BAB 14

Horror & Thriller Completed 3197

“Setan kamu nenek sihir!! Kamu telah menjadikan anakku hodoh! Ambik engkau!!” ibu Melur menjerit di tengah keriuhan itu. dia segera mencapai batu dan membalingkannay kearah Mak Bidan. Eboy telah melakukan sesuatu apabila tiba -tiba batu itu melantun balik ke muka ibu Melur sebelum sempat ia hinggap di mana -mana bahagian badan Mak Bidan. Orang -orang di situ terpinga -pinga dengan keajaiban itu. mereka segera berundur beberapa langkah ke belakang.

“Marilah kita pergi meninggalkan kampung ini. Tidak lama lagi akan tiba masanya tanah ini akan musnah. Orang kampung ini akan musnah bersama -sama tanah ini!” kata Aeon. Maka mereka segera naik kembali ke tikar terbang Mak Bidan

“Wahai Dewa Angin..Dewa Hujan, Dewa Tanah dan segala Dewa di dunia ini, perbuatkanlah kampung ini seperti yang telah ditakdirkan yang akan berlaku. Engkau datangkanlah anginmu yang terkuat. Musnahkanlah kampUng ini seperti yang sepatutnya.

Hujanlah engkau selebatnya tanpa berhenti sehingga kampUng ini akan tenggelam. Bergegarlah engkau bumi, runtuhkanlah tanah di kampung ini agar ia musnah tanpa dapat didiami lagi. Engkau musnahkanlah manusia yang jahat disini! Engkau musnahkanlah manusia yang berhati busuk disini, agar mereka mati semua!! Matilah! Rosakkanlah kampong ini!!!!!”

Suara Mak Bidan kemudian hanya kedengaran sayup -sayup sahaja kerana hari pun mula murka. Mereka juga sudah mula terbang dengan tikar terbang tersebut menjauh dari kampung berdosa dek kerana ulah penghuninya. Guruh berdentuman.

Kilat sabung menyabung. Tanah mula bergegar dan mula runtuh disana sini. angin mula menganas dan disertai hujan yang teramat lebat dan kuat sekali. dalam beberapa minit, kampung itu mula musnah, rosak dan air mula naik. Tidak ada penduduk yang selamat.

Yang selamat hanya ada beberapa orang sahaja, mungkin sebahagian dari manusia yang baik ketika mendiami tempat tersebut, dan sebab itu mereka terpilih untuk selamat. Manusia menjerit -jerit meminta tolong sesama sendiri. Keadaan tidak ubah seperti dunia sedang kiamat..

AEON dan keluraganya selamat sampai di tempat kediaman Aeon dan Eboy bersama ibu mereka. Kedatangan mereka disambut dengan baik oleh ibu Aeon. Noka memandang adiknya lama -lama. Dia tidak menyangka akan berjumpa lagi dengan adiknya yang dia rindui selalu. Tidak dia menyangka bahawa adiknya selama ini selamat dan hidup aman.

Pak Anok tidak berhenti memeluk Aeon. Akhirnya dia berjumpa kembali dengan anaknya setelah bertahun -tahun dia mencari anak itu. air matanya tidak berhenti -henti jatuh menandakan betapa rindu dan sayangnya dia kepada anaknya itu. betapa dia gembiranya dia bertemu dengan anaknya itu setelah sekian lama tidak berjumpa. Mak Kona pula hanya mampu menangis dan mencium anak itu.

“Nampaknya kamu sudah bertemu dengan keluarga kamu kembali,” kata Eboy. Aeon yang ketika itu sedang duduk di tepi sungai tempat mereka bertiga selalu memancing dulu, agak terkejut dengan sapaan Eboy itu.

Dia memandang Eboy lama -lama dan kemudian mempersilakannya duduk bersama. Eboy mengambil tempat di sebelah kanan Aeon. Sesaat suasana mula sunyi. Tetapi tidak lama.

“Ya. Nampaknya mereka amat merindui aku. Dan aku juga sangat gembira berjumpa mereka. Dari kecil lagi ibu telah menceritakan pasal mereka. Walaupun aku tidak pernah merasa bagaimana bersama mereka, tapi aku dapat rasakan kasih sayang mereka”

“Emm. Sekarang kamu sedang gembira. Boleh tak aku minta satu permintaan dari kamu?” tanya Eboy tiba -tiba. Nadanya seperti tidak yakin, dan agak gemuruh.

“Ada apa? Katakanlah. Kalau kudrat ini masih mampu menunaikannya, maka aku akan tunaikan. Lagipun, kamu dan Chientalah yang banyak menceriakan hari -hari aku sedari kecil lagi. Begitu juga ibu. Jadi tidak ada masalah untuk aku menunaikannya..”

“Errr Begini. Emm Kita sekarang sudah dewasa. Sudah boleh hidup sendiri. Aku rasa selama kita hidup bersama, akau sangat senang bersama dengan kamu, Aeon. Aku rasa hidup aku ceria bila aku disamping kamu. Dan aku fikir kamu tentu juga merasakan apa yang aku rasa ini.

Aku percaya aku merasakan perasaan yang paling tulus dalam hati aku sejak dulu. Cuma aku tidak tahu bila masa sesuai untuk aku berbicara tentang itu sehinggalah saat ini. Aku rasa aku ingin menjadikan kamu sebagai teman hidup aku sepanjang hidup aku. Untuk berkongsi dengan aku susah senang, sedih dan gembira aku ingin menjadikan kamu isteri aku..”

Mata Eboy dan Aeon bertemu. Masing -masing seperti tidak mahu melepaskan pertempuran antara mata ke mata itu. eboy senyum perlahan. Dia mengharapkan jawapan yang paling indah keluar dari mulut Aeon.

“Hal itu Eboy kena tanya ibu dan mak Aeon dulu. Sekarang Aeon dijaga oleh lima orang. Jadi Eboy kena memenangi hati mereka terlebih dahulu kalau ingin memenangi hati Aeon. Kalau mereka semua setuju, Aeon tidak ada masalah.” Kata Aeon tenang.

“Baiklah, sekarang jugalah Eboy meminta kebenaran mereka. Dan eboy harap semua ini akan berlangsung dengan cepat!”lantas Eboy bangun. Dia mula menjalankan rancangannya.

Dia mengumpulkan semua yang ada di rumah itu. perlahan -lahan dia mengumumkan apa hajatnya. Dia berkata -kata dengan bersungguh-sungguh untuk memenangi hati lima orang itu. Mereka saling berpandangan bila Eboy mengumumkan keinginan hatinya. Selesai sahaja Eboy berkata-kata, masing-masing ketawa, dan ini membuatkan Eboy kebingungan.

“Hailah anak, kamu ni kan Eboy nakal sungguh!’’ ujar ibu

“Err, maksud ibu???” Eboy masih hairan dan terpinga -pinga tidak faham.

“Baiklah. Kami akan buat persiapan yang paling meriah. Chienta juga akan dijemput. Kamu dan Aeon tidak akan dapat melupakan hari perkahwinan kamu itu nanti.’’

Eboy amat gembira dengan jawapan itu. dia memberitahu berita itu kepada Aeon. Selang beberapa hari, perkahwinan itu dilangsungkan dengan meriah. Rakyat jelata yang diperintah oleh chienta dan suaminya juga dijemput datang untuk memeriahkan perkahwinan itu.

Demikianlah ceritera mereka, tentang bagaimana sebuah hajat direalisasikan dengan penuh kudrat, usaha dan ketulusan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience