BAB 7

Horror & Thriller Completed 3197

20 TAHUN BERLALU.

AEON membesar dengan normal bersama dengan dua orang adik beradiknya. Chienta membesar sebagai seorang kakak yang sungguh cantik dan juga baik. Eboy menjadi seorang lelaki yang gagah perkasa.

“Susah payahnya memancing dengan kail ni. Aeon tak suka tunggu lama. Cepat bosan. Ikan pula sengaja tidak datang,”

“Bukan ikan sengaja tak datang. Tapi umpan kamu busuk…”

Seleroh Chienta. Eboy dan Chienta ketawa galak. Sementara itu pula, Aeon buat muka masam. Dia duduk bersimpuh. Kedua -dua telapak tangannya disatukan dan diletakkan ditengah -tengah dadanya. Dia mula bermeditasi.

Pada awalnya, cahaya kebiruan keluar dan memancarkan terus ke air. Eboy dan Chienta memerhatikan sahaja adik mereka membuat meditasi. Apa akan berlaku nanti?

Aeon menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerjanya itu. keadaan sebenar tebing air sungai itu sudah tida dapat dilihat dengan jelas, melainkan sekujur tubuh Aeon yang sedang duduk bersimpuh tanpa bergerak -gerak.

“Wahai ikan -ikan. Aku mengumpulkan kamu semua di sini kerena aku memerlukan kamu. Aku harap kamu sanggup berkorban untuk aku kali ini..” kata Aeon dalam mata yang terpejam.

“Untuk tuan, kami sedia apa sahaja, kerana kami memang untuk tuan. Katakan apa sahaja yang ingin tuan kami lakukan, kami akan tunaikan” jawab ikan yang mungkin ketua mereka.

“Baiklah. Silalah kamu mati untuk aku hari ini. Dan aku memerlukan 10 ekor dari kamu. Aku akan kenang jasa kamu sampai bila -bila..”

Selesai sahaja Aeon menghabiskan kata -katanya, maka berlompatanlah ikan -ikan ke pantai. Ada sepuluh ekor ikan yang sebesar tapak tangan sedang berlompatan di pantai. Chienta bertempik gembira dengan kejayan adiknya mendapatkan ikan -ikan itu.

“Tahniah Aeon.. kakak tidak sangka kakak ada seorang adik yang sehebat ini. Muda -muda lagi sudah pandai menguasai ilmu yang ibu ajarkan”

“Dia curi jampi Eboy. Ibu tidak ada mengajarnya ilmu itu. Itu untuk orang lelaki sahaja. Sebab hanya orang lelaki yang mencari makanan seperti itu. Orang perempuan hanya duduk di rumah dan memasak..” kata Eboy, sejurus Chienta menghabiskan ayatnya tadi.

“Apa salahnya kita belajar jampi itu, kerana kita tidak tahu siapa bakal suami kita nanti. Bolehlah kita siap sedia menghadapi hari -hari akan datang, kan kakak?”

“Betul! Kakak sangat setuju”

“Tapi ini tak adil. Aeon sudah curi kemahiran Eboy.”

“Abang Cuma rasa tergugat tu. Jangan risau, adik tidak akan mengatasi abang. percayalah,” kata Aeon. Ibu mereka memerhatikan dari jauh. Kemesraan antara mereka bertiga sangat menggembirakannya. Akhirnya dia Berjaya membesarkan tiga orang yang datang dari perlbagai latar.

“Tiba satu masa, kamu semua terpaksa berpisah dengan ibu, anak -anakku..” katanya suatu hari ketika mereka duduk -duduk di taman buatan anaknya bertiga itu.

“Kenapa ibu?” tanya Chienta

“Kerana kita tidak lagi layak bersama. Tapi kenanagan bersama anak -anak ibu, tidak mungkin ibu lupakan. Ibu tidak percaya, yang ibu membesarkan kamu tanpa menggunakan sihir ibu. Ibu tidak sangka semudah itu untuk mendidik kamu bertiga. Bila tiba saatnya, kamu akan berpisah dengan ibu. Dan salah seorang dari kamu nanti pula akan pergi meninggalkan yang dua lagi. Tapi ibu percaya, kamu bertiga sentiasa berhubung antara satu sama lain,”

Suasana sunyi tiba -tiba menyelunbungi mereka berempat beranak. Lama mereka membiarkan keadaan itu menguasai mereka. Keadaan sunyi itu sesuai untuk merehatkan otak, bebas dari segala bunyi bising.

“Jom.. ibu ingin melihat kamu bertiga berlari. Sejauh mana anak ibu ini menguasai apa yang ibu ajarkan. Dan ingat pesan ibu, jangan sesekali menggunakan untuk tujuan jahat, kerana ilmu itu akan hilang selepas kamu melakukan kejahatan. Ingat! Kalau kamu ingin kuasa ini kekal.”

Selesai sahaja mengucapkan ayat itu, ibu mereka mula membuka langkah dan dia mula berlari selaju angin, kemudian dia meningkatkan lagi tahap penguasaannya dan dia mula terapung dan kakinya berlari tanpa mengijak tanah.

Ketiga -tiga anaknya pula mula mengikuti langkah ibu mereka. Berlari selaju yang mungkin, tingkatkan kuasa dan penguasaan terhadap langkah itu dan akhirnya ketiga -tiga mereka terapung. Chienta menjerit gembira. Lama sudah mereka tidak berlari sebegitu, kerana ibu tidak membenarkan. Takut mereka leka dan tersesat dan tidak boleh mencari jalang pulang lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience