''Arrrrhhh..!!''
Salina mengelupur di atas kerusi. Tangan dan kaki di ikat dengan dawai tajam. Selepas tersedar dari pengsan fikirannya berputar memikirkan apa yang telah berlaku.
"Sayang dah bangun" Emir mendekati Salina dengan senyuman.
"Hei! I kat mana ni? Emir!. Kenapa you ikat I macam ni??'' Salina memandang Emir yang tersenyum dihadapannya.
Seingatnya dia mengikut lelaki itu sampai ke rumah banglo milik Emir dan secara tiba-tiba mulutnya di tekup dan sedar saja dia sudah terikat begini.
"Relaks sayang. You sekarang ni ada kat rumah I and bakal ke syurga. Kan you ikut I tadi, dah lupa?'' Emir mencuit hidung Salina.
"Err tapi kenapa you ikat I macam ni..?." Salina memandang sekeliling.
Ini bukan rumah banglo mewah atau katil king yang dijanjikan Emir. Ini adalah ruang kecil yang gelap dan dia sendiri tak tahu dimana.
"Arrhhhh!
Salina menjerit kesakitan selepas dawai yang mengikat tangannya diperketatkan.
"Shhhh!! jangan bising sayang.. I cuma nak ketatkan ikatan you ni. Takut you lari nanti. I tak nak you lari" Emir berbisik ditelinga Salina lalu menguatkan lagi ikatan dawai di tangan Salina.
Salina menjerit kesakitan selepas melihat dawai itu memasuki kulit tangannya. Darah mengalir keluar dikedua-dua tangannya.
"Tolong lepaskan aku.. Saakittt..!'' Salina menjerit lemah. Pedih!
"Sakit ke? aku tak rasa ini sakit. Tak sesakit hati aku ni!'' Emir menarik rambut Salina. Salina menangis kesakitan. Lelaki ini psycho!.
"Keeenapa kau buuat aku macamni Emir.. Apaaa saalah aku??!'' Salina cuba untuk bersuara.
"Sebab perempuan jalang macam kau patut mati!. Betina sundal macam korang semua ni boleh merosakkan rumah tangga orang lain tahu tak!. Sebelum orang lain sakit menderita sebab kau baik kau sakit dulu" Emir ketawa dengan kuat.
"Kaaau dah gilaaa Emirrr!'' Salina menjerit. Sekali lagi Emir menarik rambut Salina.
"Ya! memang aku gila. Aku gila sebab perempuan sundal macam kau ni!"
Emir mengeluarkan pisau rambo dari poket seluarnya. Lalu mendekatkan pisau di leher Salina.
"Tooolong Emir. Jaangan buaat aku macam ni. Tolong lepaskan aaaakuuu!"
mata salina sudah berpinar.
Ikatan dawai pada kedua tangannya telah menembusi isi kulitnya. Mungkin sudah hampir sampai ke tulang. Darah mengalir dengan banyak sekali.
"Hahah kau tengok tu darah kau banyak keluar. Kau begerak banyak sangat sayang. Aku akan lepaskan kau tapi kau kena mampus dulu!''
laju tangan Emir mengelar leher Salina. Darah memancut keluar dari leher wanita itu. Salina sudah tidak bernyawa lagi. Emir menolak kepala Salina.
"Aman dunia!"
Emir ketawa sendiri.
Emir mengangkat mayat Salina lalu di baringkan di atas meja. Parang dikeluarkan. Kedua tangan mayat itu dipotong. Kepala dan kedua kaki juga dipotong lalu di masukkan ke dalam plastik sampah.
Cangkul di capai lalu mengorek tanah di belakang gudang lama banglo itu. Bau hanyir darah tidak menganggu penafasannya. Plastik itu dimasukkan ke dalam tanah lalu mengambus semula tanah itu.
Share this novel