BAB 4

Horror & Thriller Completed 3197

“Jangan risau Pak Anok. Aku mendengar apa yang kamu seru semalam. Kalau tidak pun, aku memang akan menjaganya, kerana itulah tugas aku. Aeon akan selamat selagi dia bersama dengan aku” bebelnya lagi, kali ini agak jelas.

“Kalau kamu letakkan anak itu awa sikit, dan terus berlalu, kamu tidak akan pulang dalam keadaan tidak siuman. Kamu akan pulang seperti sediakala. Tapi kamu degil.. Kamu degil. Sudah Mak Bidan bagitahu, masih juga kamu tidak mengikutnya.

Katanya. Berkali -kali dia mengulangi ayat yang sama. Berkali -kali itulah dia merungut ayat yang sama sehingga dia sampai di depan pondoknya. Kelihatan ada dua orang budak yang menunggu di depan pintu. Nenek itu tadi terus berubah menjadi seorang wanita yang cantik, yang berusia dalam lingkungan pertengahan 40 -an. Wajah dua orang budak itu sugul menanti seseorang. Mungkin menantinya.

“Eboy.. Chienta.. Tengok apa yang mak bawa” muncul setandan pisang di tangan wanita itu. Di sebelah kanan pula muncul beberapa ekor ikan yang siap diikat pada akar. Wajah dua orang budak itu tidak juga ceria.

“Apa mama buat di hutan itu? Merayau menjadi seorang nenek kebayan, menakutkan orang kat situ. Anak mak menangis dari tadi. Tidak pandai berhenti. Chienta sudah berusaha menenangkannya. Tapi dia degil juga..”

“Ohh sayang mama. Kamu sungguh anak yang baik. Sudah pandai menjaga adik ya? Nah, Eboy. Ambik makanan ni, bawa pergi ke dapur. Kejap lagi mak akan masak. Biar mak tengok dulu adik kamu tu..”

Wanita itu bergegas masuk ke kamar.

Rumah itu biarpun diperbuat daripada kayu, dan komponen -komponen hutan yang lain, namun ianya amat indah. Binaannya amat berseni, sungguh cantik. Kawasannya juga sangat bersih dan terpelihara. Bunga -bunga yang tumbuh di sekeliling rumah itu juga menambahkan serinya, dengan wanginya yang sungguh harum.

“Chienta, kamu akan membesar dengan Aeon nanti. Kamu akan menjadi kakak yang baik. Sentiasa ada di sisi adik kamu di saat dia memerlukan kamu. Kamu berdua tidak dapat berpisah, sebab kamu berdua adalah anak yang lahir sebagai lelaki, dan membesar sebagai perempuan,”

“Baik mak. Chienta akan menjaga adik sehingga nyawa pun sanggup Chienta serahkan. Sekali chienta berjanji, selamanya chienta akan memegangnya,” anak yang mungkin berusia 6 tahun itu sangat petah berkata -kata, tidak menunjukkan dia berusia 6 tahun.

“Eboy akan bersama dengan chienta dan Aeon kan, Mak?”

Wanita itu menoleh ke arah anak lelaki yang berusia dalam lingkungan 8 tahun itu. Lama dia merenungnya. Eboy pula seakan menerima isyarat dari renungan mata maknya.

“Ya, tentulah anakku. Kamu bertiga adalah adik beradik. Tapi, suatu hari nanti, kamu akan mencintai salah seorang dari mereka berdua. Tidak ada halangan bagi kamu, kerana kamu bertiga bukanlah sedarah daging,” kata wanita itu bersahaja. Gayanya seperti orang yang serius. Tetapi dia sangat lembut dalam membesarkan anak -anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience