BAB 21

Mystery & Detective Completed 7066

Bunyi deringan telefon dari dalam bilik menbuatkan aku berlari dari
dapur terus ke bilik. Telefon yang aku letakkan di atas katil aku capai.
Tertera di skrin, Lily.

"Hello. Assalamualaikum." Suara lembut yang menerpa ke gegendang telinga
bikin aku tersengih sendiri.

"Waalaikumussalam. Ya Fea. Rindu abang ke?" Usikku seperti selalu.

"Haah. Rindu saaaangat!" Telefon di tangan hampir terlepas. Lagi-lagi
bila Lily buat suara manja begitu. Mujur aku tak jatuh terlentang ke
lantai dek kerana terkejut.

"Hello! Abang!"

"Hah! Ya!"

Aku terdengar Lily sudah tergelak-gelak di hujung talian.

"Baru jawab macam tu dah terdiam. Belum cakap I love you lagi. Mau
pengsan seminggu." Amboi! Cik adik dah pandai mengusik kita pulak ya!
Aku terus melabuhkan duduk di atas katil. Siap bersila lagi! Macam lama
je nak bergayut ni.

"Dah pandai perli abang Fea ni. Kenapa telefon ni? Fea dengan mak okay
ke?"Risau juga aku kalau-kalau ada antara mereka yang tidak sihat. Mak
Cik Maryam, umur begitu tahu sajalah. Lily ni pula baru beberapa hari
sembuh.

"Okay je. Fea nak ucapkan terima kasih kat abang sebab tolong hantar
Fea. Bawa Fea balik. Thanks sangat."

Aku menghela nafas. Lega.

"Tak apa. Abang rasa dah macam jadi tanggungjawab abang jaga Fea dan
mak. Lepas ni kalau Fea tak sihat bagitahu mak. Jangan buat orang tua tu
risau. Kesian abang tengok dia bila Fea pengsan tiba-tiba." Sempat aku
titipkan nasihat kepada Lily Aku tak mahu dia buat ibunya risau. Wajah
sugul Mak Cik Maryam tempohari bagai terbayang-bayang di mata.

"Fea tak buat lagi. Erm. Mak ajak abang datang rumah makan tengah hari.
Mak tanya lagi, abang nak makan apa?"

"Fea masak?"

"Manalah Fea reti."

"Fea masaklah apa yang Fea reti. Abang makan je. Nanti pukul dua belas
abang sampai."

"Hmm...yerlah. Assalamualaikum."

Salam Lily aku jawab sebelum talian di putuskan. Selepas itu aku terus
ke dapur menyiapkan bahan-bahan untuk berniaga hari ini. Bancuhan tepung
dab air gula aku simpan di dalam kontena berwarna merah lalu kontena itu
aku simpan di dalam bonet kereta. Pisang aku susun di tepi kontena itu
bersama-sama bungkusan berisi plastik dan tisu. Setelah itu aku menuju
masuk ke dalam rumah. Melihat jam di dinding baru menunjukkan pukul
sepuluh setengah aku memilih untuk berbaring dulu di dalam bilik. Nanti
pukul sebelas setengah baru aku bangun bersiap untuk pergi ke rumah Mak
Cik Maryam.

* * * * *

Bumbung rumah Mak Cik Maryam dah kelihatan dari jauh. Aku berhentikan
kereta di halaman rumah lalu langkah kaki aku tuju ke bahagian dapur.
Bau kari menyapa lembut ke hidungku.

"Assalamualaikum!"

Lily yang sedang sibuk memasak di dapur segera berpaling ke belakang.

"Waalaikumussalam. Hah, masuklah. Mak kat atas tengah tengok TV."

Aku tak terus naik ke atas sebaliknya mengambil tempat di meja lalu
duduk di situ. Aku tersengih sendiri. Entah kenapa terasa seolah baru
pulang dari bekerja dan melihat isteri kesayangan sedang memasak di dapur.

"Hah, Adam! Yang kamu tersengih tu kenapa?"sergah Mak Cik Maryam dari
atas tangga. Perlahan-lahan dia melangkah turun ke bawah lalu mengambil
tempat di hadapan aku.

"Tu hah. Tengok Lily masak. Cekap. Boleh kahwin dah tu mak cik,"jawabku
berseloroh. Lily aku jeling dengan ekor mata.

"Allah Adam. Baru lapan belas tahun umur tu. Kahwin apanya." Jawab Mak
Cik Maryam sambil matanya memandang ke arah Lily . Lily yang sedang
menyenduk gulai ayam ke dalam mangkuk terpinga-pinga. Tiba-tiba namanya
disebut-sebut. Penuh berhati-hati dia membawa mangkuk gulai lalu
diletakkan di atas meja.

Kemudian nasi di dalam periuk di atas kabinet disenduk ke dalam mangkuk
nasi lalu diletakkan bersama di atas meja. Beberapa biji pinggan dan
gelas disusun di atas dulang dan dibawa ke meja makan.

"Abang nak nasi banyak mana?"tanya Lily sambil menyenduk nasi ke dalam
pinggan.

"Hah, banyak tu dahlah." Pinggan dihulurkan kepadaku. Kemudian diikuti
oleh Mak Cik Maryam dan barulah dirinya sendiri.

Tengah hari itu, aku rasa macam hidup aku yang selama ini lompong jadi
lengkap. Ada Lily dan Mak Cik Maryam. Bila diingatkan kembali, entah
bila kali terakhir aku menikmati suasana keluarga begini.

Selesai menjamu selera, kami menunaikan solot Zohor bersama-sama di
ruang tamu. Usai mengaminkan doa, aku berkalih ke belakang. Kala itu,
hati aku rasa tenang.

Lily tunduk mencium tangan ibunya kemudian dibalas dengan kucupan di
ubun-ubunnya. Aku membetulkan duduk. Bersila berhadapan dengan dua
beranak itu.

"Mak cik, saya ada benda nak cakap,"kataku cuba mencuri perhatian mereka
berdua.

"Kenapa Adam?"tanya Mak Cik Maryam sambil membetulkan silanya. Lily
dibelakang mendekatkan duduk dengan ibunya.

Aku tarik nafas perlahan lalu dilepaskan. Rasa jantung berdebar laju.
Tapi, aku rasa inilah peluang yang ada. Kalau tak cuba hari ni, tak
tahu. Lagipun, sampai bila aku nak simpan. Segala kata-kata gurauan dan
nasihat sahabat-sahabat aku terngiang-ngiang di telinga.

Mataku mencuri pandang wajah Lily .Aku lukis senyum buatnya.

"Saya nak nikahi Lily,"ucapku perlahan tapi jelas.

Lily membuntangkan matanya. Ulas bibirnya bergerak-gerak seakan ingin
menyatakan sesuatu.

"Abang ikhlas nak kahwin dengan Fea. Tapi abang tak minta Fea bagi
jawapan sekarang. Abang tahu kedudukan abang ni macam mana. Kalau kata
Fea tak mahu terima abang pun tak apa. Abang faham. Cuma abang minta Fea
janganlah jauhkan diri dari abang." Berhati-hati aku menyusun kata.

Mak Cik Maryam hanya tersenyum. Entahkan dia marah atau dia setuju. Aku
pandang sekali lagi wajah Lily .Langsung tidak beriak.

"Tak apalah mak cik. Saya balik dulu. Petang ni nak meniaga." Aku
bingkas berdiri. Pintu dapur aku tuju memandangkan dari situ aku datang
tadi. Sewaktu aku ingin menuruni tangga fapur, suara Mak Cik Maryam
menghentikan langkahku.

"Isytikarah Adam. Lepas 7 hari mak cik bagitahu keputusannya."

"Baiklah, mak cik. Assalamualaikum."

Aku harap, takdir Tuhan berpihak kepada aku kali ini. Sudah sampai
masanya aku memikirkan diri aku. Hidup aku. Masa depan aku. Sudah tiba
waktu aku padam dendam dalam hati aku ini.

Moga takdir Tuhan berpihak kepada aku sekali ini.
******
Hari ini rumah aku menerima kedatangan tetamu jauh. Bidin, Zam dan Bob.
Tak sangka akhirnya mereka semua menjejakkan kaki juga ke sini. Semuanya
sebab lusa aku bakal menikahi Lily.

Yes! Lily setuju jadi isteri aku. Sumpah aku tak percaya. Bila Mak Cik
Maryam telefon aku dua bulan lepas kata Lily setuju, rasa macam nak
terbang pergi bulan lepas tu jerit kuat-kuat.

Aku ingat lagi malam tu Mak Cik Maryam datang ke rumah aku dengan Pak
Cik Halim dan tiga orang lagi pak cik yang aku tak berapa kenal.

Sebaik sahaja aku buka pintu, Mak Cik Maryam terus tangan aku. Kami
berdua melabuhkan duduk di atas kerusi. Pakcik - pakcik tadi
masing-masing duduk di kerusi kosong yang lain.

"Kenapa mak cik? Kalut semacam je." Aku membetulkan duduk. Kaki aku
lipat sila.

" Lily setuju. Kamu sungguh nak nikah ni?"tanya Mak Cik Maryam.

Tiba-tiba aku rasa macam bunga mawar, bunga matahari, bunga lili, bunga
sakura semua gugur dari langit. Lily setuju? Aku cubit lengan kiri.
Sakit. Aku tampar pipi sendiri. Uish. Pedih.

"Sakit tak?" tiba-tiba lengan kanan aku rasa pedih. Aku angguk
laju-laju. Boleh tahan cubitan Mak Cik Maryam.

"Adam,"panggil Pak Cik Halim. Aku kalih muka pandang dia.

"Pak Cik tau kamu tak ada sesiapa dah. Jadi, kalau pakcik jadi wakil
kamu boleh?"tanya Pak Cik Halim bersama senyum diwajahnya.

"Nak kena tunang ke?"aku pandang semua yang ada di ruang tamu ini.

"Tak. Nikah terus. 5 bulan dari sekarang. Boleh?" Mak Cik Maryam pandang
muka aku macam nak tembus. Pipi aku pula rasa panas semacam. Aku tunduk
tak tau nak jawap apa.

"Yam, tunduk macam kucing miang tu kira jadilah!"kata Pak Cik Halim
disambut dengan tawa mereka yang lain.

Oleh sebab itulah hari ini sahabat baik aku semua ni ada kat rumah aku.
Sabtu ni hari akad nikah aku. Aku terharu sangat bila pagi buta lagi
diorang dah ada depan rumah aku.

"Dam, baju nikah kau dah gosok? Samping kau mana? Songkok kau?" soal
Bidin bertalu-talu sambil mengambil tempat di sebelah aku.

"Ya Allah, Din! Kau dah macam Kiah Andaman dah kenapa?"sebiji bantal
dilempat ke arah Bidin oleh Zam.

"Kau apa tau? Debor tau tak nak nikah ni!" Sahut Bob dari arah dapur
sambil menatang dulang berisi teko panas dan beberapa biji cawan.

"Dah siap dah semua. Mak Cik Maryam buat semua tu. Aku tinggal sarung je
esok."

Dulang diletakkan di atas meja. Aku tuang air teh panas masuk ke dalam
cawan lalu cawan tersebut aku hulurkan pada mereka. Sungguh malam ni aku
rasa bahagia sangat. Kesudian mereka datang majlis aku, sedikit sebanyak
buat aku rasa seolah aku ini berkeluarga.

Cuma kalaulah mak ada waktu ni, mesti dia yang paling sibuk. Kalah Kiah
Andaman tu aku rasa. Mata yang terasa basah aku seka dengan hujung jari.

"Adam,"panggil Bidin.

"Hmmmm?"

"Kau teringat Mak Cik Ani?"tanya Bob.

"Selalu."

"Rindu?"tanya Zam pula.

"Terlalu, Zam. Aku harap sangat dia ada sekarang ni. Tenangkan aku. Usap
rambut aku ke. Bisik apa-apa doa kat aku ke. Buat apa yang para ibu
selalu buat bila anak dia nak kahwin,"jawabku panjang lebar.

Bidin menepuk bahuku perlahan. Dia lukis senyum di wajah. Bob dan Zam
masing-masing merapatkan duduk denganku.

"Kau tahu, Adam. Kaulah manusia paling kuat pernah aku kenal. Hidup kau
penuh celaka tapi putus asa macan tak pernah singgah dalan hidup kau.
Sebagai kawan, aku bangga dengan kau." Bidin senyum lagi sebelum menyambung.

"Mak kau mesti seronok. Dia dapat tengok kau. Tapi dari atas sana. Dia
dengan Tuhan, sama-sama tengok kau. Doakan kau moga urusan kau esok
dipermudahkan."

Aku hanya mengangguk perlahan. Mak mesti seronok. Walaupun mak tak ada
kat sini, tapi mak nampak aku.

"Esok dah nak jadi suami orang. Janganlah sedih. Sekarang, kau pergi
tidur. Esok lepas subuh kita gerak." Bob bingkas berdiri lalu tangan aku
ditariknya. Memaksa aku berdiri. Dengan penuh rasa malas aku hanya
menurut. Langkah kaki aku atur menuju ke bilik. Tiba-tiba Zam memanggil
nama aku.

"Adam, kau tahukan mahalnya rasa bahagia tu. Aku...eh tak. Kami semua.
Kami semua harap,kau hargai isteri kau. Sayangilah dia selayaknya Adam.
Bahagia ni nak cari payah tapi dah dapat nanti, janganlah persiakan."

Aku tersenyum sambil menaikkan ibu jari. Terharu. Sungguh terharu. Itu
yang aku rasa sekarang.

Pintu bilik aku kunci sebelum merebahkan badan di atas tilam. Malam ni
doa aku cuma satu, esok segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

* * * * *

"Tahniah, Adam!" Bidin memeluk bahu aku erat diikuti oleh Zam dan Bob.
Ucapan tahniah daripada penduduk kampung juga tak putus-putus. Aku dab
Lily pun dah naik kejang rahang tayang sengih dari tadi. Dari pukul
12.30 tengah hari tadi sampai pukul 3 petang begini tetamu tak
putus-putus datang.

"Abang,"panggil Lily membuatkan aku berpaling ke sisi.

"Fea penat dah ni. Boleh tak nak naik atas?"tanyanya lembut. Aku pandang
wajah Lily Tergambar keletihan di wajahnya.

Pegangan tangan aku leraikan. Aku lekapkan kedua telapak tangan di sisi
kepala Lily .Matanya aku renung dalam-dalam. Pipi Lily memerah. Aku
tayang sengih.

"Pergilah. Abang lepak dengan kawan-kawan abang kejap. Diorang nak balik
dah kejap lagi,"balasku sambil mengeyit mata kepadanya.

Lily aku biarkan berlalu ke rumah sementara aku ke bawah khemah.
Menyertai mereka bertiga. Sebuah kerusi kosong aku tarik lalu aku
letakkan bersebelahan dengan Bob.

"Kitorang nak balik dah jap lagi,"kata Bob sambil menyalakan sebatang rokok.

"Taknak duduk sehari dua lagi?"

"Taknak kacau pengantin baru, bro!"balas Bidin diikuti oleh tawa mereka
serentak.

"Aku faham. Apapun, terima kasih sangat kat korang. Sudi teman aku. Jaga
aku. Thank sangat. Korang dah macam adik-beradik aku."

"Takde hal, Dam. Kitorang sayang kau macam adik beradik kitorang. Aku
harap lepas ni kau tak jauhkan diri dari kitorang dah. Apapun jadi, kita
sahabat sampai mati. Ingat tu!"kata Zam.

"InsyaAllah. Aku tak lari dah. Kalau senang, datanglah sini jenguk aku."

Tak lama selepas itu mereka semua meminta diri untuk balik. Kami
berpelukan antara satu sama lain. Terasa berat hati nak melepaskan
mereka semua pergi. Tapi mereka semua ada kehidupan sendiri.

Dan aku juga, kehidupan aku baru bermula. Semoga Tuhan restu tiap satu
aku lakukan. Semoga kerinduan terhadap mak takkan padam dan cinta aku
untuk Lily Vanilly sentiasa mekar selamanya.
Sebelum ini aku tidak memikirkan tentang kehidupan yang lebih baik tapi selepas bertemu dengan insan tercinta, aku mahu menjadi sebaik-baik manusia dunia dan akhirat, semoga Allah meniupkan kekuatan kepadaku agar segala kata-kata nista atau segala ujian yang mendatang sama sekali tidak mengubah transisiku ini. Oh Allah, terimalah aku, terimalah kepulangan ku ini ke jalanmu.
Terima kasih Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience