"Lepaskan aku!! Lepaskan aku...!!!"
Emir tersedar dari tidur. Peluh membasahi seluruh badannya. Mimpi ngeri tu datang lagi. Tak guna betul!
Jam di tepi katil menunjukkan pukul 8 pagi. Segera dia bangun bersiap untuk ke pejabat.
Tali leher di kemaskan. Dihadapan cermin dia tersenyum sendiri. Kening dan mata yang cantik serta tulang dagu yang terletak elok, Rambut yang disisir rapi tidak mencacatkan wajahnya.
Ketampanan wajah yang di miliki bukan hanya membuatkan wanita jatuh cinta. Lelaki juga boleh tertarik dengannya.
'BERITA UTAMA. SATU MAYAT DITEMUI OLEH ORANG AWAM DALAM KEADAAN MENGERIKAN DI LADANG KELAPA SAWIT. MAYAT TERSEBUT DIPERCAYAI SEORANG LELAKI DAN KINI DIBAWA KE HOSPITAL UNTUK PROSES BEDAH SIASAT. PIHAK POLIS MASIH MENYIASAT MOTIF PEMBUNUHAN. KES DI SIASAT MENGIKUT SEKSYEN.....'
Tupp!! ..butang merah pada alat kawalan ditekan dan diletakkan ditepi televisyen. Senyuman dibibir di lebarkan.
''Huh! jantan macam tu elok mampus je!''
Selepas membetulkan blazer dibadan Emir capai briefcase dan keluar dari bilik.
Emir tarik kerusi lalu duduk bersarapan di meja mewah itu. Jus oren yang dituang ke dalam gelas diteguk. Seorang wanita 50 an meletakkan sarapan di meja lalu berdiri di disebelah Emir dengan wajah yang menunduk.
"Ye bik ada apa? kenapa berdiri kat sini?'' Emir memandang wanita itu.
"Maafkan saya tuan. Bisa saya pulang ke kampung sebentar. Anak saya kemalangan di kampung" bibik Su berkata gagap.
Selepas kematian tuan besar dua tahun lalu dia hanya berkhidmat pada menantu tuannya. Cuma dia dan Emir saja yang tinggal dalam rumah banglo itu setelah suaminya terlebih dahulu pulang ke kampung.
"Mana Wak Jamil? dia masih di kampung?''
sambil menghirup kopi panas Emir bertanya.
"Iya. Masih di kampung. Cuma anak saya buat masa ni perlukan saya juga tuan'' kata bibik Su
"Baiklah. Berapa hari?'' Emir menyuap sarapan dalam mulutnya tanpa memandang wanita itu.
"Itu tidak pasti tuan. Saya perlu pastikan anak saya tidak ada kecederaan yang teruk tuan'' bibik Su menyusun ayat.
"Ok. Pergilah.''
"Terima kasih tuan'' ketika mahu ke dapur langkahnya terhenti setelah Emir memanggilnya.
"Ya tuan. Ada apa?'' bibik Su berpaling.
"Ada duit ke untuk ke kampung?'' Emir bertanya.
"Err ada tuan'' bibik Su gagap.
"Nah ambil ni buat belanja dan rawatan anak'' Emir menyerahkan sampul kecil kepada bibik Su kemudian berlalu pergi meninggalkan orang gajinya itu.
Selepas memastikan kereta Emir hilang dari pandangan bibik Su melihat dalam sampul yang diberikan kepadanya.
"Waduh. Banyak sekali. Alhamdulillah..Terima kasih tuan Emir" dengan pantas bibik Su berlalu ke dapur.
Setelah menyelesaikan semua kerja dia kemas semua kain baju lalu di masukkan ke dalam beg pakaian. Dia ingin segera pergi dari rumah itu. Sudah lama dia berkhidmat disitu.
Setelah dua tahun dia dan suaminya bekerja di rumah itu bersama Emir, hatinya sentiasa tidak tenang. Walaupun Emir sangat baik melayan dia dan suaminya di rumah itu. Kini dia dan suaminya terpaksa pergi buat sementara waktu. Mungkin akan menyelamatkan nyawa mereka sendiri.
Share this novel