BAB 10

Horror & Thriller Completed 3197

Chienta tampil lalu mencapai mangkuk yang berisi ramuannya tadi. Tiba -tiba putera itu menggeleng tidak mahu minum ramuan itu. Raja sangat hairan. Begitu juga dengan Chienta. Permaisuri pula mula mneggelabah. Dia mula mencari ikhtiar..

“Tabib, biarkan saya yang member anakanda saya minum itu. mungkin dia tidak ingin orang lain yang memberikannya minum..”

Putera itu semakin galak mengeleng. Air matanya jatuh bercucuran.

“Tak ada apa -apa akan terjadi anakanda. Bonda akan member anakanda minum ramuan ini. Maka anakanda pasti akau sembuh. Nah!” permaisuri cepat -cepat menuangkan ramuan yang bercampur racun itu masuk ke mulut putera. Dia memegang mulut putera sehingga ramuan itu ditelannya. Dia berasa lega sendiri.

Selesai itu, tiba tiba putera itu bersedak air ramuan itu tadi. Dai mila terbatuk dan muntah. Mula -mula muntahnya hanyalah buih -buih. Namun akhirnya mengeluarkan darah. Chienta mula menggelabah. Dia mula ketakutan. Permaisuri pura -pura menggelabah. Raja yang tidak tahu apa juga terkejut.

“Tabib!! Tabib itu. Tahan dia! Dia menyebabkan anakanda kita begini! Dia ingin membunuh anakanda kita! Tangkap dia..” pengawal datang dengan pantas dan menahan Chienta. Chienta tidak meronta, tetapi dia menafikan bukan dia yang menyebabkan kejadian itu

“Biarkan aku berhubung dengan ibuku dulu!”

“Jangan!! Jangan bagi dia peluang untuk berhubung dengan sesiapa. Dia akan memanggil bala tenteranya nanti! Tangkap dia!”

Namun Chienta sudah mula bermeditasi dan hilang dalam dunia nya sendiri meskipun tubuhnya masih ada di kamar putera itu.

“Ibu, Aeon, Eboy. Chienta dalam masalah. Lekaslah datang. Chienta perlukan pertolongan kamu bertiga,” selesai mengucapkan ayat itu, Chienta pulang kembali ke dunia asal dia. Keadaan menjadi beribut ketika Chienta kembali ke keadaan asal.

Belum sempat Chienta mengimbangi fikirannya dengan dunia nyata, tiba -tiba dia ditampar oleh permaisuri dengan hebat sekali dan dia jatuh pengsan di situ. Saat itu juga adik -beradiknya dan ibunya datang dalam sekelip mata. Ibu mereka yang muncul dalam katertor nenek kebayan lekas menghampiri putera yang sedang dalam keadaan kritikal.

Apabila permaisuri ingin mengapa -apa ibu mereka, Eboy bertindak mencengkam bahu kanan permaisuri, untuk mematikan urat saratnya.

Ibu terus merawat putera dengan kadar segera. Tangan putera digenggam, dia diam sejenak, dan putera mula reda dari muntah. Ibu berusaha untuk meyingkirkaa racun yang ada dalam badan putera tersebut. Nasib baik belum terlambat.

“Baiklah, putera, bangun. Kamu sudah sihat,” kata ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience