"Encik Emir. Ada orang nak jumpa''
suara secretary Emir berbunyi dihujung intercom.
"Siapa? dia ada buat appointment ke?" Emir mengerut dahi berfikir. Setahunya tiada sesiapa set appointment hari ini.
"Tak ada encik Emir. Tapi dia nak jumpa encik Emir. Urgent kata nya".
"Siapa nama dia. Lelaki atau perempuan?'' Emir mengerutkan dahi lagi.
"Perempuan encik. Nama dia Suriani. Puan Suriani''.
"Err... emm..Suruh dia masuk'' Emir berdehem. Jantungnya berdebar kencang.
Tetapi dia cuba belagak tenang dan membetulkan blazer yang dipakainya. Dalam beberapa minit pintu terbuka dari luar.
''Silakan puan'' secretary perempuan itu tersenyum dan menutup pintu semula setelah doktor Suriani mengucapkan terima kasih.
"Maaf kalau saya menganggu waktu Encik Emir Yusuf Johari'' Emir tersentak lalu memandang perempuan itu.
Tiada siapa selalu panggil nama penuhnya sebegitu. Doktor Suriani tersenyum setelah Emir memandangnya.
"Err ye. Apa boleh saya bantu?'' kenapa ye nak jumpa saya?'' Emir terus bertanya.
"Boleh saya duduk?'' tanpa pedulikan soalan Emir, dia menarik kerusi setelah lelaki itu mengangkat tangan mempersilakan dia duduk.
"Boleh saya bantu? ada apa doktor nak jumpa saya?'' soalan Emir membuatkan doktor Suriani sedikit terkejut.
Dia kira lelaki itu sudah tidak mengenalinya lagi. Hari tu bukan main lagi bertanya dia siapa. Sengaja rupanya. Doktor Suriani membetulkan cermin mata yang dipakainya.
"Emm maaflah kalau saya mengganggu Encik Emir Yusof. Saya cuma nak bertanya khabar. Sebab dah lama saya tak jumpa Encik Emir Yusof'.''
"Tak perlu panggil nama saya macam tu. Cukup Emir je. Saya sihat. Macam yang doktor tengok sekarang ni. Boleh bekerja'' Emir bersandar dikerusi empuknya.
"Err maafkan saya. Sebab saya dah terbiasa panggil macam tu. Ya saya nampak awak sihat. Alhamdulillah. Cuma awak dah lama tak datang jumpa saya untuk sesi rawatan. Saya call whatsapp semua tak dapat. Kenapa ye?'' doktor Suriani memandangnya.
''Buat apa saya nak jumpa doktor? saya sihat. Tak ada sakit apa-apa pun. See! saya mampu mencari rezeki disini'' Emir mengangkat tangan sambil menunjuk ruang pejabatnya.
"Ya Encik Emir. Rawatan awak sepatutnya masih berjalan lagi. Tapi dah hampir dua tahun awak tak jumpa saya untuk sesi rawatan. Itu yang saya cuba cari awak untuk tengok keadaan awak macam mana'' doktor Suriani menunjukkan tarikh terakhir Emir berjumpa dengannya di buku catatan yang dibawa.
"Saya dah sihat doktor. Tak perlu pun saya nak jumpa doktor lagi''.
"Ok.. Kalau begitu boleh saya tahu. Ubat yang saya bekalkan pada awak, awak makan? dan ada ambil ubat yang baru jika dah habis?''.
"Err ye doktor. Saya makan. Doktor jangan risau'' Emir membetulkan tali leher.
Dia sendiri dah tak ingat ke mana pergi kesemua ubat itu. Dah lama dia tidak menyentuh apatah lagi melihatnya.
"Emm baguslah kalau begitu'' doktor Suriani memandang tepat ke arah mata Emir membuatkan lelaki itu mengalihkan pandangannya.
Doktor Suriani mengeluarkan sekeping kertas dari helaian buku catatannya.
"Boleh saya tahu tentang ini?'' Sekeping kertas dihulurkan pada Emir.
Emir memandang kertas itu. Terkejut dengan apa yang dilihat tapi dia cuba belagak tenang.
"Err kenapa dengan itu. Saya tak faham?'' Emir berdehem. Jantung berdebar.
Peluh kecil mula membasahi dahinya walaupun penghawa dingin terpasang.
"Saya harap lambang yang ditanda ini tak ada kaitan dengan awak Encik Emir'' doktor Suriani memandang Emir.
"Kenapa dengan lambang ni. Sekadar bentuk EE apa kaitan dengan saya?!'' Emir seperti ingin meninggikan suara.
"Err.. Ya. Sebab itu saya bertanya dan berharap lambang ini tiada kaitan dengan encik Emir. Maafkan saya'' doktor Suriani terkejut dan cuba mengawal keadaan.
Dia simpan semula kertas itu dalam buku. Tidak mahu mengeruhkan suasana tenang bilik itu. Melihat keadaan itu dia mengagak Emir sudah lama tidak mengambil ubat yang dibekalkan.
"Ada apa lagi doktor nak tanya saya? kalau tak ada apa lagi doktor boleh pergi. saya belambak lagi kerja atas meja ni!'' Emir menunjukkan meja dihadapannya.
Doktor Suriani memandang tetapi hanya ada satu kertas saja diatas meja.
"Maafkan saya sekali lagi. Saya rasa saya perlu pergi dulu. Maaf kalau saya menganggu masa Encik Emir. Ini kad saya. Kalau apa-apa encik Emir boleh call saya'' doktor Suriani cuba untuk senyum walaupun muka Emir merah seperti menahan geram.
"Ya pergilah!. Terima kasih datang melawat aku kat sini!'' Emir hanya memandang pen di genggamnya.
Selepas doktor Suriani keluar dari ruang pejabatnya. Dia membaling pen itu ke dinding.
"Bodoh!! dia memang patut mati!" Emir meraup mukanya. Lalu ketawa sendiri.
Share this novel