BAB 8

Mystery & Detective Completed 7066

Beberapa bulan sebelum...

Pagi itu Ani bangun dari tidur dalam keadaan kelam-kabut. Dia terlewat.
Dia perlu lekas bersiap. Hari ini dia ada temu janji dengan Uncle Dent,
bapak ayam di tempat dia bekerja. Dia ada perhitungan yang mahu di buat.

Usai mandi, dia menyarung sehelai dress sendat berwarna hitam. Dia
selalu rasa yang warna hitam selalu fix dengan tubuh dia. Rambut hitam
lebatnya dibiarkan lepas. Wajahnya dioles ala kadar. Hari ini dia off
day. Jadi tak perlu makeup tebal-tebal.

Sebelum keluar, dia singgah ke bilik satu-satunya anak yang dia Adam.
Pintu bilik dibuka. Sekujur tubuh yang sedang berbaring menghadap
dinding itu dirapati. Ani duduk di kepala katil. Dia tersenyum.

Anak yang dia pernah hendak gugurkan itu dulu dah besar panjang. Dah
tujuh belas tahun. Dah teruna. Nanti sampai masa, anak ini akan
bernikah. Punya isteri dan anak-anak. Dia pula akan jadi nenek.

Tapi, ada ke perempuan sudi jadi menantu kepada perempuan seperti dia.

Dahi Adam dikucup. Sempat dia menyelitkan dua keping not sepuluh di
bawah bantal. Selepas itu dia terus menuju ke pintu rumah. Sepasang
kasut bertumit disarungkan ke kaki. Pintu rumah dikunci. Setelah itu dia
terus menuju ke perhentian bas. Pemandu teksi yang dia bayar bulan sudah
sepuluh minit menunggunya di situ.

Perjalanan ke sana mengambil masa satu jam kebiasaannya tetapi
memandangkan hari masih siang, dia sampai lewat lima belas minit.
Melalui lorong itu waktu siang begini terasa lain. Di tepi-tepi tangga
masih tiad sesiapa yang berdiri menunggu pelanggan. Ani berjalan menuju
ke salah satu anak tangga yang akan membawanya naik ke tingkat satu. Lim
yang menjadi penjaga di tempat itu membawanya masuk ke dalam pejabat
uncel Dent.

"Uncle,"panggil Ani sebaik sahaja dia membuka pintu pejabat itu.

Uncle Dent yang sedang duduk bersandar pada kerusi empuknya itu segera
berpusing kebelakang. Bibirnya mengukit senyuman. Dia bangun kemudian
berjalan ke arah Ani.

"Hello princess! Come, come. Duduk sini."

Tangan Ani dicapai lalu dibawa wanita itu duduk di atas kerusi empuknya
tadi sementara dia duduk bersandar pada sisi meja.

"Kenapa you nak jumpa I?"tanya Uncle Dent sambil tangannya merayap naik
ke leher Ani. Sejak dia menerima panggilan telefon daripada Ani petang
semalam, perasaan tertanya-tanya membuatkan tidurnya malam tadi resah.
Menunggu hingga ke waktu ini, benar-benar membikin debar dalam dadanya.

Ani pantas menepis.Dia lekas-lekas berdiri. Berpeluk tubuh.

"Aku nak berhenti Uncle. Aku taknak buat kerja ni lagi."

"What?!"

"Aku...aku taknak lagi buat semua ni. Aku dah lama kerja dengan kau. Aku
nak berhenti. Aku nak mula hidup baru. Dengan anak aku. Aku nak pindah
dari sini. Jauh dari semua yang kenal aku." Laju-laju Ani menjawab.

Semua itu sudah dikarangnya sejak malam tadi.

Uncle Dent menggeleng berkali-kali. Ani adalah aset dia. Penyumbang
kepada kewangannya. Melepaskan Ani akan membuatkan dia rugi besar. Dia
perlu halang niat Ani. Tak semudah itu untun dia melepaskan Ani. Tidak
sama sekali.

"RM15,000. You bayar I banyak tu, I lepaskan you."

"Mana I ada wang sebanyak tu!"

"So jangan berhenti. Ani. You cantik. Ramai customer nak you. Semua puas
hati dengan layanan you, Ani. You stay sini. I naikkan payment you. Okay?"

Ani menjauhkan dirinya daripada Uncle Dent. Dia berjalan ke arah sofa
yang terletak di tengah ruang pejabat Uncle Dent lalu berlabuh di situ.
Uncle Dent membontotinya.

"Bukan masalah bayaran. Tapi aku sungguh-sungguh nak berhenti.
Lepaskanlah aku. Bagi aku peluang nak hidup macam orang lain. Aku nak
taubat."

Tiba-tiba Uncle Dent meluru ke arah Ani. Rambut panjang Ani direntap
kuat lalu pipi kanan Ani menerima habuan. Tamparan yang kuat membuatkan
Ani tersembam ke atas sofa.

Uncle Dent bangun berdiri. Dia memicit-micit pelipis dahinya.

Ani mengangkat mukanya. Bibirnya berdara. Kesan darah di hujung bibir
dikesat dengan hujung jari.

"Aku dah pesan dulu Ani, jangan buat aku marah! Degil! Kau yang nak aku
berkasar dengan kau! Kau lupa siapa yang kutip kau dulu? Hei, kalau
bukan aku yang tolong kau, kau lama dah mampus!"

Amarah Uncle Dent memuncak. Dadanya berombak deras.

Ani bangun berdiri. Bibirnya tersenyum. Nafasnya dihela perlahan. Kalau
bukan hari ini sekalipun, dia tetap perlu berhadapan dengan keadaan yang
serupa. Apa yang dia lakukan hari ini adalah untuk masa depan
keluarganya. Masa depan Adam. Anak lelakinya itu sudah meningkat dewasa
dan rasanya sudah cukup dengan segala dosa yang dia buat.

Dia nekad!

"Bagi aku masa satu bulan. Aku akan serahkan duit itu pada kau."

"Dua minggu."

"Mana aku nak cari?"

"Kau yang bak berhentikan? So dua minggu dari sekarang. Kalau tak, kau
kerja dengan aku sampai aku rasa aku dah tak perlukan kau lagi!"

"Binatang kau ni!" Tangan kanan Ani naik lalu hinggap ke muka Uncle
Dent. Setelah itu dia berlari menuju ke arah pintu pejabat. Dia dengar
lelaki itu memaki hamunnya. Namun itu bukan lagi hal yang akan
membuatkan dia gentar.

Ani berlari laju menuruni anak tangga. Bunyi tumit kasutnya memijak anak
tangga seolah-olah dia dikejar anjing. Dia nak balik. Dia mahu balik.
Nanti-nantilah dia fikirkan apa yang perlu dia buat. Ini adalah hari
terakhir dia menjejakkan kakinya di sini. Dia tak mahu lagi. Cukuplah.

Berbelas tahun dia menhambakan diri demi sesuap nasi untuk dia dan Adam.
Entah berapa ratus lelaki telah dia puaskan. Dia mahu berubah.
Bertaubat. Dia yakin dia masih punya masa. Dia juga yakin Tuhan
mendengarkannya.

Masa kecilnya dulu, mak selalu pesan pada dia.

"Kita kalau nak sesuatu benda tu, mintalah pada Tuhan. Merayulah
bersungguh-sungguh. Tak tau cakap Arab tak apa. Cakap Bahasa Melayu.
Tuhan tu faham. Janganlah sombong. Tak mahu bersujud. Mendabik dada.
Jangan sombong sama Tuhan. DIA itu pemberi rezeki." Bagai
terngiang-ngiang setiap patah perkataan yang dituturkan maknya itu.

Ani mengesat air matanya. Ingatannya terhadap maknya semakin kuat.

Mak, Ani rindu sangat dengan mak. Mak maafkan Ani ya mak. Dosa Ani pada
mak terlalu banyak. Entah Tuhan nak ampunkan ke tidak. Mak tunggu Ani
tau. Ani sayang mak.

Dari jauh kelihatan sebuah teksi meluncur laju ke arah perhentian sebaik
sahaja Ani melambai-lambai memanggilnya.

Esok, dia akan fikirkan cara untuk memperoleh RM15000 dalam masa dua
minggu. Tuhan pasti menunjukkan jalannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience