Completed
5180
TIGA MINGGU KEMUDIAN...
"Lepaskan aku! pergi!! kau patut mati! korang semua memang patut mati!!''
''Mama..Maafkan Emir. Emir dah hapuskan orang yang anaiya kita!! Memang perosak macam tu kat muka bumi ni patut mati!!''
Emir ketawa sendiri dalam ruang bilik hospital itu. Kejap dia ketawa kejap dia menangis.
Disebalik cermin pintu ada dua pasang mata sedang memerhati perbuatan Emir dalam bilik itu.
"Beginilah dia sejak dia dibawa ke sini. Tak henti-henti meracau. Sekejap dia ketawa kejap dia menangis. Sebab itu petugas hospital perlu letakkan dia di sini. Semakin hari semakin agresif dan agak membahayakan orang sekelilingnya'' Doktor Suriani bercerita.
Sejak kejadian dia di berkas polis Emir dimasukkan ke hospital sakit jiwa kerana agak membahayakan.
''Sejak saya kenal dan kahwin dengan dia saya tak tahu langsung dia ada masalah jiwa doktor.''
Mia Azira sayu memandang bekas suaminya.
Dia sendiri tak tahu status dia samada masih isteri atau bekas isteri kepada lelaki itu. Dua tahun dia menghilang tanpa menuntut sebarang fasakh di mahkhamah. Kehilangannya juga berpunca dari perbuatan Emir sendiri. Dia akan ke mahkamah selepas ni.
''Emir sepatutnya masih jalani rawatan psychology dan perlu makan ubat yang diberikan. Tapi dalam dua tahun yang lalu dia dah tak datang untuk rawatan. Alamat dan nombor telefon semuanya dah ditukar. Itu membuatkan saya sukar nak cari dia" Doktor Suriani membetulkan cermin mata.
"Macam mana Emir boleh jadi macam ni doktor?.'' Mia Azira bertanya.
"Kisah hidup dia yang buat dia jadi macam ni. Sewaktu umur dia 7 tahun, dia dan ibunya di tinggalkan oleh ayahnya. Kehidupan mereka tak tenteram. Dikejar ahlong kerana ayahnya banyak berhutang. Mereka yang jadi mangsa. Ketika umur dia 8 tahun Emir melihat ibunya diperkosa depan mata sendiri.
Dia hanya budak kecil yang tak mampu nak buat apa-apa. Emir juga pernah diliwat beberapa kali oleh tuan rumah yang memberi sewa rumah pada mereka. Kerana tak tahan diganggu ahlong ibunya bunuh diri.
Berhari juga dia tinggal bersama mayat ibunya di rumah itu. Dalam masa yang sama tuan rumah datang dan ingin meliwat Emir sekali lagi membuatkan Emir bertindak menikam tuan rumah tersebut beberapa kali. Penyewa tersebut mati di tempat kejadian.
Emir hanya ketawa dan menangis di situ sehinggalah jiran disitu menemukan Emir tidur bersama kedua mayat itu.'' Doktor Suriani bercerita.
"Ya Allah tragis hidup Emir selama ni'' Mia menekup mulutnya. Sedih sungguh kehidupan zaman kecil Emir.
Sepanjang mengenali Emir tidak ada satu tanda pun yang menunjukkan suaminya itu sakit.
Mereka meninggalkan bilik itu. Sambil bercerita, mereka berjalan menuju ke sebuah taman di kawasan hospital itu.
"Saya terjumpa Emir ketika saya ada urusan di Company Razalia Landskap Enterprise. Waktu tu saya dah kenal itu Emir walaupun dia berpura-pura tak kenal saya.''
Teringat kejadian beberapa minggu lalu dia berjumpa Emir di pejabat lelaki itu. Dengan berhati-hati dia mengambil name card Emir di atas meja.
Disitu tercatat alamat dan nombor telefon lelaki itu. Lagi pula dalam berita di televisyen ada beberapa kejadian pembunuhan kejam dan pelaku itu meninggalkan tanda kesan bara menunjukkan lambang EE pada tubuh mangsa. Pihak polis juga tidak dapat mengesan siapa pelaku tersebut.
Dari situ dia bertindak mengekori Emir kemana saja dia pergi untuk memastikan lelaki itu tidak terlibat dan betul-betul sudah pulih. Sehingga kini dia sendiri tak tahu apa makna di sebalik EE itu.
"Boleh saya tahu. Macam mana puan Mia boleh kenal dengan Emir ye? boleh puan kongsi dengan saya. Sebab saya sendiri tak tahu dia sudah berkahwin. Dulu sewaktu rawatan dia ada bercerita yang dia sudah punya kekasih yang sangat dia sayang. Puan Mia kah orangnya?'' Doktor Suriani teringat ketika sesi rawatan empat atau lima tahun yang lalu Emir ada berkongsi cerita tentang kisah cintanya.
"Ya. Saya kenal dia waktu saya sambung degree kat Universiti dulu. Study course yang sama dengan dia. Dia selalu bantu saya.
Waktu tayar kereta saya pecah dia yang tolong tukarkan. Sejak dari tu kitorang mula rapat. Dia baik sangat. Siapa tak jatuh cinta dengan sikap dia. Dia melamar saya sebelum kitorag tamat belajar. Arwah papa dengan mama tak setuju sebab kitorang masih study. Tapi Emir memang bijak ambil hati parents saya. Dengan berat hati mama dengan papa restu perkahwinan saya.
Apa yang saya tahu Emir dibesarkan di rumah anak yatim. Kitorang kahwin dan grad sama-sama. Kerja kat company papa. Semua benda kitorang belajar sama-sama. Kitorang bahagia sangat waktu tu.
Tapi nampak sikap Emir semakin berubah selepas mama jatuh sakit tambah pulak adik mama, Auntie Zana pindah duduk rumah kitorang selepas bercerai dengan suaminya yang kaki pukul. Semua tu sebab mama yang minta''
Teringat kejadian dua tahun lalu mereka bertengkar kerana papa setuju untuk tunaikan permintaan terkahir mama.
''I tak setuju! kubur mama masih merah lagi takkan papa dah nak kahwin lain!'' Emir menghempas baju di atas katil. Cukup pantang bila lelaki menduakan isterinya.
"Mama dah sebulan meninggal. Lagipun mama yang nak papa kahwin denga Auntie Zana kan. Papa mesti perlukan teman jugak'' Mia Azira memujuk suaminya.
Dia tahu Emir terlalu sayangkan mama dan papa. Sehingga tak sanggup papa menduakan mama walaupun mama sudah hampir sebulan meninggal dunia kerana kanser hati.
''Tak kisahlah mama dah meninggal ke belum. Yang penting papa kena setia dengan mama sorang!'' Emir berlalu pergi dari situ. Mia Azira hanya melihat langkah suaminya.
Majlis pernikahan papa dan Auntie Zana lagi beberapa minggu lagi. Tetapi sikap Emir terlalu dingin dengannya. Apatah lagi dengan papa.
Lagi pun mama yang minta Auntie Zana nikah dengan papa selepas mama meninggal. Mama tak mahu Auntie Zana pergi dari hidup mereka kerana itu satu satunya adik mama. Mama juga mahu Auntie Zana bahagia dan memiliki suami sebaik papa. Tidak mahu adiknya menderita buat kali kedua kerana salah pilih suami.
Pada mulanya papa tak mahu kerana papa terlalu sayangkan mama. Papa tak pernah layan Auntie Zana lebih dari seorang adik. Sikit pun papa tak pernah curang dengan mama. Kerana mama ingin papa bahagia mama adakan macam-macam majlis dan ruang untuk papa dan Auntie Zana untuk hadirkan rasa cinta antara mereka supaya mama boleh pergi dengan tenang.
Itu membuatkan Emir semakin dingin dengan papa dan Auntie Zana. Bila mama meninggal Emir sedih sekali.
Ketika papa sudah sah menjadi suami Auntie Zana dihari pernikahan mereka, papa dan Auntie Zana terlibat dalam kemalangan. Mereka meninggal dalam kemalangan tu.
Doktor Suriani tekun mendengar cerita Mia Azira.
Share this novel