BAB 13

Crime Completed 4935

"Mia!!''

Emir begitu terkejut sekali. Wanita itu berjalan menghampirinya. Dia memejam mata beberapa kali. Hantukah yang berdiri didepannya sekarang.

"Kenapa? terkejut? kau tengok hantu ke sekarang ni?!'' Mia Azira tersenyum sinis memandang suaminya. Bukan suami tapi bekas suami!.

"Ka..ka..kau! ma..masih hidup?!'' Emir tergagap. Isterinya itu sepatutnya sudah mati.

"Ya. Aku hidup lagi. Kenapa? kau ingat aku dah mereput dalam tanah? Aku bersyukur Tuhan masih panjangkan umur aku!''

"Sayang... Syukur you masih hidup sayang. I minta maaf, I takda niat nak bunuh you sayang. Tolong I sayang. I tak salah'' Emir memandang sayu isterinya.

"Dah. Bawak dia masuk!'' kesemua anggota menjalankan tugas yang diarahkan.

Dari dalam kereta Emir memandang Inspektor Razif sedang berbicara dengan Mia Azira.

''Baik tuan. Kejap lagi saya ke balai. Terima kasih tuan'' Mia Azira memandang kedua buah kereta polis berlalu keluar dari banglo itu.

Dia memandang sekeliling rumah yang tersergam indah.
Dia bersyukur setelah dua tahun berlalu dia masih diberi peluang menjejakkan kaki disitu. Semua kerana bibik Su dan Wak Jamil.

"Maafkan Mia papa. Mia gagal jaga amanah papa dan mama'' air mata mengalir dipipi. Kaki ingin melangkah masuk ke dalam rumah itu.

Disitulah dia dilahirkan di besarkan. Bahagia bersama kedua ibu bapa dan ibu saudaranya. Mengahwini lelaki psycho itulah punca dia kehilangan papanya. Kenangan pahit itu memusnahkan segala kebahagiaan miliknya.

''Puan Mia nekad mahu tinggal di sini semula?'' Bibik Su dan Wak Jamil muncul tiba-tiba dibelakang. Langkah Mia Azira terhenti.

Sudah lama mereka bertiga bersembunyi di belakang sehinggalah Emir pulang dari kerja dan pihak pihak polis datang membawa Emir pergi.

''Haikal macam mana?'' Mia Azira bertanya.

''Alhamdulillah Tuan Haikal baik-baik saja. Dia cuma terima rawatan kecil di rumah sakit'' Wak Jamil bersuara.

"Terima kasih bibik. Terima kasih Wak kerana tolong jaga saya selama ni. Saya nak masuk ke dalam dulu'' Mia Azira terus berlalu diikuti Bibik Su dan suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience