BAB 5

Thriller Completed 5180

"Ahhh!!''

Emir menghentak stereng kereta. Kepalanya kusut. Kesal kerana tidak dapat menahan amarahnya tadi. Tak patut dia bertindak begitu pada Haikal. Haikal kawannya.

Tapi dia tidak suka sikap Haikal yang mata keranjang itu. Sudah berbini buat cara ada bini! Elok je semua perempuan simpanannya mati! Emir ketawa sendiri.

Dari jauh kelihatan dua orang lelaki sedang mengganggu kanak-kanak lelaki gelandangan berhampiran kelab itu. Senyuman terukir dibibir. Kenangan hitam kembali menganggu fikirannya.
Senyuman yang terukir mati serta merta. Orang macamtulah yang merosak hidupnya. Dia harus mati! Ya dia mangsa seterusnya.

Pintu kereta dibuka. Laju Kaki melangkah ke arah mereka.

"Hoi!!.
''Jangan kacau budak-budak tu!''

Emir berjalan mendekati kedua lelaki itu.

Kedua mereka serentak berpaling. Budak lelaki itu dipegang kuat oleh lelaki mabuk itu.

"Kau ni siapa ha? bapak budak-budak ni?hahah" kedua mereka ketawa.

"Aku bukan bapak diorang. Tapi aku bakal jadi bapak korang!'' Emir tersenyum sinis.

Salah seorang daripada lelaki itu menghampiri Emir.

"Kau cakap apa tadi? aku tak dengar" lelaki itu mendekat kan telinganya pada mulut Emir. Bau alkohol dari mulut lelaki itu tidak dipedulikan.

"Aku ada tawaran untuk korang. Korang ikut aku" Emir menawarkan sesuatu pada kedua mereka.

"Apa maksud kau ha??!" lelaki yang memegang budak gelandangan itu melaung dengan kuat.

"Kau lepaskan budak tu. Lepastu ikut aku" Emir melangkah masuk dalam kereta.

Lelaki asing itu melepaskan budak gelandangan itu lalu kedua mereka mengikuti Emir masuk ke dalam kereta mewah milik Emir.

Dari jauh Haikal melihat dua lelaki asing masuk dalam kereta Emir. Kereta Emir berlalu meninggalkan kawasan kelab itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience