Pulang saja dari hospital Mia Azira terus menuju ke banglo tersergam indah itu. Dia melangkah naik ke bilik tidurnya. Kaki melangkah masuk ke bilik air untuk berwuduk. Selesai menunaikan solat zohor. Dia memandang ruang bilik itu. Kenangan terindah dia dan Emir berlayar dalam fikirannya.
Disinilah kali terakhir dia berjumpa suaminya. Bertengkar sehinggalah pandangannya gelap tiba-tiba. Dia bersyukur kerana Wak Jamil dan Bibik Su telah menyelamatkannya dari mati lemas di dalam tanah dibelakang gudang itu.
Kata Bibik Su hampir setahun dia hilang ingatan buat seketika akibat terkena hentakan yang kuat malam itu. Merekalah yang menjaganya sehingga dia sembuh. Setelah ingatannya pulih dia mengumpul kekuatan untuk mencari keadilan buat diri dan keluarganya.
Setiap hari dia mengekori Emir dan mengumpul segala bukti yang ada untuk mendakwa Emir. Dan hari ini setelah dua tahun keadilan datang buat diri dan keluarganya. Syukur Alhamdulillah.
Gambar perkahwinan mereka masih tergantung di dinding. Frame gambar di ambil. Terlihat sebuah diari hitam didalam laci. Frame di tangan diletakkan semula. Dia mengambil diari itu lalu membukanya.
Beberapa muka surat diari itu tertulis huruf EE. Setiap lakaran EE itu sangat cantik sekali. dan beberapa muka surat yang lain ada tulisan disitu.
Emir sayang mama. Emir sayang isteri Emir. Hanya dua perempuan yang bertakhta di hati Emir.
Beberapa keping gambar mereka ada dalam diari itu. Setiap keping di belakang gambar tak pernah padam ucapan 'I LOVE YOU dan I MISS YOU' untuknya. Mia Azira tersenyum sendiri.
Setiap helaian Emir menulis diari disertakan bersama hari dan tarikh. Tarikh yang ditulis menunjukkan tarikh dan hari selama dia menghilangkan diri dua tahun itu. Emir menulis ayat cinta untuknya.
Anniversary mereka juga Emir tidak lupa. Setiap saat Emir tak pernah lupakan dirinya. Yang pasti Emir cuma menganggap dia mati terkubur bersama karpet yang membaluti dirinya. Sayu rasa hati. Rupanya selama ni Emir sakit. Aku kawan dan berkahwin dengan orang yang pernah alami sakit jiwa.
Mia Azira beristighfar dalam hati. Bukan kerana menyesali perkahwinannya. Jika dia tahu Emir bergantung pada ubat dan rawatan psychology dia akan bantu Emir untuk pulih. Menyokong setiap rawatan suaminya. Emir sendiri tak pernah beritahu kisah hidup dan keadaannya.
Helaian terus di buka.
'Emir sayang Mia Azira
Emir sayang mama!
EMIR YUSUF BIN JOHARI..
ELLY ROZAIDA BINTI YASSIN
EE -- Mama dan Emir (kita berdua)'
"EE??. Eh kejap!'' Mia Azira teringat tentang cerita doktor Suriani di hospital tadi.
Dia rasa dia sudah dapat jawapan disebalik 'EE' itu. Telefon pintar yang ada di tangan segera dibuka lalu mendail nombor doktor Suriani.
"Hello doktor!. saya rasa saya dah tahu apa makna 'EE' tu..''
Share this novel