BAB 3

Crime Completed 4935

Tepat pukul 5 petang Emir menutup laptopnya. Blazer di belakang kerusi di ambil lalu memakainya. Kaki melangkah keluar dari ruang pejabat itu Pintu lif terbuka. Butang Lobby di tekan. Ketika melangkah keluar dari lif seseorang telah melanggarnya.

''Auchh!''
Seorang perempuan jatuh terduduk di hadapan lif. Dengan pantas Emir menolongnya.

"Sorry. Saya tak perasan tadi. Are you ok?'' Emir memandang perempuan bercermin mata itu.
Dengan tiba-tiba jantung berdegup kencang. Dia cuba berlagak tenang.

"Ok. Saya ok. Thanks" gadis itu memandang Emir tetapi lelaki itu mahu melangkah pergi.
Dia seperti mengenali lelaki itu.

"Encik. Kejap'' cepat dia memanggilnya. Lelaki itu berpaling

''Ya?''

"Emir kan? Emir Yusuf?" gadis itu bertanya.

"Err ya. Awak siapa?'' Emir berdehem.

"Tak kenal saya? Suriani. Doktor Suriani'' wanita itu meperkenalkan dirinya.
Tiba-tiba seseorang bersuara dari belakang. Serentak mereka berpaling.

"Sorry aku lambat ada kerja sikit tadi. Siapa ni?'' Haikal memandang Emir.
Lalu memandang wanita yang memakai cermin mata di hadapannya atas bawah. Cantik!.
"Yes you'r late. Jom!'' Emir terus melangkah tanpa pedulikan wanita itu.
Haikal memandang Emir dan wanita itu silih berganti. Dia tidak terus mengikut Emir sebaliknya memperkenalkan diri.

"Hai. Saya Haikal'' Haikal menghulurkan tangannya.
''Saya Suriani'' wanita itu menyambut huluran tangan Haikal. Sedar yang tangan Haikal begitu lama menggenggam tangannya segera dia menariknya.

"Err sorry. You kenal Emir ke? kawan lama? or girlfriend dia?'' bertubi tubi soalan Haikal membuatkan Suriani tergagap untuk menjawab. Telefon berbunyi dari poket Haikal dan dia menjawab panggilan itu.

''Ok kejap aku gerak ni'' Haikal mematikan talian.
Kalau bukan kerana Emir membebel padanya kerana ingin berjumpa client sudah tentu dia sudah mengajak wanita itu keluar makan dengannya.

''Sorry I have to go. Saya harap kita boleh jumpa lagi'' Haikal mengenyitkan mata sebelum bergerak dari situ.
Doktor Suriani membetulkan cermin mata. Terkejut dengan tindakan lelaki gatal itu. Cepat dia berlalu dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience