BAB 18

Mystery & Detective Completed 7066

Dah tiga malam aku di KL. Dua malam sebelum ni, aku sendirian je di
rumah. Tapi malam ni, Bidin janji nak temankan aku. Katanya dah lama tak
jumpa. Ada banyak benda nak dibualkan. Isterinya dah dihantar pulang ke
kampung. Kebetulan kampung isterinya itu tak jauhpun dari KL. Jadi,
untuk menyambut kedatangan Bidin, malam itu menyediaman menu istimewa.
Tom Yam Ayam dan kailan ikan masin. Aku tahu kedua-dua menu ini
kegemaran Bidin.

Sementara menunggu Bidin pulang dari kerja, aku baring-baring di dalam
bilik. Aku tidur di bilik mak. Cadar dan sarung bantalnya masih sama.
Kata Bob, dia tak mahu tukar yang lain. Biarlah begitu. Cuma sesekali
kalau dia datang ke sini, cadar dan sarung bantal itu dia akan cuci di
dobi cucian kering layan diri dan terus sarungkan semula.
Sungguh aku terhutang budi dengan mereka semua. Entah kebaikan apa yang
telah aku buat sehingga begini sekali yang aku dapat.

"Assalamualaikum!"

Suara Bidin memberi salam dengar sampai ke dalam bilik. Lekas-lekas aku
menuju ke muka pintu.

"Balik dah bang?"tegur tu sambil menahan tawa sambil membukakan pintu
untuk Bidin.

"Bongok kau ni!"balasnya. Dua bungkus plastik ditangannya dihulurkan
kepadaku.

"Apa benda ni?"tanyaku sambil menyambut bungkusan itu.

"Air tebu 2 bungkus dengan ayam golek. Boleh makan besar sikit malam
ni."katanya.

Kasut yang tersarung di kaki ditanggalkan lalu diletakkan di tepi pintu.
Beg yang tersangkut di bahu diletakkan di atas kerusi. Aku ke dapur
menghidangkan makanan. Bidin mengikut aku ke dapur.

"Kau stay sini lama lagi ke?"tanya Bidin sambil menarik salah satu
kerusi di meja makan lalu melabuh duduk di situ.

"Tak tau. Kau nak aku balik awal ke?"

Pinggan di rak aku capai lalu diletakkan di atas meja. Jug besar yang
aku isi air masak di dalamnya, aku tuang masuk ke dalam botol kemudian
aku gantikan dengan air tebu tadi.

"Aku tanya je. Kalau kau stay lama, aku okay je. Boleh kita buat BBQ kat
rumah aku. Hahahah!"

BBQ? Macam best. Dah lama juga tak buat ni. Aku capai pinggan kosong
tadi lalu aku aturkan ayam golek itu ke dalam pinggan. Siap dah menu
makan malam kami.

Tengok ayam seekor di dalam pinggan membuatkan aku tergelak kecil. Gila
si Bidin beli ayam golek seekor.

"Makan dulu ke mandi dulu?"tanyaku pada Bidin.

"Makan dululah. Lapar." Tangannya ingin mencapai ayam golek tadi namun
segera dihalang oleh aku.

"Mandi dululah giler! Kau ni. Macam budak-budak!"

"Kecohlah kau ni!"bentak Bidin. Kerusi ditolak ke belakang. Dia terus
menuju ke ruang tamu lalu beredar ke bilik.

Lauk yang dah terhidang aku susun elok-elok di bawah tudung saji.
Setelah itu aku ke ruang tamu menonton televisyen sambil menunggu Bidin
selesai membersihkan dirinya. Sedang aku leka menonton, telefon bimbit
yang aku tinggalkan di dalam bilik berbunyi nyaring.

Berlari aku menuju ke bilik. Elok aku capai telefon, panggilan berhenti.
Aku semak di rekod panggilan masuk, tertera nama Lily. Terus aku dial
numbernya. Selepas deringan kedua, talian disambungkan.

- - Hello. Assalamualaikum.
+ + Waalaikumusalam. Abang, kenapa lambat angkat?
- - Kenapa? Rindu abang ke?
+ + Tolonglah! Tak kuasa! Mak tu risaukan abang. Katanya dah lama abang
tak telefon. Nahlah cakap dengan mak.
- - Fea tak rindu abang ke? Sampai hati.
+ + Rindu sangat. Rindu sampai rasa nak muntah. Uweeeekkkkk!

Selepas itu telefon bertukar tangan. Mak Cim Maryam risaukan keadaan aku
rupanya. Silap aku juga. Lupa nak bagitahu dia aku dah sampai KL. Rasa
bersalah pula biar dia tertunggu-tunggu.

"Saya tak pasti balik bila. Mak cik tolong tengokkan rumah saya ya. Ya
mak cik. Saya jaga diri baik-baik. Okay. Kirim salah Fea eh mak cik.
Baik. Waalaikumusalam."

Telefon aku letak semula di atas meja. Sewaktu aku berpaling ke
belakang, Bidin tersengih-sengih di muka pintu dengan hanya bertuala.
Baru sudah mandi agaknya.

"Kau apahal sengih macam tu?"sergahku sambil bangun berdiri. Berbulu
pulak tengok Bidin serupa kambing gurun ni.

"Uuuu! Lily! Siapa weh? Awek eh?"tanya Bidin lagi. Pintu bilik menjadi
tempat dia bersandar.

"Hotak kau! Budak kampung aku. Mak dia nak cakap dengan aku." Geram pula
aku dengan dia ni. Tarik tuala tu karang!

"Eh, ni budak yang kau hantar mak dia ke hospital tu ke?"

"Macam mana tau?" Rasanya tak pernah cerita.

"Zam bagitau. Eh, cantik tak?"

"Kau pergi pakai bajulah. Aku terkam kanh sesia je!" Okay. Hilang sabar.
Aku berpura-pura ingin menarik tuala Bidin sebelum dia segera berlari
keluar dari bilikku.

"Aku bukan gaylah syaitonnnn!" Jeritnya dari dalam bilik.

Terhibur aku dengan perangai sengal Bidin ni. Tak berubah dari dulu.
Macam manalah agaknya isteri dia melayan kerenah Bidin yang
kadang-kadang tingtong ni.

Aku terus menuju ke dapur. Menyiapkan hidangan. Malam itu kami makan
berdua. Habis seekor ayam kami ratah. Macam orang tak pernah jumpa ayam.
Tapi serius, aku rasa tenang. Rasa seronok. Aku rindu kehidupan aku yang
ni. Aku ingat dah tak dapat dah nak rasa keriangan macam ni lagi.

* * * * *

"Dam,"panggil Bidin yang berbaring di atas lantai beralaskan tilam.
Mengada nak tidur dalam bilik aku juga.

"Hmmmmm." Mataku pejam rapat. Mengantuk oi!

"Tak payahlah cari Tiger. Dorang pun tak heran dah pasal kau."

"Tapi dorang bunuh mak aku, Bidin."

"Redhalah Dam. Dah sampai masa mak kau. Terimalah dengan hati
terbuka,"nasihatnya lagi.

"Tapi kau tak tau apa aku kena lalui selama kat sana. Sakit Din."

Tangan kasar menepuk-nepuk lenganku memaksa aku membuka mata. Dia sudah
bangun duduk bersila. menghadapku.

"Dam, kau tak terfikirkan. Kalaulah mak kau tak mati, kau takkan balik
kampung dia. Kau takkan jumpa Mak Cik Maryam dan Fea. Kau takkan jadi
sematang ni Dam. Sudahlah. Kau tak payah cari dorang lagi. Kau teruskan
hidup kau. Bina keluarga kau. Jadi bapa yang baik, yang
penyayang,"ujarnya panjang lebar lagi.
"Mak aku mati masa aku masih perlukan tempat bergantung Din. Hidup aku
berubah 360 darjah kau tau." Aku bangun duduk. Bantal di kepala aku
peluk rapat ke dada.

Bidin menggeleng berkali-kali. Dia meraup wajahnya sebelum sambung membebel.

"Dam, kau ingat Tuhan tu kejam? Kau boleh je hidup. Boleh lalui semua
keadaan. Eh, Dam. Kau taukan Allah bukannya menguji kau sesuatu yang kau
tak mampu. Dengarlah nasihat aku ni. Lupakan jerlah dorang. Kau hidup
sepertimana kau sebelum ni. Bolehkan?"

Aku terdiam. Kata-kata Bidin ada benarnya juga. Mungkin selama ni aku
terlalu ikutkan perasaan. Aku tak cukup redha sampai mewujudkan perasaan
dendam. Aku perlu buang rasa tu jauh-jauh sebelum menjadi nanah dalam
jiwa aku.

"Aku cuba Din. Thanks. Panjang betul nasihat kau malam ni,"ucapku
perlahan. Bantal aku letak kembali ke atas tilam lalu rebahkan semula
badan.

"Bila nak kahwin?"tanya Bidin tiba-tiba.

"Hah?"

"Kalau nak pinang si Lily bagitahu. Aku boleh pakat dengan budak berdua
tu. Hahaha! Selamat malam."

Bidin lantas baring kembali di atas tilam. Aku boleh nampak tubuhnya
bergegar menahan tawa. Kurang asam betul!.

Aku membetulkan tubuh. Baring terlentang melihat kipas siling berputar.
Belakang tangan aku letakkan di atas dahi. Mata aku pejam rapat.

Mak, perlu ke Adam lupakan je apa yang dah jadi dan terima semuanya
dengan hati terbuka? Adam sakit bila ingat balik macam mana mak mati
dulu. Adam nak tuntut bela atas kematian mak. Tapi, apa yang Bidin cakap
betul. Apa patut Adam buat mak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience