BAB 1

Horror & Thriller Completed 3197

Parah! Kali ini memang parah. Di masa kecemasan inilah Pak Anok benar-benar tidak tahu nak buat apa lagi. Bini dia akan bersalin tidak lama lagi. Anaknya yang sulung sudah bergegas pergi ke rumah Mak Bidan untuk meminta pertolongan. Bininya terlantar di ruang dapur. Rumah yang kecil dan usang itu agak kelam kabut dengan suara bini Pak Anok dan juga suara Pak Anok meminta bininya bertenang.

“Sabar Mak Kona. Seminit lagi kita akan dapat anak. Mak Bidan akan tolong kamu. Sabar ya, sekejap lagi sampailah mereka tu..” kata Pak Anok.

Sesaat selepas Pak Anok habis bersuara, kedengaran Mak Bidan dan anaknya yang sulung bernama Noka sudah sampai. Muka Mak Bidan merah padan. Mungkin berlari dipaksa oleh Noka, yang memang bukan seorang yang penyabar.

“Ohh Mak Bidan. Kamu sampai juga akhirnya. Cepat. Bini aku sudah tidak tahan lagi tu. Dia akan melahirkan yang cantik utuk kami nanti. Cepat Mak Bidan,” gesa Pak Anok tanpa memperdulikan Mak Bidan yang sedang kepenatan.

“Yalah, yalah. Kamu ni. Dahlah celupar. Belum tahu lagi bagaimana yang akan keluar sudah dikatakan cantik. Memang nak kena ni..”

Pak Anok terpempan apabila dimarahi oleh Mak Bidan sebegitu. Sementara itu, tanpa memperdulikan Pak Anok, Mak Bidan mula menyempurnakan tugasnya. Noka sudah tidak ada di rumah itu lagi. Pak Anok duduk di ruang tamu. Kerja -kerja Mak Bidan sungguh rumit hingga dia mengambil masa satu jam setengah untuk menyempurnakan tugasnya.

Tepat jam 5 petang, maka lahirlah seorang bayi yang sangat comel. Tangisannya cukup menggemakan kampung itu. Anak yang lahir itu adalah lelaki. Mak Kona amat gembira dengan kelahiran itu. Begitu juga dengan Pak Anok. Dan Noka juga gembira. Akhirnya adik dia lelaki.

“Tak apalah… Noka sudah ada. Yang ini lelaki pun taka pa.. Kan Mak Bidan? Err… Apa pandangan Mak Bidan?” tanya Pak Anok. Mak Bidan sibuk mengemaskan barang -barangnya. Mukanya serius. Seolah -olah dia itu tidak akan menjawab.

“Bencana akan berlaku satu persatu. Kamu sekeluarga akan ditimpa nasib malang. Kampung kita ini bakal musnah. Orang kampung akan berang. Mereka akan menghalau kamu sekeluarga kerana semua ini adalah disebabkan oleh anak kamu ini. Jadi, sekiranya kamu ingin keadaan selamat dan aman, kamu akan menghantar anak itu ke dalam hutan tebal yang tidak didiami orang. Sekiranya tidak, kamu akan menerima akibatnya,” kata Mak Bidan bersahaja.

Mak Kona melopong. Pak Anok pun begitu. Noka pun begitu. Tetapi Mak Bidan buat muka selamba. Seperti tidak ada apa yang akan berlaku. Tetapi, bila Mak Bidan sudah mula meramal, itu akan berlaku. Setiap katanya ada berkat. Semuanya akan terjadi.

“Mengapa Mak Bidan berkata begitu?” tanya Mak Kano.

“Anak kamu dilahirkan sebagai lelaki. Tetapi dia sebenarnya bayi perempuan. Dia tidak cukup sifat. Sekiranya kamu menyimpan bayi ini, maka kamu akan beroleh bencana,” kata Mak Bidan, bersuara bagaikan tidak ada apa -apa berlaku.

“Tapi Mak Bidan…. Anak ini kan baru saja lahir. Dia tidak akan mengerti apa -apa untuk dihantar ke dalam hutan tebal. Dia akan mati. Disitu ada banyak segala macam bahaya menantinya. Janganlah Mak Bidan.”

Rayu Mak Kona.

“Kamu merayu pada aku? Tidak membuahkan apa -apa Kona. Kamu kena percaya pada kata -kata aku! Kalau tidak, kita semua akan mati!”

“Kalau kami sama -sama pergi dari sini, boleh kan Mak Bidan?”

“Keadaannya akan sama juga. Anak ini akan sampai di hutan itu tanpa kamu semua. Satu persatu daripada kamu akan mati dalam perjalanan, jika kamu berniat untuk tinggal bersama dengan anak ini,” kata Mak Bidan lagi.

“Tidak bolehkah kalau anak ini tinggal dengan kami buat beberapa tahun supaya kami boleh mengajar dia menghadapi hidup di hutan tebal itu nanti. Dan kami akan menghantar dia ke hutan bila dia genap 3 tahun?” kata Noka, mengusulkan satu cadangan.

“Dan aku harap dalam tempoh itu kamu mampu bertahan dengan nyawa kamu yang satu itu. Kerana jika aku sudah mengatakan anak itu perlu dihantar ke hutan tebal, kamu jangan melanggarnya. Anak ini membawa sial kepada kamu. Bukan sahaja kamu sekeluarga, malah kampong ini terletak ditangannya.

Percayalah, kalau tidak dalam masa empat hari ini, kamu akan menghadapi hari -hari yang paling sukar dalam hidup kamu. Izikan aku pergi dahulu, kerana aku telah menyempurnakan tugas aku. Semoga segalanya baik -baik sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience