BAB 11

Mystery & Detective Completed 7066

2015, kini.

Panas terik sungguh hari ini. Dah 2 hari kampung aku ni tak hujan. Tapi
bagus juga. Perniagaan air kelapa aku laku. Pisang goreng dan keropok
lekor aku jual ni pun sold out dua hari ini. Alhamdulillah. Rezeki Allah
s.w.t bagi. Esok lusa, belum tahu lagi.

Sambil aku mengemas gerai, aku bernyanyi kecik. Lagu tengah top sekarang
ni lagu nyanyian Taufik Batisah, Awak Kat Mana. Mula-mula dengar macam
anoyying pun ada. Tapi lama-lama macam layan pulak. Tapi masih tak boleh
lawan penyanyi lama. Lagi-lagi band feveret aku, Spider. Phew! Leleh
dengar lagu-lagu diorang.

Elok aku sudah berkemas, Sofia anak Makcik Maryam datang. Dengan berbaju
kurung, kain diganti dengan seluar, tudung segera lepas tu berbasikal,
dah macam makcik jual nasi lemak kat simpang jalan tu pun ada.

"Abang Adam, mak kirim lauk. Nah!"

Sofia menghulurkan mangkuk tingkat kepadaku.

"Susahkan Mak Cik Maryam je lah. Apa benda ni Sofia?"

Lambat-lambat mangkuk tingkat bertukar tangan.

"Manalah Fia tau. Dahlah abang. Saya balik dulu. Assalamualaikum."

Sofia memusingkan basikalnya ke arah bertentangan dan mula mengayuh.
Cepat-cepat aku melaungkan nama. Basikal dibrek mengejut.

"Apa benda bang? Fia nak cepat ni. Ada ulangan Maharaja Lawak Mega ni!"

"Kirim salam mak. Cakap thank you tau! Pastu undi Shiro banyak sikit.
Abang suka group tu!"

Sofia sekadar mengangkat tanganya dan meneruskan kayuhan basikal
sementara aku pula menutup gerai. Proton Saga keluaran tahun 1991 yang
menjadi peneman aku sejak 5 tahun ini sarat dengan peralatan jualan. Aku
hanya perlu merantai meja dan kerusi pada tiang. Perkakas lain sahaja
dibawa balik.

Setelah memastikan semuanya berkunci, aku memboloskan diri ke dalam
kereta. Enjin dihidupkan. Sebelum balik, aku perlu singgah ke gerai Pak
Halim nak beli pisang, tepung dan minyak masak.

Rutin yang tak pernah berubah.

Dah bertahun aku hidup sendiri di sini. Sejak hari pertama aku
menjejakkan kaki, aku tahu yang aku perlu kuat untuk berhadapan dengan
apa sahaja. Lebih lagi bila orang tahu aku ini anak Ani.

Tapi tipulah kalau hati ini aku ini tak pernah terasa. Cuma aku malas
ambil port. Katalah kalau mereka mahu mengata. Selagi mampu. Aku tetap
macam ini.

Macam masa mula-mula aku buka gerai ini. Bukan tak ada yang mengutuk dan
menghina.

"Jangan beli dekat gerai Adam tu. Anak luar nikah! Tak halal kalau makan!"

"Mak nampak kau beli kat gerai anak betina tu, mak sebat kau!"

"Eh, kau meniaga ni mana dapat modal? Duit haram mak kau?"

Manusia hanya nampak salah manusia lainnya tanpa mahu cuba faham situasi
dan keadaan.

Satu-satunya manusia yang menyokong aku, Mak Cik Maryam. Dia jugalah
yang aku jumpa mula-mula aku sampai sini dulu. Dia yang tunjukkan aku
rumah mak. Dia yang kenalkan aku pada ketua kampung, walaupun daripada
pandangan matanya aku tahu jijiknya dia dengan aku ni.

Dan Sofia. Dia sahaja kawan yang aku ada waktu itu. Dia yang selalu bagi
aku semangat. Kata-kata dan nasihat dialah yang buat aku tekad nak
mulakan hidup baru.

Gadis berusia 20 tahun itu yang dalam diam dah mencuri perasaan aku.
Hahaha! Adam yang loser ada hati nak bercinta. Kadang bila berdiri depan
cermin, terbit juga rasa malu. Dan dek kerana rasa malu itulah aku hanya
mampu pendam perasaan aku ini. Lagipun aku hormatkan Mak Cik Yam. Tak
mahu aku buat sesuatu yang akan memalukan dia.

* * * * * * * *

Sampai sahaja di rumah, aku mengangkut segala perkakas lalu dibawa ke
dapur. Bekal yang dibawa oleh Sofia tadi aku letakkan di atas meja dapur.

Azan Maghrib yang berkumandang membuatkan aku cepat-cepat berlari ke
bilik air. Nak berjemaah di surau. Usai mandi, aku menyarung kain
pelikat dan baju melayu berwarna merag hati. Songkok aku letak elok di
atas kepala. Perjalanan dari rumah ke surau, kalau naik kereta cuma
sepuluh 5 minit.

Elok aku sampai, imam baru nak angkat takbir. Lekas-lekas aku berlari
masuk ke dalam. Alhamdulillah. Dapat juga berjemaah maghrib aku hari ini.

"Eh, Adamlah! Oi Adam! Kau sembahyang tu amalan ibadat kau Tuhan terima
ke?"tegur seorang pemuda kampung yang sedang melepak di kaki lima surau.
Bersama dia, ada 3 orang pemuda lain. Tergelak-gelak mendengar soalan
pemuda itu.

"Saya tak tahu nak jawab. Itu kerja Tuhan,"balasku tenang.

"Ceh! Sopan betul jawab. Eh, kau sedar tak kau tu siapa? Kotor surau ni
kau pijak tau tak? Susahkan orang lain pula nak cuci,"jawab pemuda tadi
disambut gelak ketawa rakan-rakannya.

Aku beristighfar dalam hati. Kalau kenangkan panas dalam hati, memang
makan penumbuk sulung dia ni!

"Eh, korang pergi balik! Langsung tak tahu hormatkan orang. Balik!"

Baru aku nak menjawab, Pak Halim yang entah muncul dari mana berdiri di
sebelah aku. Matanya mencerlung memandang kumpulan pemuda tadi.

"Ala, Pak Halim belalah sangat budak ni. Buat malu kampunglah Pak Halim
simpan dia kat sini. Dasar anak luar nikah!"

"Kau balik! Aku report kat mak bapak korang nanti. Balik!"

"Dahlah. Jom blah!"

Mereka berempat cepat-cepat beredar dari situ. Aku hanya mampu memandang
mereka pergi. Ingatkan berani sangat. Kena ugut dengan Pak Halim,
mencecet lari.

"Sabarlah Adam. Bahagian kamu dah memang macam ni. Pergilah balik. Dah
lewat ni. Esok kamu berniagakan?"

Bahu aku ditepuk perlahan. Aku hanya tersenyum. Malu pun ada. Tapi aku
tak mahu menambahkan lagi kebenciaan orang.

"Terima kasih Pak Halim. Saya balik dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Hati-hati memandu,"pesan Pak Halim. Aku hanya
membalasnya dengan senyum kecil.

Teringat kejadian tadi, buat aku rasa sangat down. Salah aku ke? Kenapa
semua orang tak habis-habis pandang serong kat aku? Kenapa aku je yang
dipersalahkan? Macam mana dorang tahu status aku pun aku tahu. Entah
siapa yang bawa mulut dan akhirnya tersebar luas. Terus aku menjadi
kebencian masyarakat sekampung.

Tahun ini, aku dah umur 28 tahun. Sudah terlalu banyak yang aku lalui.
Dan semuanya itu hanyalah benda yang menyakitkan. Kadang aku terfikir,
bahagia memang tak wujudkah untuk seorang Adam? Tuhan memang mahu aku begini sampai aku mati?

Dicaci. Dihina. Berkali-kali. Hati aku parah dan aku tak tahu kat mana
nak cari ubatnya. Aku lari dari KL, sebab aku tak sanggup lagi hidup kat
sana. Orang-orang Tiger confirm cari aku. Dengan harapan, aku tenang kat
sini. Kalau aku lari juga dari sini, mana aku nak tuju? Atau Tuhan
memang mahu aku jadi pelarian?

Lari daripada sesuatu tanpa tahu apa yang aku kejarkan.

Teringat aku kat Zam, Bob dan Bidin. Aku harap dorang baik-baik saja.
Entah-entah dah kerja hebat dan yang pasti kehidupan mereka lebih baik
daripada aku.

Tuhan dengarkan doa aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience