Bab 13 (Akhir)

Humor Series 8271

Beberapa bulan kemudian, upacara pembukaan bagi meraikan ketibaan anak-anak yatim diadakan. Mary selaku orang kuat di situ sedang bertungkus lumus bersama dengan penjaga dan dayang menyusun atur hidangan-hidangan di atas meja. Dia dan Cinderella juga bersama-sama memasak makanan istimewa untuk anak-anak yang bakal tiba, iaitu tiga kawah makaroni kari goreng istimewa.

Cinderella pula sibuk melayan tetamu kerana dia ialah pemilik rumah itu, jadi tidak manis sekiranya dia tidak melayan tetamu walaupun statusnya kini ialah isteri putera.

“Aku ingatkan majlis kahwin putera mahkota haritu yang terakhir kita dapat makan sedap-sedap macam ni”

“Negeri kita ni asyik buat jamuan makan je, nikmat sungguh la kan”

“Untung betul anak-anak tu dapat menjadi anak angkat keluarga Diraja”

Itulah kata-kata rakyat yang sedikit sebanyak melintas di telinga Cinderella. Cinderella terus melayan para tetamu yang hadir tanpa ada sedikitpun rasa janggal walaupun dia kurang bersosial sepanjang hidupnya.
.
“Mama!”, jerit Mary teruja lalu berlari mendapatkan ibunya yang sedang berjalan berpegang tangan dengan seorang lelaki tua.
Cinderella hanya memandang dari jauh. Mary bersalaman dan mencium pipi ibunya. Cinderella fikir lelaki itu pastinya suami baru Mem Emey si tauke balak yang dikatakan Mary. Tetapi semakin Cinderella tenung, semakin lain wajah Mem Emey kelihatan di matanya. Mem Emey kelihatan sungul dan cengkung. Pakaian yang dipakainya juga biasa-biasa sahaja tidak se’grand’ selalu.

“Dia lah balu Kemetom yang duduk di sini sebelum ni kan. Ibu tiri tuanku Cinderella? Dengar kata sebelum mereka berkahwin, lelaki tua tu mengaku yang dia ialah tauke balak. Tapi sebenarnya dia cuma tukang besi biasa”, bisik salah seorang wanita berambut kerinting yang bergossip di tepi telinga Cinderella
“Aku pun dengar juga. Asalnya Kemetom ni berduit sebelum dia terkahwin dengan suami dia. Tapi duit tu semua suami dia pakai untuk bisnes, tapi lingkup. Sekarang dia terpaksa tolong suami dia bekerja di kedai besi. Haihh, kesian. Nak lari, duit pun dah habis terpaksa jugalah hadap semua”, tambah seorang lagi rakan gossip wanita yang berambut kerinting itu tadi.

Mary kemudian meninggalkan ibunya dan berlari mendapatkan Cinderella.

“Aku tak tahu yang mama juga datang. Kau jemput dia ke, kakak?”, tanya Cinderella

“Ya. Mama berkeras nak tahu kat mana kakak tinggal selepas keluar dari rumah dia dan pakcik. Jadi kakak panggil dia datang dan tengok sendiri. Kakak nak dia tengok pengakhiran rumah yang dia dah jual ni. Kakak cakap yang kau ada sini, tapi dia tarik muka”, ujar Mary sedikit kesal dengan sikap ibunya.

“Takpelah, nanti aku pergi jumpa mama sekejap. Lagipun ada benda aku nak cakap dengan dia sikit”

“Hati-hati sikit. Kalau kau silap cakap nanti, faham-faham lah kan. Tangan mama tu laju je hinggap kat pipi kau. Tak pasal-pasal duduk penjara pulak dia nanti”, kata Mary menepuk bahu Cinderella dan beredar kembali ke kumpulan wanita yang berkerja tadi.

“Mem”, sapa Cinderella dari belakang Mem Emey yang sedang berdiri sedikit jauh dari orang ramai.
Cinderella memberanikan diri mencapai tangan Mem Emey tetapi Mem Emey segera menyentap tangannya kembali.

“Tuanku..”, tegur suami Mem Emey seraya tersenyum ke arah Cinderella. Di tangannya terdapat sepinggan makanan yang baru diambil di meja. Cinderella membalas senyuman lelaki tua itu.

“Boleh saya bercakap dengan isteri pakcik sebentar?”, soal Cinderella meminta izin.
“Sudah tentu, tuanku. Isteri patik milik tuanku”, kata lelaki tua itu. Dia kemudiannya beredar meninggalkan Cinderella dan Mem Emey berdua.

“Mama apa khabar? Tahniah! Saya dah dengar berita tentang perkahwinan mama dari Mary”

“Aku datang sini bukan nak jumpa kau. Aku nak tengok Mary je. Tak sangka pulak yang tempat tinggal ‘hebat’ yang dia bagitahu aku tu kat sini. Kalau aku tahu, aku takkan jejak kaki aku ke sini. Tambah ada kau pulak, memang tak la aku nak datang”, kata Mem Emey. Wajahnya dialihkan tidak memandang Cinderella.

“Mama, apa kata kita lupakan semua yang berlaku sebelum ni. Kita buka buku baru. Saya ada dengar cerita pasal pakcik. Tentang dia habiskan harta mama dan paksa mama berkerja. Mama, kalau mama nak, bila-bila masa je mama boleh datang sini balik tinggal dengan Mary”, pujuk Cinderella walaupun Mem Emey tidak memandangnya langsung.

“Kau tak payah nak bermama mama dengan aku lah Cinderella. Masa aku mengaku aku ibu kau, tak nak pulak kau mengaku. Cakap je lah yang kau sengaja nak aku nampak buruk depan semua orang kan? Walaupun kau dah baik dengan Mary, tapi aku takkan terima bantuan dari orang macam kau. Biarlah satu dunia sanjung kau sekali pun, tapi bukan aku. Lagipun aku lebih gembira dengan hidup aku sekarang”, kata Mem Emey sambil mendongak ke langit.

“Gembira?”, soal Cinderella. Dia mencapai tangan Mem Emey yang kasar. Kemudian meyentuh pula muka Mem Emey. “Mama dah cengkung, tahu tak?”

“Aku tak nak simpati dari kau. Baik kau alihkan tangan kau ni sebelum aku tolak kau. Aku tahu la, kau dah banyak pengawal sekarang jadi kau berani buat apa je kan?”

Cinderella mengalihkan tangannya turun dari muka Mem Emey. Dia tidak menjawab sebaliknya hanya diam.

“Ini semua jadi sebab kau. Pasti kau yang menyumpah aku masa dulu supaya hidup aku susah macam ni kan?”, kata Mem Emey. Kali ini dia menjeling tajam ke arah Cinderella. Terasa meremang juga bulu roma Cinderella. Sudah berapa lama dia tidak melihat jelingan maut itu.
“Mama!”, bentak Cinderella. “Ya, tu memang saya tak nafikan. Tapi saya bukannya bersaka sampai apa-apa yang saya cakap jadi kenyataan. Mama sendiri yang buat keputusan, kenapa mama nak salahkan saya?”

Nada tinggi Cinderella menarik perhatian putera Danny. Putera bergegas mendampingi isterinya apabila dia perasankan kehadiran Mem Emey di majlis itu.

“Sudahlah Cinderella. Sekarang kau datang jumpa aku ni sebab kau nak gelakkan aku kan? Dah puas? Kau gelakkanlah aku sampai perut kau terburai. Kau hiduplah dengan putera dalam kisah dongeng kau ni. Kau belum faham realiti dunia, aku nak tengok sampai bila kau boleh tersenyum bahagia”, kata Mem Emey sambil tersenyum sinis.

“Yang mem nak sumpah saya pulak, apehal?!”, tempik Cinderella bengang hampir menangkap kolar renda Mem Emey tapi sempat ditarik putera Danny yang standby dari tadi.
Para tetamu yang hadir terkejut melihat apa yang berlaku. Pengawal-pengawal juga terus memegang kedua-dua tangan Mem Emey.

“Wanita ini buat apa-apa pada tuanku ke? Kita bawa wanita tua ini ke istana untuk disiasat”, ujar salah seorang askar yang berada di situ.

“Lepaskan dia, pengawal. Ni semua salah faham”, arah Cinderella perlahan.

Dari jauh, suami Mem Emey berlari apabila melihat isterinya ditangkap pengawal.
“Ampunkan patik tuanku. Ampunkan patik kerana kesalahan isteri patik”
“Tak mengapa, kamu boleh teruskan dengan majlis ini.”, kata Cinderella pendek. Dia kemudian menarik tangan putera Danny memberi isyarat dia mahu beredar dari situ.

“Puan jangan risau. Selagi saya ada di sisi Cinderella saya takkan biarkan isteri saya melalui kehidupan yang sama macammana dia rasa dulu. Cukup lah berbelas tahun dia menjadi hamba kepada ibu tirinya sendiri. Saya akan pastikan dia hidup bahagia, tidak seperti yang puan sumpahkan tadi”, kata putera kepada Mem Emey sebelum mereka berdua berjalan meninggalkan kawasan majlis.

“Mari kita balik ke istana, kanda. Dinda rasa macam tak sihat lah. Mungkin kita boleh lawat anak-anak tu nanti selepas majlis ini tamat. Ataupun kanda nak tinggal di sini, dan dinda balik sendiri?”, tanya Cinderella sambil mengurut-urut dahinya.

“Dinda tak sihat? Baiklah, marilah kita pulang ke istana. Takkan kanda nak biarkan dinda seorang diri. Bila dinda dah sihat nanti, kita akan datang ke sini semula lawat anak-anak ya. Kanda pun balik istana sama”, kata putera sambil memimpin Cinderella masuk ke pondok untuk pulang ke istana.

Malam itu Cinderella termenung jauh ke luar jendela hingga dia tidak perasan putera Danny masuk ke bilik dan berdiri di belakangnya. Putera perlahan memeluk dari belakang dan menyangkutkan dagunya di bahu Cinderella.

“Apa yang dinda menungkan jauh ke luar? Dinda masih fikirkan tentang perkara tadi ke?”, bisik putera ke telinga isterinya.
“Ya dan tidak juga”

“Well, you have to take it easy darling. You need to forget about it and be happy. Soon everything will over. I will stay by your side no matter what happen, no matter how hopeless. I never let go”, bisik putera sambil mengeratkan pelukannya.

Cinderella terus memalingkan wajahnya memandang putera dengan pandangan tajam.

“Kanda ni. Tak payahlah cakap orang putih dengan dinda. Dinda tak pergi sekolah, dinda tak paham orang putih punya cakap ni. Dinda tahu cakap ailebiu ailebiu je”, rajuk Cinderella yang kemudian mencebikkan bibirnya.

“Sayang ni, janganlah marah. Kanda tak tahu yang dinda tak faham. Kanda cakap, walau apapun yang jadi, kanda selalu ada di samping dinda. Dinda ni pun, tadi dinda dah marah di majlis, sekarang kanda pun dinda marah. Marah-marah ni cepat tua tau. Tengok, kesan dia cepat. Dah kedut dah tangan ni. Alamak dah naik ke muka. Cepat senyum, cepat. Nanti lagi kedut”, gesa putera Danny sambil mencubit-cubit pipi Cinderella.

Cinderella tidak dapat menahan senyumannya dan ketawa perlahan. Kedua-dua tangan Cinderella disangkut ke leher putera.

“Kanda, kanda tahu kan dinda sayang sangat pada kanda. Orang putih cakap ailebiu”, kata Cinderella sambil tersenyum bahagia

“Kanda pun I love you dinda juga”

“Terima kasih, kanda. Dalam ramai-ramai gadis di negeri ini, kanda memilih masakan dinda pada malam tu”

“Oh sayang. Dinda masih percaya yang masakan itu yang menambat hati kanda? Kanda menjadikan pertandingan itu sebagai alasan sahaja'', ujar putera selamba.
“Alasan? Apa maksud kanda?”

“Alasan supaya kanda dapat mencari dinda. Kanda pasti yang dinda dah lupa yang kita pernah berjumpa sebelum ni”

“Maksud kanda di taman? Sudah tentu dinda belum nyanyuk lagi, kanda. Mana mungkin dinda lupa, banyak kali juga kanda pijak kaki dinda, tau. Dan muzik di telefon kanda tu lucu sangat, tapi lucu lagi ketua menteri punya nada dering telefon”, kata Cinderella sambil tertawa perlahan.

“Bukanlah dinda. Maksud kanda, 10 tahun yang lepas. Kanda ternampak dinda sedang menangis di taman. Masa tu, kanda sedang mengusik pengawal dan melarikan diri daripada mereka. Kanda terus datang dan duduk bersebelahan dengan dinda”, kata putera.

Pandangan putera dilemparkan jauh ke tingkap seakan membawanya kembali ke masa silam. Cinderella pula hanya terdiam kaku barangkali cuba mengingat kembali peristiwa yang diceritakan oleh putera. Rangkulannya dilepaskan.

“Yang dinda ingat ada seorang budak berhud hijau tiba-tiba datang dan duduk di sebelah dinda. Tapi budak berhud hijau itu perempuan”, ujar Cinderella pelik sepertinya cerita putera kurang padan dengan ingatannya.

“Itu kanda lah, dinda. Bukan budak perempuan!”, terang putera tidak percaya.
“Mati-mati dinda ingat perempuan. Sebab tudung tu kan. Lagipun suara kanda lembut sangat”

“Memanglah sayang. Masa tu suara pun belum pecah lagi kan”, kata putera sambil mengeleng kepala; bertambah tidak percaya lagi dengan kebongokan isterinya. “Kalau dinda masih ingat, kita tak cakap apa-apa pun. Dinda kemudian bangun dan memberikan kanda sebungkus makanan dan berlalu pergi”

“Dinda tak sangka. Dinda tak tahu nak cakap apa lagi..”, Cinderella masih terkebil-kebil mendengar pengakuan suaminya.

“Sejak tu kan dinda, kanda akan ke taman mencari dinda. Tapi kanda tak jumpa dinda dah lepastu, hinggalah beberapa tahun lepas tu kanda ternampak dinda di situ tengah malam. Tapi kanda tak boleh jumpa dinda hanya tengok dari jauh je sebab bila dinda datang, kanda balik ke istana”

“Jadi.. Kanda nak cakap yang kanda dah jatuh cinta pada dinda masa kita kecil-kecil kan? Kanda ni kecil-kecil dah gatal kan”, kata Cinderella sambil mencucuk-cucuk perut putera.

“Mana ada lah. Masa tu lebih kepada persahabatan. Sebagai sahabat kanda nak tahu kenapa dinda menangis masa tu, tapi tak berani nak buka mulut bertanya. Kecil-kecil mana pandai ailebiu ailebiu ni sayang. Tapi memang kanda tak nafikan yang perasaan pada dinda tak sama dengan gadis-gadis yang kanda kenal sebelum ini“

“Jadi dinda dah tertipu lah ni? Kanda pura-pura je tak kenal dinda masa kita menari di taman tempoh hari? Tu maknanya kanda memang teringin nak menari dengan dinda, sebab tu kanda buat helah ada majlis tari menari di istana kan?”

“Mana ada helah lah dinda. Dinda tahu tak masa ayahanda bagitahu tentang syarat mencari calon isteri kena diadakan majlis tari menari, punyalah kanda cuak. Jadi kanda cepat-cepat tunggu di taman dan menguji sendiri skill menari dinda. Tapi ternyata memang teruk, mengecewakan dan sumbang sungguh tarian dinda. Nasib baiklah kanda mampu yakinkan ayahanda dan bonda untuk menukar acara mengikut kepakaran dinda''

“Kanda ni pun, tak payahlah kutuk macam tu sekali skill tarian dinda”, kata Cinderella tidak puas hati.

“Dinda pun satu. Mana dinda menghilang semasa acara pemilihan? Hampir je kanda terpaksa kawin dengan ibu tiri dinda. Kecut perut kanda dibuatnya. Dah lah kanda baru sedar dari pengsan, rasa nak pengsan lagi tahu tak?”

“Maafkan dinda, kanda. Dinda tak tahu langsung. Lagipun mem tidak benarkan dinda datang ke majlis. Itupun dinda dihalau balik, nasib baiklah dinda berjaya juga datang semula ke istana dengan membawa lempeng durian untuk dipersembahkan”

“Dahlah lambat, lepas tu dinda tinggalkan kanda selepas dinda ditabalkan menjadi pemenang. Kanda sangka pasti dinda mereject kanda. Kanda belum habis merajuk lagi ni tau”, kata putera dan terus memalingkan badannya mengelak dari bersemuka dengan Cinderella.

“Janganlah merajuk, kanda. Bukan apa. Di rumah sana dah menjadi kebiasaan. Tiba pukul 12 tengah malam, Mem Emey bangun dari tidur untuk ke tandas. Jadi dindalah yang mengangkut air dan temankan dia. Mem Emey takut ada mata merah menyekodeng mem. Lagi pula dinda takut mem bakar rumah tu lepas dia nampak dinda di istana”, terang Cinderella cuba menjelaskan situasi sebenar kepada suaminya.

Cinderella menarik-narik badan suaminya cuba memujuk. Putera masih tidak bergerak dan diam seribu bahasa.

“Tapi kan, kalau dinda tak sempat datang malam tu mesti kanda dah selamat kahwin dengan mem kan? Sebabnya tak ada orang lain yang boleh menandingi masakan mem. Jadi mana panggilan yang bagus ya? Panggil daddy ke? Papa Danny mungkin? Atau ayahanda Danny?”, kata Cinderella sambil meninjau wajah suaminya dari sisi kanan.

Putera yang ternampak kepala isterinya terjenguk keluar terus mengepit kepala Cinderella dan mencubit-cubit pipi Cinderella sehingga puas.

“Maaf kanda, dinda tak buat lagi”, rayu Cinderella dalam tawa. “Bukan dinda la yang panggil macam tu. Tu untuk si kecil dalam perut dinda ni”

“Si kecil?”, gumam putera perlahan. Tangannya yang masih mengepit kepala Cinderella terus terlerai. “Si kecil siapa, dinda?”

Cinderella mengusap perutnya yang leper sambil tersenyum.

“Tapi tabib tak cakap pun pasal ni tadi. Katanya dinda penat, tu je”, kata putera masih tidak dapat percaya dengan apa yang dia baru sahaja dengar.

“Sebab dinda minta tabib tak bagitahu kanda. Dinda yang nak beritahu sendiri”, kata Cinderella masih tidak berhenti senyum.

“Kanda... Kanda tak tahu nak cakap apa”, kata putera tersenyum melebar hingga menampakkan lesung pipit killernya. Putera terus mendakap rapat isterinya dan mengucup dahi Cinderella berulang kali.

“Patutlah dinda asyik marah-marah je dua tiga hari ni...”, kata putera perlahan yang akhirnya tahu apa sebab perubahan yang berlaku pada isterinya. “Maafkan kanda. Kalau kanda tahu dari tadi, kanda tak berkasar dengan dinda”

“Kanda dah habis-habisan smackdown dinda, baru nak minta maaf. Jangan-jangan anak kita dah besar nanti jadi ahli gusti tak?”

Cinderella memandang suaminya sambil menyeringai nakal. Putera Danny memandang Cinderella tajam; tidak percaya apa yang terpacul keluar dari mulut isterinya. Gelabah putera Danny menyentuh kayu di tingkap berulang kali menyebabkan dia dan Cinderella tertawa dalam bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience