BAB 8

Horror & Thriller Completed 3197

“Aku rasa dunia ini aku yang punya!!!” jerit Eboy lantang dan meningkatkan lagi kelajuannya. Aeon dengan senyum senang mula mengikut jejak abangnya. Chienta ketinggalan di belakang dan sedang menjerit supaya menunggunya. Tanpa memperdulikan laungan itu, Eboy terus meningkatkan nafsu bersaing yang ada pada Aeon ketika itu.

“Kita sudah masuk hutan, baiklah. Aeon jaga langkah kamu, pijak kayu itu!!”

Aeon berbuat seperti yang di suruh. Semakin lama semakin seronok. Kayu -kayu disitu bergoyangan sahaja kerana dipjak dengan kuat oleh Eboy dan Aeon.

“Hati -hati, jangan sampai terhantuk di dahan -dahan kayu!!” jerit Eboy.

“Adik tahu macam mana nak menjaga diri adik, hati -hati ada dahan di depan abang!!”

Jerit Aeon. Eboy mengelak.

“Eboy! Jangan bawa adik akmu jauh -jauh!!!” jerit ibu yang muncul tiba -tiba dari belakang. Eboy senyum dengan jeritan ibu. Dia mencapai tangan Aeon, dan mereka berusaha untuk mengimbangi kelajuan agar sama.

“Mari, kita berpatah balik,”

Spontan mereka berdua berbaling ke arah yang bertentangan dengan arah mereka tadi. Wajah ibu mula lega melihat kedua -duanya berpatah balik. Garis tegang itu mula hilang. Kemudian mereka sama -sama berlari pulang ke rumah. Kelajuan mereka umpama meteor yang sedang jatuh ke bumi. Tidak terasa sudah sampai di rumah balik.

Chienta kelihatan duduk di taman. Di melambai -lambai apabila kelibat tiga orang kesayangan muncul.

ADA suatu hari, anak raja jatuh sakit. Penyakitnya sangat ganjil kerana ramai tabib yang dipanggil datang mengubatinya, tidak juga juga sembuh. Oleh itu, telah diadakan satu pengumuman yang menyatakan siapa -siapa yang mampu meyembuhkan putera tersebut akan mendapat habuan yang setimpal.

Orang -orang suruhan istana sudah puas mencari tabib yang berkebolehan menyembuhkan putera tersebut, namun tidak juga bertemu dengan orang yang sesuai. Suatu hari, raja telah mendengar seorang rakyat berkata ada seorang nenek kebayan yang tinggal di hutan bahaya itu pandai dalam ilmu perubatan. Maka baginda menghantar pasukana untuk menjemput nenek kebayan tersebut.

Aeon, Chienta dan eboy terkejut dengan kedatangan rombongan diraja tersebut. Mereka berlari -lari mendapatkan ibu mereka dan menyampaikan berita yang tidak diduga. Ibu mereka bergegas bertukar menjadi nenek kebayan yang berwajah tua lagi buruk.

Ibu mereka mencapat tongkat sakti yang selalu dibawanya ketika menyamar menjadi nenek kebayan. Rombongan istana tersebut menunggu di taman. Mereka terkejut dengan kehadiran tiba -tiba nenek kebayan itu. pada mulanya mereka merasa seram seujuk dan takut.

“Apa hajat hamba semua datang ke teratak si tua ini? Apa kah hamba semua ingin memusnahkan hidup kami sekeluarga? Kamu begitu, langkah mayat si tua ini dahulu!”

“Nek, kami datang ini berniat baik. Kami tidak berniat ingin memusnahkan hidup nenek. Kami datang atas arahan sultan, bahawa anakanda banginda sedang sakit tenat. Maka kami dimaklumkan bahawa nenek mempunyai ilmu yang tinggi dan mampu menyembuhkan putera baginda,” jawab ketua rombongan tersebut, berhati -hati supaya tidak tersilap kata, dan akhirnya dimakan oleh sihir nenek kebayan itu.

Nenek kebayan itu ketawa dalam nada yang sakit. Dia berpaling kearah tiga orang anaknya.

“Si tua ini tidak mampu lagi mengubati orang lain. Si tua ini sudah hilang ilmunya. Putera raja tidaka akan sembuh!”

Utusan -utusan semua terkejut dengan kata -kata nenek kebayan itu. Seorang ingin bersuara, tetapi telah dihalang oleh yang bercakap pada mula -mula tadi. Nenek kebayan itu menyedari situasi itu dan dia ketawa sinis.

“Tapi si tua ini ada anak yang mewarisi ilmu si tua ini. Tapi, si tua ini meletakkan satu syarat untk menyembuhkan putera raja itu, sekiranya di terima. Kalau tidak putera raja itu akan sakit macam itu juga..”

“Apa pun syaratnya, akan diterima nenek. Asalkan nenek mampu sembuhkan tuan putera,”

Nenek kebayan ketawa galak mendengar jawapan itu. Semua yang di situ seram sejuk saja bila nenek kebayan itu mula ketawa mengilai. Sungguh seram, sehingga mampu menanggalkan bulu roma.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience