Doktor Suriani duduk di kerusi. Setelah selesai memberi rawatan psychology pada pesakit yang terakhir dia masuk ruang pejabatnya. Padat jadual hari ini dengan appointment bersama pesakit-pesakitnya.
Cermin mata ditanggalkan dan diletakkan di atas meja. Dia bersandar sambil memejamkan mata untuk berehat seketika sebelum balik ke rumah. Begitulah rutinnya selepas habis waktu kerja.
Tiba-tiba dia teringat pertemuan bersama bekas pesakitnya empat hari yang lalu. Laju dia mengambil kertas dalam buku catatan. Gambar dalam kertas itu menunjukkan mayat seorang lelaki dibunuh kejam dan pembunuh meninggalkan kesan bara seperti huruf EE sebagai tanda di tubuh mangsa. Lambang EE itu dia pernah melihatnya beberapa tahun yang lalu.
Fail pesakit bernama EMIR YUSUF BIN JOHARI dicari. Setelah hampir dua tahun tidak dapat hubungi dan mencari Emir, dia hampir terlupa tentang pesakitnya itu. Ini kerana nombor telefon dan alamat lelaki itu semuanya ditukar. Wajah Emir Yusuf 7 tahun yang lalu melayang dalam fikirannya.
Doktor Suriani masuk ke dalam bilik kecil itu. Seorang lelaki terbaring diatas katil tidak sedarkan diri. Kiri kanan tangannya terikat. Ini adalah hari kedua dia berjumpa pesakitnya yang baru. Setelah beberapa tahun bertugas di hospital itu lelaki ini adalah pesakitnya yang ke empat.
Dia ditugaskan merawat pesakit ini setelah doktor yang merawat lelaki itu berpindah ke hospital lain. Setiap hari dia meneliti fail pesakit barunya itu.
'EMIR YUSUF BIN JOHARI'.... 21 TAHUN'
'NAMA IBU ELLY ROZAIDA BINTI YASSIN'
-Mental disorder sejak berumur 8 tahun.
-Membunuh seorang lelaki demi pertahan diri
sendiri
-Ibunya meninggal di hadapan mata sendiri.
-Sering berhalusinasi'
Lelaki itu hanya muda 6 tahun darinya. Mengikut rekod lelaki ini sering kali menoreh tangannya sendiri. Toresannya bukanlah biasa tetapi seperti melakarkan 2 huruf iaitu 'EE'. Dia sendiri tidak tahu apa maknanya itu. Tangan lelaki itu dibeleknya. Sehingga ke lengan toresan EE itu dilakarkan.
Setelah beberapa bulan merawat Emir dengan rawatan psychology yang diberi dia bersyukur lelaki itu tidak lagi mencederakan dirinya dengan menoreh lengannya sendiri.
Tetapi dia sering melihat lekaki itu melukis huruf EE sahaja samada di dinding, di tilam atau dikertas.
"Hai Emir Yusuf Johari. Awak apa khabar hari ni? sihat?'' doktor Suriani duduk tenang mengadap Emir yang khusyuk menconteng kertas.
Tidak lain tidak bukan hanya huruf EE saja yang dilakarkan. Hari ini dia harus cari jawapan apa makna huruf EE itu.
"Emir dah makan ke belum harini?'' doktor Suriani cuba mengambil perhatian Emir.
"Dah" sepatah saja Emir menjawab. Doktor Suriani tersenyum
"Awak makan apa harini?'' Emir tidak menjawab. Pensil di tangan tidak dilepaskan. Melihat pesakitnya masih tidak memberi sebarang respond dia cuba lagi.
"Emir cuba tengok saya lukis apa ni?'' doktor Suriani mengeluarkan hasil lukisan huruf EE cuma di cantikkan dengan warna-warni.
Emir memandang lama lukisan itu. Cantik. Cepat dia merampas kertas itu. Dia tidak suka lakaran EE itu digunakan oleh orang lain.
"Kenapa tulis huruf ni?? kau tak ada huruf lain ke nak lukis?!'' Emir memandang tajam doktor Suriani.
Doktor Suriani tersenyum dan cuba berlagak tenang. Dengan cara ini mungkin dia akan dapat lebih perhatian Emir.
"Saja. Saya tengok Emir Yusuf hari hari lukis huruf ni. Dah menulis, Emir lukis pulak. Banyak tau saya simpan lakaran Emir ni" doktor Suriani menunjukkan kertas-kertas yang disimpannya.
''Tak boleh! EE ni aku je boleh pakai. Kau cari lah huruf lain!'' Emir merampas semua kertas yang dipegang doktor itu lalu menyimpan dalam kertas lukisannya.
"Ok nanti saya cuba cari huruf lain. Cuma saya selalu tengok Emir tulis EE ni. Saya jadi suka tau dengan huruf tu. Menarik sangat'' doktor Suriani tersenyum.
"Aku suka EE ni. Sebab huruf ni aku paling sayang'' emir meneruskan lagi lakaran EE nya itu.
"Oo yeke. Kalau macam tu bolehlah saya tahu kenapa Emir sayang sangat huruf EE ni'' doktor Suriani bersuara lembut.
"Kenapa kau nak tahu?!'' Emir memandang doktor itu.
"Emir kan selalu lakar huruf ni. Mestilah huruf ni bermakna sangat kat Emir. Ingin jugak saya nak dengar cerita Emir kenapa huruf EE ni jadi kesayangan Emir sedangkan banyak lagi huruf lain. Emir tak nak kongsi dengan saya?'' doktor Suriani bersuara seperti memujuk anak kecil.
"Aku akan cerita tapi kau kena janji yang kau cari huruf lain dan jangan sama dengan aku?!'' Emir mengangkat jari telunjuk pada doktor itu seperti memberi amaran.
''Ok saya janji. Saya akan cari huruf lain" doktor Suriani cepat mengangkat tangan seperti kanak-kanak berjanji.
Deringan telefon mengejutkan lamunannya. Kisah tujuh tahun lalu hilang dari ingatannya. Ya dia harus pulang. Suami dan anaknya sedang menunggu di rumah. Segera Fail itu di simpan di dalam laci meja.
Share this novel