Bab 1

Humor Series 8271

“Cinderella!!!”

Satu jeritan yang lantang telah mengejutkan seorang gadis yang duduk berlunjur membaca komik kesukaannya, Doraemon. Sebaik sahaja mendengar jeritan itu, sepantas kilat gadis tersebut menyorong komik itu ke bawah almari dan dia berlari pantas menaiki anak-anak tangga menuju ke tempat datangnya suara itu.

“Cinderella!! Mana baju aku ha?!! Kan aku dah suruh kau sediakan baju aku?!! Kau tak nampak ke yang aku nak keluar ni?? Eeeee. Lembap betul la kau ni!!”

“Maaf, cik Mary. Saya memang dah sediakan baju tu tadi. Saya dah letak pun baju tu kat atas katil cik Mary. Tapi sekarang dah tak ade. Manalah saya tahu.”, jawab Cinderella perlahan sambil menundukkan kepalanya memandang lantai.

Apabila perempuan yang bernama Mary ni mendengar jawapan Cinderella dia pun naik marah. Kembang kempis lubang hidungnya menahan kemarahan yang meluap-luap.

“Ooo.. Engkau dah pandai nak menjawab pulak ye. Habis tu, mana pulak perginya baju aku tu?! Ada hantu ke kat rumah ni yang curi baju? Kalau ada hantu, kau le hantunya. Cepat sediakan baju aku!!”

Kesian Cinderella. Tak pasal-pasal kena marah dengan kakak tiri dia yang macam sado macam ahli gusti tu. Nasib baik tak digeleknya Cinderella. Kalau tak, alamat penyek dan jadi sotong keringlah Cinderella yang kecil molek tu. Si Mary gedik menjeling tajam ke arah Cinderell dan kembali ke meja komputernya; bermain permainan video wrestling kegemarannya sementara menunggu Cinderella sediakan baju dia.

Cinderella pun pergi la ambil baju kembang milik Si Mary tu. Lepas tu dia kena pulak menyeterika baju tu. Cinderella pun mengomel dalam hati. Maklumlah, depan-depan karang tak pasal-pasal dapat free pelempang. Tangan tu kalau kecik, takpelah jugak. Ni macam tangan gajah; kalau kena tampar mau kemek muka Cinderella.

Sedang Cinderella ni dengan fokusnya menyeterika baju, tiba-tiba masuk seorang perempuan tua. “Sayang.. sayang dah siap ke belum? Cepat sikit sayang. Kereta kuda kita dah sampai tu.” Rupa orang tua ni sebijik macam ahli sihir dalam cerita Hansel and Gretel. Mana taknyaa, orang tua ni punya makeup tak memadan. Buat ala-ala budak rockerz zaman sekarang. Dia punya celak, mak ooiii. Bukan main lentik di hujung.

Si Mary tu pun menjawab soalan mamanya dengan penuh kegedikan. “Belum lagi lah mama. Tengok la Cinderella tu, dia baru nak ironkan baju bucuk. Mengada-ngada betul dia tu,mama. Benci bucuk tengok.”

Cinderella pandang je budak gedik tu mengadu kat mak dia. “Cis, bucuk konon. Mengada-ngada. Menggedik betul. Padahal bukan setakat busuk, melantong, bau tahi kucing pun ada.”, bisik Cinderella dalam hati.

Cinderella buat je la kerja dia sambil memekakkan telinga. Buat-buat pekak. Nanti pekak betul-betul padan dengan muka Cinderella tu.

Sebaik sahaja mendengar rungutan tentang layanan Cinderella terhadap anak emas celupnya itu, mama si Mary ni pon menerpa ke arah Cinderella. Berdebar-debar jantung Cinderella melihat mata orang tua tu yang naik macam Ziana Zain. Tapi, ditahan juga perasaan takutnya itu.

Orang tua tu pun mencekak leher Cinderella. Gayanya macam budak samseng yang nak mengepow duit budak darjah tiga.
“Hei, Cinderella!! Kenapa kau lambat siapkan baju anak aku ha??!!”

Meremang bulu tengkuknya mendengar jeritan klon ahli sihir tu. Maka Cinderella pon menjawab dengan perasaan takut. “Maafkan saya, mama. Saya dah sediakan baju tu tadi. Tapi, tetiba je baju tu hilang. Ni, saya tengah sediakan baju lah ni”, berkerut-kerut kening Cinderella, cuba melembutkan hati mama dia.

“HEY!!! Kau ni memang tak guna betullah. Lagi satu, berapa kali aku nak beritahu kau jangan panggil aku mama?! Panggil aku MEM kat dalam rumah ni. Panggil aku MEM EMEY! Siapa suruh kau memandai-mandai panggil aku MAMA?! Bila masa pulak aku mengandungkan kau? Beranakkan kau? Kau tak nampak ke anak aku tu nak pergi ke istana? Nak jumpa dengan putera mahkota? Anak kepada raja dan permaisuri negeri ni. Dah, siapkan baju anak aku, CEPAT!!”

“Mmma..mmaafkan saya, mem.”, menggigil kepala lutut Cinderella bila mak tiri dia jerit kat tepi telinga dia. Rasa cam pekak sekejap. Cepat-cepat Cinderella telan air liur dan korek-korek sikit telinga dia. Takut betul-betul pekak, tak ke naya je.

Si Mary tu pulak, bukan main suka melihat Cinderella kena marah. Siap tepuk tangan lagi, sebijik macam anjing laut yang buat persembahan kat zoo. Gedik betul minah tu.

Selepas Cinderella tolong siap-siapkan baju Mary, dia pun bergerak untuk ke dapur. Dia menuruni anak tangga dengan perlahan. Penat agaknya dia melayan karenah kedua adik tiri dan mak tirinya. Tengah dia turun slow motion, Si Mary tu pun berlari menuruni anak tangga. Mem Emey juga turun dan berjalan di belakang Mary. Sambil turun, Mary sempat pula menyiku bahu Cinderella. Tanpa disangka-sangka, tolakan Mary yang padu dari lengannya yang sado telah menyebabkan Cinderella jatuh bergolek ke bawah. Mary dan mama dia tergelak besar melihat Cinderella terjatuh.

Diorang terus blah macam tu je, tanpa menghulurkan bantuan dan ringankan beban kepada Cinderella yang jatuh terjelopok bak nangka busuk. Mereka keluar dari rumah dengan diiringi hilai tawa yang jika di dengar semakin lama, semakin menyakitkan hati.

Nasib baiklah Cinderella tak cedera. Dia bangun perlahan-lahan dan berjalan menuju ke dapur, port dia selalu melepak. Dapur tulah satu-satunya tempat dia dapat melepaskan penat dan berehat. Mak dia yang berperangai busuk macam telur tembelang tu lah yang suruh dia duduk kat situ. Setaraf katanya.

Rumah agam tu, bukan perempuan tua tu punya yang sebenarnya. Rumah agam tu sebenarnya milik Mummy dan Daddy Cinderella. Mereka yang bina rumah tu sama-sama. Naik tiang, pasang bumbung, mengecat, dan memasang marmar adalah usaha sama pasangan ini yang sebenarnya. Dan ada kisah di sebalik rumah agam yang tersergam indah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience