BAB 3

Horror & Thriller Completed 3197

PADA petang hari ketiganya, Pak Anok sampai juga ke destinasi yang dia tujui. Sepanjang perjalanannya, dia tidak susah menghadapi kerenah anak kecil itu. dia hanya menyususui bayi itu dengan air kosong. Walaupun begitu, anak itu tidak pernah merengek lapar atau diganggu serangga atau nyamuk.

Cahaya matahai hampir melabuhkan tirainya apabila Pak Anok melabuhkan punggungnya di sebatang pokok. Di merenung hutan itu sebelum dia ingin berehat dengan lebih selesa lagi. Lama juga dia berbuat begitu. Hampir 2 minit berlalu.

“Penghuni hutan!!” jeritnya tiba -tiba. Hutan itu jadi bergema. Suasana hutan yang semakin gelap pun semakin menyeramkan. Burung -burung yang baru sahaja ingin beradu terkejut dengan gemaan suara itu, lantas mereka berterbangan dan berkicauan berbunyi. Tidak kurang juga haiwan lain yang turut sama terkejut.

Pak Anok jadi seram sejuk dengan suasana itu; penuh dengan bunyi haiwan yang terkejut. Tetapi dia tetap juga ingin meneruskan niatnya untuk bersuara. Kerana amat perlu baginya sebelum dia meninggalkan bayinya di situ.

“Aku terpaksa meninggalkan anak ini bersama kamu semua. Aku harap kamu hiduplah dengan dia seperti dia ini ahli keluarga kamu. Kalau tidak kerana terpaksa, ku tidak akan meninggalkan dia di sini.Terlalu bahaya bagi budak yang baru sahaja lahir untuk tinggal di hutan ini bersendirian. Tapi anak aku ini diramalkan akan membawa sial kepada kami sekeluarga dan juga kampung kami.

Jadi aku terpaksa. Kamu semua jangan laa risau, kerana dia tidak akan membawa sial kepada kamu semua kerana hanya tempat ini yang dapat menyimpannya. Aku mohon, jagalah anak aku ini.

Biarpun aku baru 3 hari sahaja bersama dengan dia, tetapi rasa sayang aku kepadanya melebihi nyawa aku sendiri. Jadi aku mohon sangat dengan kamu wahai warga hutan. Jagalah anak aku ini,” kata Pak Anok dengan sepenuh jiwanya.

Air matanya menitik perlahan. Begitu sedih untuknya melepaskan anak itu. lagipun sungguh tidak wajar baginya untuk meninggalkan seorang bayi yang berusia 3 hari di hutan tebal bersendirian. Anak berusia belasan tahun pun tidak akan selamat hidup di hutan ini tanpa kemahiran. Inikan pula anak yang langsung tidak mengerti apa -apa.

Tiba -tiba ada sesuatu yang berdetum dari atas tempat dia duduk. Pak Anok menoleh ke atas. Rupa -rupanya ada sebatang kayu yang jatuh dari atas. Pak Anok lantas bangun untuk mengelak. Dia memeluk anaknya dengan erat, seolah -olah dia harus mati, dan anak itu jangan!

Saat kayu yang sebesar pemeluk itu jatuh tepat mengenai tempat duduk Pak Anok tadi, dia telahpun Berjaya berguling menjauh dari tempat ini. Dia merasakan semua kesakitan saat di berguling menjauh dari tempat itu tadi. Aeon erat di dakapnya, jangan sesekali biarkan anak itu tercedera atau apa -apa.

Pak Anok menghembus nafas lega. Tidak menyangka dia terselamat dari malapetaka itu. Dia bangun perlahan, dengan tangan yang masih memeluk erat bayi kecil itu. Malam sudah memulakan tugasnya. Pak Anok memastikan anaknya selamat sebelum dia ingin meletakkan anak itu di situ. Jadi dia pun membuka pelukkannya sendiri.

Alangkah terkejutnya Pak Anok kerana anaknya tidak ada di dalam pelukannya. Dia mula mencari -cari dalam gelap itu. Dia berfikir mungkin anak itu terjatuh semasa dia berguling tadi tanpa dia sedar. Tapi mustahil juga, kerana dia merasakan kehangatan badan anaknya semasa dia menyelamatkan diri tadi.

Pak Anok mecari -cari dalam gelap. Dalam rungutannya. Dalam kebingungannya. Dalam keadaan dia masih tidak percaya. Dalam dia teraba -raba di dalam gelap, dia telah melanggar sebatang pokok. Mula -mula dia merasakan sedikit pening. Kemudian dia rasa kepalanya semakin berat dan dia terlanggar satu lagi benda yang membuatkan dia pengsan akhirnya.

KEESOKAN paginya, hutan itu kembali disinari cahaya matahari. Suasana kembali ceria seolah -olah tidak ada apa -apa yang telah berlaku disitu. Ya, hutan itu dengan selambanya muncul indah tanpa rasa bersalah. Sekujur tubuh Pak Anok pun sudah tidak kelihatan. Aeon pun juga tidak tahu dimana. Keadaan sunyi. Cuma ada bunyi haiwan yang mendiaminya sahaja yang berkicau riang.

“Orang tua itu telah terlambat. Kalau tidak, dia akan pulang dengan selamat. Tiga hari tidak cukup untuknya? Sungguh pemalas!” tiba -tiba seorang nenek tua muncul di tempat itu. Dia memegang sebatang tongkat yang kecil tapi sangat berseni gubahannya. Dia menghayunkan tongkatnya, dan hutan itu pun bersih seperti disapu. Kayu yang jatuh malam tadi pun sudah tidak kelihatan lagi.

Nenek itu terus melangkah pergi dari situ sambil membebel perkara yang tidak jelas. Cara berjalannya sangat menyeramkan, ditambah pula dengan karektornya yang seperti seorang nenek sihir yang jahat, kalau terserempak dengannya seorang diri, akan lari lintang pukang alamatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience