BAB 6

Crime Completed 4935

"Ahh! aku kat mana ni??!'' Saleh meronta-ronta minta dilepaskan.

Kedua tangan di ikat dengan dawai tajam di atas meja seperti tidur dalam keadaan menerap. Kedua kaki pula dalam keadaan berdiri. Sepertinya dia berada dalam keadaan tertonggeng sekarang ini. Hidung menahan bau hamis darah seperti bangkai di bilik itu.

Di hadapannya kelihatan seorang lelaki diikat dalam keadaan sepertinya. Otak ligat berfikir apa yang jadi. Ya itu kawannya Roslan!

"Hoi Lan! bangun! Hoi!" Saleh memanggil perlahan tetapi keras bunyinya.

Kedua pergelangan tangan terasa pedih akibat cengkaman dawai. Lagi dia bergerak lagi pedih.

Roslan tersedar. Mata bekelip kelip cuba memandang sekeliling. Tangan dan kaki rasa sakit jika dia bergerak. Bau hamis darah dan juga kesan alkohol semalam membuatkan dia memuntahkan isi perut diatas meja itu.

"Weerkkk!"

Saleh juga turut mengeluarkan isi perutnya kerana geli melihat muntah Roslan dihadapannya.

"Wei tempat apa ni wei! busuk hanyir macam ni!" Roslan memandang sekeliling. Gelap.

Hanya cahaya lampu seperti berada di bilik soal siasat sekarang ini. Kedengaran bunyi pintu besi di buka dan ditutup. Masing-masing memandang ke arah bunyi itu. Satu kelibat hitam berjalan ke arah mereka. Dia seperti mengheret sesuatu.

"Siapa tu??!'' Meraka mengerutkan kening untuk mengamati pemilik kelibat itu.

"Aku!'' Emir yang berjeket hitam menurunkan sarung jeket dari kepalanya dan tersenyum ke arah mereka.

"Kaaaau!'' mereka serentak bersuara.

Emir ketawa kuat sekali sambil berjalan dan mengheret sebilah kapak mengelilingi mereka berdua. Masing-masing kecur perut menelan air liur. Lelaki ni sudah gila.

"Hei kau nak buat apa ni setan!! Lepaskan kitoranglah. Kau dah gila ke?!'' Saleh memandang kapak yang dibawa Emir. Emir berhenti di belakang Saleh.

"Siapa setan??! Emir merentap rambut Saleh membuatkan Saleh meraung kesakitan.

Bukan hanya kesakitan rambut ditarik tetapi juga dawai yang mencengkam pergelangan tangannya. Roslan hanya memandang. Beberapa kali menelan air liur. Tidak berani untuk bersuara.

"Kau nak apa?? kenapa kau buat kitorang macam ni?!" dalam kesakitan Saleh tetap bersuara.

"Aku nak musnahkan perosak-perosak kat bumi ni'' Emir melepaskan cengkaman rambut Saleh dengan kasar.

"Apa kaitan dengan kitorang??!" Saleh menjerit. Dalam hati mahu saja dia belasah lelaki itu sekarang ni.

"Sebab koranglah perosak tu!. Orang macam korang nilah yang buat semua kanak-kanak kat luar tu rosak!! faham tak!'' Emir menengking lalu menghayunkan kapak di hadapan mereka dengan kuat sekali sehingga terpacak tegak di atas meja.

"Apa kami buat sial?!!'' Saleh memandang kapak dihadapannya.

Jika dia dapat melepaskan diri, kapak inilah akan hinggap di kepala lelaki gila ini. Mendengar Saleh meninggikan suara Emir pergi ke arah belakang Saleh lalu sekali lagi menarik kasar rambut lelaki itu.

"Kau ingat aku tak tahu kau nak apa-apakan budak-budak kat situ. Kau nak paksa dia puaskan nafsu kuda kau kan!!."

"Kaaalau aaaku rogol budak-budak tu pun apa masalah kau. Buuukann aanaak kau!'' cengkaman Emir semakin kuat buatkan suara Saleh tersekat sekat.

"Memang bukan anak aku tapi budak-budak tu tak berdosa untuk kau buat macam tu kau faham tak!!'' kepala Saleh ditolak sehingga hidungnya terhantuk di atas meja. Darah mula mengalir dari hidung Saleh.

Roslan menelan air liur beberapa kali. Ya dia dan kawannya memang selalu meliwat budak-budak. Kenapa begitu bodoh dia terpedaya dengan lelaki gila ini.

"Tooloong la lepaskan kami. Kami minta maaaaf. Kami janji tak buat lagi" Roslan merayu.

Peluh membasahi seluruh tubuhnya. Pergelangannya mula sakit. Kesan birat dikulit akibat ikatan dawai jelas kelihatan.
Emir pergi ke arah Roslan dan menarik kuat rambut lelaki itu pula.

"Kau tahu tak benda yang korang buat tu buat budak-budak tu sakit! tahu tak???! Emir menengking Roslan lagi.

"Aaaku minta maaaaf. Tolongg jangan buat macam ni" Roslan merayu sekali lagi.

"Oo merayu! kau tak fikir bila budak-budak tu merayu kat korang ada korang lepaskan budak-budak tu! Adaaa??!!'' sekali lagi Emir menengking.

Roslan laju menggeleng kepala. Air matanya tiba-tiba keluar.

"Kau gila kau tahu tak! Kau lepaskan aku! aku bunuh kau nanti!'' Saleh yang merasakan hidungnya sudah patah bersuara. Dengan kasar Emir melepaskan cengkaman dirambut Roslan lalu pergi ke belakang Saleh.

"Hahhaha kau! nak bunuh aku?!'' Emir mengeluarkan pisau rambo dari poket seluarnya.

Dengan kedudukan mereka yang terikat secara menonggeng itu memudahkan mata pisau menghiris seluar yang dipakai Saleh. Tiada seurat benang pun menutup punggungnya.

"Hei kau nak buat apa ni ha?!" Saleh cuba memandang ke belakang.

Emir menghalakan mata pisau tepat dilubang punggung Saleh membuatkan Saleh meronta kesakitan.

"Arhhhhhhh! Saaaakittt!!'

"Ooh sakit? sakit ya?" Emir ketawa kuat.

"Toolong lah. Aku minta maaf. Tolong lepaskan kitorang" Roslan tidak sanggup melihat kawannya diperlakukan sebegitu.

Dia merayu pada lelaki itu. Adakah dia akan terima nasib yang sama dia tidak tahu.

"Kau tengok ni! waktu budak-budak tu merayu, meronta, ada korang lepaskan! adaa?!! waktu diorang kata sakit ada kau lepaskan? adaa?!! tak da kan?! ha!'' lagi kuat Emir menusuk pisau sehingga kedalam lalu menarik keluar pisau kasar sekali. Darah menyembur keluar.

Saleh sudah pucat menahan kesakitan. Darah dari hidung dan mulut juga menyembur keluar. Emir beralih ke arah Roslan dan merentap seluar sehingga tiada seurat benang pun menutupi punggungnya.

"Tooolong,. Aku minta maaf. Aku sanggup buat apa je asalkan aku tak mati. Aku akan buat!" Roslan merayu.

Tidak mahu nasibnya sama seperti Saleh yang sudah nyawa-nyawa ikan itu.

"Betul kau nak buat apa aku suruh buat?!'' Emir memandang Roslan dari belakang.

"Ya! ya betul! aku akan buat!'' laju dia mengangguk kepala. Berharap lelaki itu tidak membunuhnya.
Emir membuka ikatan dawai Roslan lalu menarik lelaki itu mengadap Saleh. Pistol dari dalam jaket dikeluarkan lalu diacukan di kepala Roslan. Dia berundur perlahan beberapa langkah ke belakang.

"Kau nampak kapak kat depan kau tu. Kau ambil kapak tu. Potong kepala dia!" tegas suara Emir.

Roslan menelan air liur. Dia ingin membantah tapi suara Emir menengkingnya membuatkan dia menggeletar pegang kapak itu.

"Tooolong aaaku" suara Saleh tersekat.
Kepala saleh terkulai di atas meja.

Dengan mata yang berpinar dia masih nampak Roslan mengangkat kapak.

"Cepatlah bodoh!!

Satu das tembakan dilepaskan ke dinding membuatkan Roslan terkejut lalu melayangkan kapak tepat dileher Saleh. Tajam sungguh kapak itu membuatkan kepala Saleh terputus dari badannya.

Kapak di lepaskan. Dia terduduk diatas lantai. Lalu memuntahkan isi perutnya. Tak pernah seumur hidup dia membunuh orang apatah lagi memotong manusia.

"Hahahhaha kau kenapa sial! kau takut?" Emir menarik Roslan dengan kasar lalu mengikatnya dikerusi kosong berhadapan meja itu.

Tubuh Emir yang sedikit tegap membuatkan Roslan tak mampu melawan lelaki itu.

"Kau kata nak lepaskan aku. Aku dah buat apa kau nak!" Roslan menangis.

Badannya masih menggeletar. Terasa takut dengan apa yang berlaku tadi. Emir menarik apron plastik yang tersangkut didinding lalu memakainya. Kapak di lantai di capai lalu memotong kedua tangan dan kaki mayat itu.

"Kau tengok ni. Inilah perosak kanak-kanak. Manusia macam ni patut mati! Termasuklah kau!'' Emir melayangkan kapak tepat ke arah Roslan. Roslan meraung!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience