Bibik Su mengemas dapur. Badan yang masih penat kerana pulang dari kampung masih belum hilang.
Setelah siap mengemas kaki melangkah ke atas untuk mengemas bilik. Langkahnya terhenti. Baru dia teringat. Encik Emir ada berpesan sekiranya dia tiada di rumah biliknya tidak dibenarkan masuk.
Dia menoleh semula lalu turun ke bawah dan masuk semula ke dapur. Dari jauh dia melihat sebuah bangsal lama diseleputi semak samun.
Kelihatan seperti gudang lama yang tidak digunakan. Kejadian dua tahun lalu disitu bermain dalam fikirannya. Cepat dia beristighfar.
Encik Emir selalu berpesan jangan pergi ke situ. Dulu dia ada pergi tetapi Emir memarahinya membuatkan dia takut dan mengambil cuti selama sebulan. Mujur saja anaknya sakit dapatlah itu dijadikan alasan cutinya diluluskan.
Hari ini dia terasa mahu melihat ada apa di gudang sebalik semak itu. Sebelum ke bawah dia harus pastikan Emir belum pulang dari kerja. Semakin dekat langkahnya dengan gudang itu semakin kuat bau busuk menusuk hidung. Sambil jari memicit hidung langkah tetap berjalan.
Dia cuba intai di sebalik lubang pintu itu. Kelihatan sesuatu bergerak tapi dia tak tahu apakah itu. Kaki nya tersepak sesuatu disitu.
''Aduhh!. tak guna betul botol kaca ni. Sakit kaki aku!''
Bibik Su menendang botol itu. Dengan tiba-tiba dia terdengar suara seseorang.
''Tolongg! Tolonggg! ada sesiapa ke di sana?!''
Bibik Su cuba mendengar lagi. Kali ini jelas suara manusia. Dia mencari lubang dicelah pintu lalu mengintai lagi. Dari suluhan cahaya bumbung dia dapat lihat seseorang sedang terikat dan meminta tolong.
''Ada orangkah di dalam?'' Bibik Su cuba bertanya.
''Ya! ya tolong! Tolong saya!" Haikal sekerasnya cuba menoleh ke arah pintu.
Tapi tangan dan kaki terikat dengan dawai tajam menyukarkan pergerakannya. Sudah hampir lima hari dia dikurung disitu. Darah dan luka di tangan hampir kering. Jika dia bergerak lukanya berdarah semula. Terasa lemah sekali tanpa makan dan minum berhari-hari.
Bibik Su mengambil batu di situ lalu memecahkan mangga yang berkunci itu. Dengan dua kali hentakkan pintu berjaya dibuka. Laju dia masuk ke dalam dan mengambil kayu di situ sebagai senjata sekiranya terjadi apa-apa nanti.
Bibik Su terus masuk ke dalam. Dengan perlahan dia melangkah mendekati suara itu.
"Ya Allah encik Haikal. Macam mana bisa jadi begini?'' cemas sekali dia bertanya.
Melihat keadaan kawan tuannya begitu teruk sekali dibelasah dan badannya juga semakin kurus seperti tidak makan berhari-hari.
"Cepat bik Su!. Tolong lepaskan saya. dah banyak hari saya kat sini. Tolong... Sebelum Emir nampak" Haikal merayu lemah.
Segera bibik Su buka ikatan dawai itu. Begitu berhati-hati sekali.
Sebaik saja dawai dibuka dengan pantas Haikal berlari mendapatkan air paip untuk melepaskan dahaga. Pergelangan tangan yang cedera tidak diperdulikan.
"Encik Haikal. Macam mana Encik Haikal bisa di sini??'' Bibik Su bertanya lagi.
"Emir tu gila bik!.. Dia kurung saya dalam ni. Dia bunuh orang. Saya nak keluar dari sini.!'' Haikal bersuara lemah.
''Bibik dengar sini! Emir tu pembunuh. Kalau awak nak selamat, awak pergi dari rumah ni sebelum dia balik. Dia mesti tahu bibik yang selamatkan saya'' sebelum berlalu pergi sempat Haikal berpesan kepada bibik Su.
Bibik Su dengan pantas berlari masuk ke dalam rumah. Dia juga berasa takut.
Share this novel