BAB 17

Mystery & Detective Completed 7066

Aku sedang berdiri di hadapan sebuah rumah. Berpagar dan berkunci. Cuma
kelihatannya seolah sudah lama tidak berpenghuni. Terlalu lama sebenarnya.

Rumah mak.

Zam menghulurkan segugus kunci kepadaku. Dengan menggunakan kunci itu,
aku membuka pagar dan pintu rumah. Tombol aku pulas lalu perlahan-lahan
aku menolak pintu rumah ke dalam.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

Tiba-tiba ada suara lelaki yang menyahut salamku dari dalam. Datang dari
arah dapur. Aku berpaling ke belakang. Mencari wajah Zam.

"Masuklah,"katanya sambil menguak pintu rumah lebih luas. Seakan faham
apa yang berputar ligat di kepalaku.

Tanpa menunggu lebih lama, aku mengatur langkah ke arah dapur dan apa
yang aku lihat sesuatu yang amat tak dijangkakan.

"Bidin!"

Aku terus menerpa ke arahnya lalu memeluknya erat. Aku menepuk bahunya
berkali-kali. Tubir mata seakan basah. Sumpah! Aku tak sangka dia akan
tunggu kedatangan aku hari ni.

"Aku rindu kau Din. Aku rindu gila!"kataku dengan perasaan bercampur-baur.

Bidin meleraikan pelukan kami. Dia tersenyum. Raut wajahnya nampak
semakin matang. Berkemaja berwarna hijau dipadankan dengan seluar
berwarna hitam menyerlahkan penampilannya.

"Kau sihat?"tanyanya selepas kami melabuhkan duduk.

Zam yang baru masuk memberi ruang kepada kami untuk berbual. Dia duduk
di ruang tamu sambil ditemani oleh telefon pintarnya itu.

"Sihat. Aku macam nilah. Kau tu. Hensem kemain lagi. Dah ada bini ke?"

"Alhamdulillah. Dah dua tahun,"jawabnya dengan senyum terukir di wajah.
Bahagialah tu!

"Dah ada cahaya mata?"

"Lagi dua bulan, jadi ayahlah aku."

Aku tersenyum senang. Dalam hati, aku bersyukur kepadaNya atas rezeki
yang DIA berikan pada Bidin. Semoga hidup lebih diberkati dan
dipermudahkan. Bidin manusia yang baik. Terlalu banyak budinya pada aku
dan belum tentu mampu untuk kubalas.

"Kau ke mana Dam? Kenapa kau tinggalkan kami?"tanyanya sambil bersandar
di kerusi.

Soalan yang dilontarkan Bidin mendiamkan aku.

"Aku ingat orang Tiger dah bunuh kau. Aku pergi jumpa dorang. Tapi tak
ada. Dorang sendiripun cari kau masa tu. Naik gila aku masa tu."

Aku sekadar menundukkan wajah. Sekali lagi hati aku bagai dijentik
berkali-kali. Pedih.

"Aku minta maaf. Salah aku blah macam tu je."

"Tak apalah. Kau ada depan mata aku, sihat sempurna macam ni pun dah
satu kelegaan bagi aku."

"Aku tau, kau kecewa dengan aku. Tapi aku lari dari sini bukan sebab
Tiger cari aku, nak bunuh aku. Kalau dibunuh pun, aku tak heran. Aku
bukan ada keluarga nak meratap sedih kalau aku mati. Tapi aku nak cari
hidup aku Din. Aku rasa kalau aku stay kat KL ni, aku tak jumpa apa aku
cari,"terangku panjang lebar.

Bidin satu-satunya orang yang faham aku. Dia seorang yang bersifat
keterbukaan dan aku lebih mudah nak bercerita dengan dia.

"Kau balik mana?"

"Kampung mak."

Bidin menghela nafas perlahan sambil dia menggeleng berkali-kali.
Perbuatannya itu menimbulkan tanda tanya di hati aku.

"Aku tak terfikir kau nak ke sana Dam. Langsung tak."

Aku hanya melemparkah sengihan panjang. Aku tau mereka tak akan fikir ke
arah itu dan disebabkan itulah kampung mak menjadi pilihanku.
Selepas itu kami berdua meninggalkan dapur lalu beredar je ruang tamu.
Zam masih disitu dan leka dengan telefon pintarnya. Aku mengambil tempat
di ruang kosong bersebelah Zan sementara Bidin duduk di kerusi satu lagi.

"Siapa jaga rumah ni?"tanyaku setelah melihat rumahku ini masih seperti
dulu. Seperti ada yang datang membersih meskipun tak kerap. Sawang dan
habuk masih ada tapi tak banyak.

"Aku,"jawab satu suara dari muka pintu. Aku segera melihat siapakah
gerangannya itu.

Seorang lelaki yang sedang berdiri di muka pintu. Cahaya matahari yang
mencuri masuk menyilaukan mata.
Setelah beberapa saat aku cuba mengecam wajahnya, baru aku sedar yang
itu ialah Bob!

"Kau ni, dah tak kenal aku ke? Sampai hati tau!"

Aku tertawa kecil sebelum mendapatkannya. Tubuh Bob yang sedikit berisi
itu aku peluk erat.

"Hensemnya kau Bob! Hahaha! Awek keliling pinggang ni,"kataku sambil
menepuk bahu berkali-kali. Terdengar tawa Zam dan Bidin di belalangku.

"Awek jadahnya! Makwe baru lepas lari dengan bangla tu. Entah dah move
on le belum tu,"celah Bidin bersama tawanya yang bersisa. Zam sudah
bergoyang-goyang badannya menahan tawa.

"Setanlah korang! Jangan percaya cakap dorang. Aku single and steady
lagi ni,"katanya sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Dia memilih
untuk duduk di lantai sementara kami bertiga di atas kerusi.

"Thanks Bob jaga umah aku. Bil-bil semua kau bayar ke?"

"Haah. Ala. Rumah tak ada orang. Tak ada hal. Kadang-kadang adik aku
datang tengok rumah ni."

"Thanks Bob. Terhutang budi betul aku dengan korang ni."

"Tak ada hal,"jawab mereka hampir serentak.

Aku perhatikan keadaab rumah ni. Keadaannya tetap sama. Tak ada satu pun
yang berubah. Tadi aku tergerak hati nak tengok keadaan bilik. Tapi
memandangkan aku akan tinggal di rumah ni sementara aku di KL, aku
batalkan saja niat itu. Nanti-nanti pun boleh tengok.

"Eh Dam, jom lepak mamak yang selalu kita pergi dulu. Lapar dah ni,"kata
Zam memecah kesunyian antara kami.

Kepalaku ligat memikirkan kedai mamak yang mana satu?

"Alah. Kedai yang kalau lepak situ je, kau order Roti Sardin tapi nak
Sardin lebih. Ingat?"tanya Bidin setelah melihat aku seperti fikirkan
sesuatu.

"Hah! Ingat! Eh jomlah. Aku belanja korang.Okay?"

"Okay!"jawab mereka serentak disusuli dengan hilai tawa. Seronoklah tu
ada orang nak belanja!

* * * * *

Suasana di tanah perkuburan itu suram. Aku berjalan perlahan sambil
mencari-cari yang mana satu kubur mak. Tadi Bidin beritahu kubur mak
yang di bawah satu pohon yang agak rendang. Aku rasa aku dah jumpa pokok
tu. Batu nisan yang berukir tulisan jawi itu aku baca.

Rohani Binti Razali.

Aku melabuhkan lutut di sisi kubur mak. Batu nisai mak aku usap pelahan.
Air mata yang membanjiri kelopak mata aku biarkan jatuh. Biarlah.

Assalamualaikum mak. Mak sihat ke kat sana? Mak mesti dapat makan
sedap-sedap kan? Minum ait yang sedap. Ada bidadara kacak teman mak tak?
Hehehe! Adam kat sini okay. Adam minta maaf mak sebab lama tak jenguk
mak. Mak pun tau Adam kat mana. Sorry tau sebab tak pernah bersihkan
kubur mak. Mujur ada kawan-kawan Adam tu.

Mak, Adam rindu mak. Rindu tu lah yang bawa Adam ke sini. Adam rindu
suara mak, masakkan mak, bebelan mak. Semualah.

Mak doakan Adam ya. Adam ada banyak misi nak selesaikan. Adam dah tau
dah siapa ayah Adam. Tapi dia pun dah meninggal.

"Dam. Pukul 6 petang dah ni. Balik jom?"satu suara menegurku dari
belakang bersama sentuhan perlahan di bahu. Aku menoleh. Bidin.

Pukul 6 dah. Sejam dah aku kat sini rupanya. Tak puas lagi aku berborak
dengan mak.

"Hmmm. Yerlah. Sorry buat kau tunggu lama."

Aku bangun berdiri. Belakang seluar aku bersihkan. Sisa pasir yang
melekat jatuh berguguran ke tanah.

"Adam balik dulu. Esok Adam datang balik."

Bidin berjalan dahulu di depanku dan aku mengikutnya dari belakang. Kami
menuju ke kereta. Sebaik sahaja sampai, aku nampak Bob dan Zam tertidur
di kerusi belakang. Berpeluk tubuh. Penat menunggu aku agaknya.

Bidin mengambil tempat di kerusi pemandu. Kedua tangannya berada pada
stereng. Dia menoleh ke arahku.

"Lepas ni, apa plan kau?"soalnya perlahan. Aku tahu. Soalan tu sudah
lama dia nak tanya. Cuma mencari masa yang sesuai.

"Aku tak tau lagi. Mungkin aku nak cari orang yang bunuh mak
aku,"jawabku tanpa memandang wajahnya.

"Lepas tu?"

Aku menoleh ke arahnya. Ada senyuman kuukir di wajah.

"Jomlah balik. Penat dah ni."

Enjin kereta terus dihidupkan dan kereta dipandu keluar dari perkarangan
tanah perkuburan itu.

Tujuan aku ke sini selain berjumpa semula dengan mereka adalah membuat
perhitungan dengan Tiger. Dulu aku budak lagi. Pengecut. Tak berani nak
buat apa. Tapi hari ni aku tau mana kemampuan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience