"Ayah! tolong jangan tinggalkan mama!!" Rayuan Emir tidak dipedulikan oleh lelaki 40 an itu.
"Lepaslah!. Kau duduk je dengan mama kau kat sini! Johari menolak Emir yang memeluk kakinya. Setelah memasukkan kesemua pakaian ke dalam beg dia berlalu keluar dari rumah itu.
"Abang! tolong jangan pergi. Dengan siapa Elly nak bergantung bang...''Rayuan isteri juga tidak perdulikan.
"Kau pandai-pandailah. Aku dah tak cintakan kau. Aku cintakan Hasnah!" Johari menepis tangan isteri yang memegangnya.
"Dulu abang tak macam ni. Kenapa abang boleh berubah?!" Elly menangis.
Beberapa minggu ni suaminya sudah banyak berubah. Selalu pulang lewat dan yang dia tahu suaminya mahu berkahwin dengan wanita lain. Kini suaminya mahu tinggalkan dia dan anaknya terkuntang kanting dirumah ini. Hanya suaminyalah tempat dia bergantung harap.
"Aku sayangkan Hasnah tu. Dia je boleh buat aku bahagia. Korang ni menyusahkan aku!" Johari keluar dari rumah meninggalkan dua beranak itu dalam tangisan.
Di seberang jalan dia sudah ditunggu oleh sebuah kereta mewah. Kelihatan perempuan yang agak seksi membuka pintu kereta pada Johari lalu memecut kereta meninggalkan kawasan itu.
Emir memandang benci perempuan itu. Perempuan yang merampas ayahnya. Yang merampas kebahagian keluarganya.
Share this novel