BAB 11

Horror & Thriller Completed 3197

Putera membuka mata perlahan -lahan. Dia mula bernafas berlahan -lahan. Raja mendapatkan anaknya. Mujur nenek kebayan datang menyelamatkan keadaan.

“Anakanda tidak apa -apa?” tanya raja

Putera menggeleng. Tangannya menunjuk ke arah permaisuri. Raja menoleh tanpa mengerti apa -apa.

“Anakanda ingin memberitahu apa -apa? Cakaplah…”

“Permaisuri itu yang telah membubuh racun ke dalam ramuan itu tadi. Dia ada bercakap menyatakan dia adalah komplot dalam semua hal ini. Dia yang menyihir anakanda. Dia jahat! Bunuh sahaja dia! Pancung dia hari ini!!!!” kata putera perlahan tetapi keras nadanya.

Raja memandang kearah permaisurinya yang terduduk kerana masih menahan pukulan Eboy tadi. Dia agak tidak faham dengan apa yang berlaku. Namun perlahan -lahan dia faham dengan situasi itu.

KEADAAN rumah Aeon dan keluarganya kembali seperti sediakala. Raja pula akan menunaikan permintaan nenek kebayan yang meminta supaya mengahwinkan putera tersebut dengan anaknya yang telah menyembuhkan penyakit putera tersebut.

Persiapan yang dilakukan amat meriah sekali. dalam tiga hari, perkahwinan telah dilangsungkan. Wajah Chienta sungguh berseri -seri menjadi isteri kepada anak raja tersebut. Kini tibalah hari perpisahan chienta dengan dua orang adik -beradiknya dan juga dengan ibunya.

“Chienta, bila jadi permaisuri nanti, jadilah permaisuri yang bagi dan bertanggungjawab. Bila suatu hari nanti Chienta sudah memiliki anak sendiri, turunkanlah ilmu yang ada pada Chienta kepada anak -anak Chienta. Kini sudah tiba masa untuk kamu berpisah dengan ibu dah adik kamu.

Mereka berdua pun tidak akan kekal bersama dengan ibu untuk selamanya. Meskipun begitu, kita akan sentiasa berhubung tidak kira di mana kita berada, sama ada di dunia atau di alam lain…”

Ibu mengucup dahi Chienta. Sedih sangat untuk mereka berpisah. Aeon menitiskna air matanya kerana tidak dapat menahan sebak. Manakala ibu dan Eboy sekadar memeluk dan melepaskan Chienta.

“Ibu, tidak ada rumah yang paling selesa untuk Chienta diami melainkan rumah kita ini. Tetapi Chienta terpaksa meninggalkan rumah yang menyimpan banyak kenangan ini untuk meneruskan hidup Chienta. Chienta berjanji tidak akan melupakan kamu semua….”

“Jaga diri kakak baik -baik…” pesan Aeon ringkas.

Tiga hari selepas Chienta meninggalkan rumah itu, suasana sangat sunyi dan tidak ceria. Mereka merasakan kekurangan Chienta itu sebagai satu kehilangan yang sangat besar. Ibu jarang berada di rumah dan kerap merayau -rayau dan menyamar menjadi orang tua yang menyeramkan. Bila balik dia pasti akan membawa buah -buahan hutan.

Eboy juga jarang berada di rumah. Di pergi memburu binatang, tetapi tidak di bunuhnya. Selepas menangkapnya, pasti akan dilepaskannya kerana dia Cuma berlatih untuk meningkatkan ilmunya, dan bukan berniat untuk membunuhnya. Aeon menjadi penunggu yang setia di rumah. Dia akan memasak untuk ibu dan abangnya, menggantikan tempat Cheinta selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience