BAB 9

Horror & Thriller Completed 3197

CHIENTA telah dihantar oleh ibunya untuk mengubati putera raja itu. sesampai sahaja di istana, chienta dibawa menghadap raja. Selesai itu, Chienta dibawa pula ke kamar

Putera. Putera itu terlantar tidak bergerak gerak. Pada mulanya, Chienta juga agak bingung,tidak tahu bagaimana nak memulakan tugas itu. Inilah kali pertamanya dia mengubati orang selepas di menuntut ilmu dari ibunya. Dan dalam tugas pertamanya, dia memikul tugas yang sangat besar, iaitu menyembuhkan putera.

Chienta meluangkan seharian untuk membuat ramuan ubat yang sesuai untuk menyembuhkan putera itu. dia sendiri sebenarnya tidak tahu apa penyakit putera itu. tetapi dia membuat ramuan itu berpandukan kata -kata ibunya.

Setelah ramuan itu siap, terdengar suara permaisuri ingin masuk dari luar pintu kamar. Chienta membuka pintu.

“Kalau sudah siap, silakan hamba panggilkan raja agar datang ke sini, supaya baginda menyaksikan putera kesayangan baginda sihat di depan mata baginda. Tanpa membantah, Chienta keluar menurut perintah. Saat itu permaisuri tersebut mengambil kesempatan untuk membubuh racun ke dalam ramuan yang sudah siap itu. dia mula ketawa selepas Berjaya menyimpan racun di dalam ramuan itu. dia ketawa dengan nada yang menyakitkan hati.

“Sudah lama aku ingin engkau mati wahai putera. Engkau tidak akan mewarisi harta dan takhta ayahanda engkau melainkan adik engkau yang akan mendapatkan semua itu. Inilah peluang aku untuk membunuh engkau tanpa diketahui oleh sesiapa. Selepas engkau minum ramuan ini, maka engkau akan mati dengan segera, dan si tabib muda yang bodoh itu akan dihukum, bukannya aku!” pemaisuri itu ketawa lagi.

Air mata putera itu berlinangan mendengar ucapan itu. dia masih mampu mendengar dan melihat, tetapi dia tidak mampu berbuat apa -apa.

“Aku yang telah menyihir engkau supaya engkau terlantar begini. Kemudian datanglah tabib -tabib untuk menyembuhkan engkau. Aku sudah mengupah tabib -tabib sebelum ini supaya menipu dalam hal ini. Kalau tabib -tabib itu pura pura tidak dapat menyembuhkan engkau, maka mereka akan mencari tabib lain.

Jadi aku sengaja memilih tabib wanita yang bodoh ini untuk menamatkan riwayat engkau. Dia tidak tahu apa -apa tentang komplot aku. Dia datang memang ingin menyembuhkan engkau. Tapi aku akan membuat dia menjadi pesalah dalam hal ini walapun aku yang membunuh engkau sebenarnya….”

Permaisuri itu ketawa gembira.

Tiba -tiba Chienta datang bersama -sama dengan raja. Permaisuri berpura -pura prihatin dengan putera itu. air mata putera itu berlinang ketika memandang wajah ayahandanya. Dia kemudian mengalihkan pandangan kepada tabib wanita yang cantik disisi ayahandanya.

“Anakanda jangan menangis ya. Tabib ini anak kepada nenek kebayan yang terkenal dengan ubat -ubatan yang mujarab. Jadi anakanda tidak perlu risau. Selepas ini anakanda akau sembuh seperti sedia kala,” kata permaisuri itu memujuk putera itu.

“Silakan tabib bagi minum anakanda kami dengan ramuan mujarab kamu ini,” kata raja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience