BAB 3

Mystery & Detective Completed 7066

Kadang aku terfikir, kenapa aku lahir kat dunia ni. Kata ustaz kat
sekolah, setiap daripada kita ini dilahirkan bersama tugas dan
tanggungjawab masing-masing. Tapi aku tak pernah tahu apa bahagian aku.

Mak. Dia je yang aku ada. Dari aku lahir, cuma mak yang ada depan mata
aku. Sampailah hari ini, tujuh belas tahun umur aku. Mak yang kerjanya
hina di mata orang. Yang katanya menjual tubuh kerana wang. Tapi
orang-orang yang mengata itu, sesen tak pernah hulur wang bila mak susah
dulu.

Mak kata, aku lahir waktu usia aku dalam perut mak 8 bulan. Masa mak
mula-mula datang KL, mak tak ada kawan. Tapi mungkin Tuhan tu sayangkan
mak, Dia temukan mak dengan Kak Zura, budak kampung mak juga. Jadi
dialah yang jaga mak selama mak mengandungkan aku sehingga habis
pantang. Sambil-sambil tu mak kerja jadi cashier kat supermarket.

Masa aku lahir, mak tengah kerja waktu tu. Terus mak dihantar ke HKL.
Mak kata, mak bagi aku nama Adam sebab mak nak aku sekuat Adam.

Adam bin Abdullah.

Bila kat sekolah, orang tanya aku mana ayah? Ayah kerja apa? Mak kerja apa?

Apa pentingnya nak tahu semua tu? Cukup kenal aku sebagai Adam tak boleh
ke? Manusia kadang terlalu ingin tahu sampai tak sedar yang dia dah
hiris hati orang lain.

Aku dah lambat ni. Bidin, Bob dan Azam dah call banyak kali. Motor yang
aku tunggang aku belok ke kanan menuju ke padang yang letakny bersebelan
dengan dewan orang ramai.

Motor aku letak tepi longkang. Beg yang aku letak dalam raga, aku
sangkutkan ke bahu.

"Oi! Sorry lambat. Aku pergi beli barang tadi,"tegurku.

Ditengah padang ni ada 3 gelung besar yang sama tinggi dengan
kanak-kanak umur 12 tahun. Di sinilah tempat pertemuan kami. Orang tak
nampak dan di sini pun terlindung daripada terik matahari.

Bob aku tengok dah tersandar. Bidin tengah baring beralaskan peha Bob.
Zam pulak ralit baca komik. Nampak aku datang, masing bingkas duduk.
Yang si Bidin hampir nak bangun berdiri. Mujur sempat ditarik oleh Bob.
Kalau tak bertelur dahi.

"Asal kau lambat setan? Setengah jam dah kitorang tunggu." Zam menegur.

Aku duduk sebelah Zam. Bidin dan Bob duduk depan aku. Aku buka zip beg
galas lalu 3 kotak rokok Dunhill aku keluarkan. Aku bagi pada diorang
sorang satu.

"Kau kata ada barang? Mana?"tanya Bidin sambil mengambil kotak rokok
dari tangan aku. Sebatang rokok dikeluarkan sebelum dibakar. Asap rokok
dihembus keluar memenuhi ruang.

"Malam ni kita ambil. Aku order dah. Barang tu siang macam ni tak ada.
Kena tunggu malam. Motor korang mana? Kita pergi tempat lainlah. Takkan
lepak sini je,"usulku.

Rokok di tangan Bidin aku tarik lalu aku sedut dalam-dalam. Asap yang
memenuhi rongga aku lepaskan.

"Oi! Apa benda weh. Ambil barulah!"

Aku bangun lalu keluar dari gelung. Beg aku sangkutkan ke bahu. Bob,
Bidin dan Zam ikut keluar.

"Aku nak kena balik la weh. Sat g mak aku balik tengok aku tak ada kat
umah, runtuh rumah kalau dia dah mula bebel." Zam sudah memanjat naik ke
atas motornya.

"Baliklah. Kau ni Zam, dah tau mak garang tak payah keluar lain. Duduk
rumah macam anak dara. Masak ke lipat kain ke. Tak payah ikut melepak,"
Giat Bob.

"Bodoh ah Bob!" Kepala Bob disekeh sekuat hati.

"Sakitlah oi!" Bob menggosok-gosok kepalanya. Phew! Boleh pengsan ni
kalau kena banyak kali.

"Weh, aku nak ikut boleh?"tanya Bob tiba-tiba sambil meloncat naik atas
motor. Dia sudah tersengih-sengih. Tangannya dililitkan ke pinggang Zam.

"Tadi kutuk aku. Ni nak tumpang. Tu tangan tu. Isk kau ni!" Zam
menepis-nepis tangan Bob. Kegelian.

"Dah tinggal aku dengan Adam, lepak apanya? Aku pun nak baliklah. Kau
okay kan Dam?"sampuk Bidin yang dari tadi perhatikan saja gelagat teman
baiknya itu.

"Chaw!"

Tanpa menjawab pertanyaan Bidin, enjin motor aku hidupkan dan rumah
menjadi destinasi tujuan. Namaku yang dijerit mereka tak aku hiraukan.
Pandai-pandailah dorang call aku nanti.

Sampai di rumah, aku tengok pintu rumah tak bertutup. Kasut mak ada.
Tapi jam dah pukul berapa ni. Bukan sepatutnya mak dah pergi kerja ke?
Mak tak kerja ke? Mak sakit?

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah, ada tompokan darah
merah di atas lantai yang akhirnya membawa aku ke bilik mak.

Apa yang aku nampak hari ini, sampai mati aku takkan lupakan.

Mak terbaring di tepi katil dengan sebilah pisau terpacak di atas dada
kirinya. Dadanya diam kaku. Darah membasahi lantai. Aku menerpa ke arah
mak. Aku terus pangku kepala mak. Aku panggil mak berkali-kali. Tubuh
mak aku goncang tapi mak tetap kaku. Telefon bimbit aku keluarkan lalu
nombor Bidin aku dial.

"Din, datang rumah aku. Sekarang! Kau datang je. Nanti aku cerita!
Sekarang!"

Selepas itu, perlahan-lahan aku letakkan kepala mak atas bantal. Selimut
mak aku capai lalu aku selimutkan jasad mak.

Siapa bunuh mak?

Aku berjalan keluar ke ruang tamu. Keadaan ruang tamu sangat kemas. Tak
selerak langsung. Kalau rompakan, serabut dah ruang tamu ni. Aku ke
dapur. Kerusi meja makan terbalik. Dalam singki ada beberapa tompokan
seperti di atas lantai tadi.

Kenapa orang tu bunuh mak? Mak hutang Ah Long? Ke ada mak datin yang
upag orang suruh bunuh mak sebab laki dia asyik berkepit dengan mak?

Suara orang memberi salam mengejutkan aku. Di depan pintu, Bidin sedang
membuka kasutnya.

"Apahal weh telefon kelam..."

Kata-kata Bidin terhenti sebaik sahaja ternampak tompokan darah di atas
lantai. Bidin menerpa ke arah aku.

"Kau bunuh orang ke Adam? Kau bunuh siapa?"tempik Bidin. Bahu aku
digoncang berkali-kali sebelum tubuhnya aku tolak. Aku berjalan ke arah
kerusi rotan di ruang tamu lalu berlabuh di situ.

"Kau gila? Mak aku...mak aku kena bunuh. Aku balik, mak aku dah mati.
Aku tak tau nak buat apa. Mak aku. Mak aku. Ada pisau atas dada dia.
Darah banyak. Mak aku kena bunuh!"

Bidin terpinga-pinga.

"Siapa bunuh?"tanya Bidin. Dia sudah duduk di atas lantai. Berhadapan
dengan aku.

"Kalau aku tahu, aku dah settle sendiri!"

"Dah tu, kau nak buat apa?"

"Selesaikan mak aku. Lepas tu, korang tolong aku selesaikan benda ni.
Aku tak tahu apa punca mak aku kena bunuh. Dan aku takkan biarkan orang
tu terlepas." balasku panjang lebar. Walau apa pun, aku kena selesaikan
mak dulu.

"Kau nak buat apa Adam? Kau jangan jadi gila! Kita ni budak sekolah. Aku
taknak apa-apa jadi. Aku taknak!" Bidin bangun berdiri sebelum berjalan
mundar mandir. Sesekali dia menggosok rambutnya. Wajahnya gusar.

"Kalau kau rasa kau tu pengecut, suka hati. Tapi aku tetap akan cari
siapa pembunuh tu!"

Tak. Aku takkan biarkan. Selama hari ni, mak tak pernah cerita kalau dia
ada masalah apa. Duit belanja aku, tak pernah tak cukup. Mak tak pernah
bergosip dengan jiran tetangga.

Aku tahu, benda ni tak mudah. Tapi aku janji mak. Aku janji akan cari
siapa dia yang buat semua ni. Aku janji mak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience