EPILOG

Crime Completed 4935

LIMA BULAN KEMUDIAN.....

Emir duduk termenung di kerusi taman hospital sakit jiwa itu. Mata memandang pesakit yang lain sedang lalu lalang di hadapannya. Tangan tak lepas dari memegang lukisan lakaran EE dan gambar bekas isterinya.

Setiap minit dia akan tengok gambar itu. Dia menangis kemudian ketawa.

Tidak jauh beberapa meter dari situ Mia Azira memandang bekas suaminya. Sepanjang lima bulan Emir berada disitu, setiap dua minggu sekali Mia Azira datang beri sokongan moral kepada Emir. Emir juga tidak agresif sepeti dulu. Dia banyak mendiamkan diri.

"Macam mana keadaan dia doktor?'' Soalan Haikal kepada doktor Suriani menghentikan lamunan Mia Azira.

Mereka berjalan dan kini berdiri beberapa meter saja di belakang kerusi Emir duduk. Mia Azira membawa Haikal bertemu bekas suaminya di situ. Dia tahu Haikal juga trauma dengan apa yang berlaku.

"Alhamdulillah. Dalam beberapa bulan ni dia semakin baik.
Dah tak agresif macam dulu. Sebab itu kita bebaskan dia untuk ambil angin diluar.

Kalau dia dah rasa bosan di situ dia sendiri akan masuk ke bilik dan tidur di katilnya. Dia lebih mendiamkan diri saja dan tak banyak bercakap dengan sesiapa" doktor Suriani menerangkan keadaan Emir.

"Boleh saya jumpa dia doktor?'' Haikal terus mendekati Emir setelah mendapat keizinan dari doktor Suriani.

''Assalamualaikum Emir. Aku harap kau masih ingat aku.''

Salam Haikal tidak mendapat sebarang respond.

"Boleh aku duduk sebelah kau?'' Haikal terus duduk setelah beberapa saat masih tiada tindak balas dari Emir.

''Kau apa khabar? Aku nak minta maaf kat kau. Aku tak tahu kau sakit. Kalau aku tahu aku bantu kau Emir. Dan lagi satu aku sekarang tengah belajar jadi suami dan ayah yang baik untuk isteri dan anak-anak aku.

Aku takkan menduakan isteri aku lagi. Betul kata kau Mir. Sikap ayah macam aku ni buat anak-anak dan isteri aku terabai.

Aku tak nak anak aku membesar tanpa kasih sayang aku Mir. Terima kasih Mir sebab sedarkan aku. Aku menyesal Mir. Menyesal sangat'' Haikal memandang jauh dengan sayu.

Dia juga hampir sebulan dirawat dan trauma kerana dipukul dan dikurung oleh Emir selama beberapa hari. Dia berjanji takkan menduakan isterinya lagi. Ya. Dia harus hargai isteri yang melahirkan anak-anaknya.

"Baguslah kau dah sedar!. Kalau kau buat lagi aku bunuh kau!'' Emir ketawa sendiri.

Ugutan Emir membuatkan Haikal kecut perut. Peristiwa dia ditengking Emir membuatkan dia menelan air liur beberapa kali.
Yang pasti Emir mungkin sedar apa yang di cakapkan.

"InshaAllah aku cuba Mir... Err.. Tak apalah. Aku datang sini nak melawat kau. InshaAllah seminggu sekali aku melawat kau kat sini. Aku gerak dulu Mir. Assalamualaikum'' Haikal bangun .

''Waalaikumsalam...'' langkah Haikal terhenti saat mendengar Emir menjawab salamnya. Dia tersenyum.
Alhamdulillah Emir sepertinya sudah pulih dan mahu bercakap dengannya. Segala perbuatan Emir padanya sudah dia maafkan. Kejadian itu juga sebagai pengajaran buat dirinya yang leka dengan tanggungjawab pada keluarga.

Haikal dan Mia Azira berlalu pergi dari situ. Mereka berdoa semoga Emir segera pulih dari sakitnya.
Amin

~TAMAT~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience