untuk itu. Awal pagi, dia akan menyediakan makanan untuk emaknya sebelum turun ke sawah. Waktu tengahari meninggi, dia akan pulang ke rumah. Sawah mereka agak jauh dari rumah, jadi Noka terpaksa melalui beberapa rumah sebelum sampai ke rumahnya.

“Eh, kamu nampak tak? Ada keluarga yang sial sedang lalu. Jangan berdiri di luar situ. Nanti kamu terkena sialnya. Cepat Melur, jangan kamu degil!” suara seorang mak cik tiba -tiba bergema apabila Noka melalui sebuah rumah. Di sangat tersentuh hati dengan gelaran itu.

“Saya nak baling dia dengan batu mak, boleh tak?” pinta si anak.

“Melur, jangan degil,” jerit emaknya, lalu menarik tangan anaknya masuk ke bilik. Anak yang dipanggil sebagai Melur itu sempat melemparkan seketul batu, tepat mengenai dahi Noka. Noka mengaduh. Dia tidak sempat mengelak kerana tidak terfikir yang anak biadap itu akan berbuat seperti apa yang dikatakannya tadi. Nasib baik tidak luka, dan hanya ada kesan biru sahaja.

Mak Kona sudah boleh melakukan kerja -kerja rumah. Dia baru sahaja selesai memasak ketika Noka sampai di rumah. Namun fikirannya tidak pernah lari dari memikirkan Aeon yang telah dihantar ke hutan oleh suaminya.

“Tadi saya telah dibaling dengan batu oleh Melur, anak Mak Limah. Dia kata kita ini keluarga sial. Dia minta supaya Melur tidak dekat dengan saya kerana takut terkena badinya. Saya diam saja, mak. Kemudian anaknya terus baling saya dengan batu,”

“Biarlah.. Mereka berhak berkata begitu. Mereka memang patut cakap begitu pada keluarga kita. Kerana kita hampir -hampir memusnahkan hidup mereka,”

“Tapi belum ada apa -apa yang berlaku mak. Kita sudah mengorbankan Aeon. Dan nyawa mereka selamat. Tidak juga mereka berterima kasih, malah mereka mengutuk kita sekeluarga. Noka tak boleh diam. Nanti mereka akan menyisihkan keluarga kita. Kita akan derita dengan ejekan mereka. Sedangkan kita telah melakukan sesuatu yang sangat besar untuk menyelamatkan nyawa mereka yang tidak berharga itu, masih juga tidak berterima kasih,” rungut Noka di hujung ayatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience