Chapter 3

Horror & Thriller Completed 13688

Bab 3

Gadis-gadis ini tinggal di Apartment Orkid, sebuah kawasan perumahan di pinggir Kuala Lumpur. Mereka berempat menyewa di situ kerana pemandangan yang disajikan sangat indah di samping suasana persekitarannya yang nyaman dan tenang.

Apartment Orkid terletak di tepi sebuah bukit. Keadaan di situ agak sunyi terutama pada waktu malam.
Tapi tunggulah lagi tiga atau empat tahun, apabila kawasan perumahan di sekitar Apartment Orkid sudah siap pembinaannya, tentu kawasan itu akan menjadi sibuk juga.

“Eh, cuba kau dengar. Senyap je, kan?” ujar Maria sambil meletakkan tangan kanan di belakang cuping telinga kanannya.

“Aah. Alamak, diorang terdengar ke kita memekik tadi?” kata Zira, agak khuatir sekiranya mereka telah menyinggung perasaan jiran mereka tanpa disedari.

“Ah, pi mampuslah kalau diorang terdengar. Memang betul apa. Tung tang tung tang main guli, tak kira time orang nak tidur ke apa ke...”

Namun ketenangan dan keamanan itu tidak lama. Beberapa detik selepas itu, bunyi lantunan guli kedengaran semula. Kali ini, seperti bertambah rancak. Zira dan Maria hanya mampu menjongketkan bahu lantas menumpukan perhatian kepada cerita Korea itu semula.

*****

Siti berada di dalam biliknya. Dia baru selesai menunaikan solat Fardu Isyak dan kini sedang berselawat sebelum membaca zikir Fatimah iaitu Subhana-Allah, Alhamdulillah dan Allahu-Akbar.

Malam ini, mereka berempat ada di rumah. Sebelum Magrib tadi, keempat-empat mereka sudah menikmati makan malam bersama-sama dan sekarang, masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.

Kebetulan Emi dan Maria tidak boleh menunaikan solat lalu mereka berdua sepakat menonton cerita yang ditayangkan di HBO.
Malam ini, tiada cerita seram ditayangkan di televisyen tapi tunggulah malam minggu nanti, ada banyak pilihan menanti.

Zira juga berada di dalam biliknya. Selepas selesai menunaikan solat, dia membaca buku cerita tulisan Keith Ablow. Cerita bercorak suspense dan misteri sentiasa menjadi pilihannya.

Di ruang tamu, sesekali kedengaran gelak tawa Emi dan Maria yang sedang asyik menonton cerita Grown Ups. Tidak dinafikan, Adam Sandler memang sesuai melakonkan watak lucu.
Disokong pula oleh tiga watak lain, cerita itu memang dapat melegakan fikiran yang tengah sendat setelah seharian bekerja menghadap komputer atau menghadap bos yang kerek.

Siti masih berada di dalam bilik. Dia berhajat untuk membaca surah Al-Mulk pula. Dia bangun dan tanpa membuka telekung, terus bergerak ke almari pakaiannya. Perlahan, tangannya membuka almari dan terus mencapai Al-Quran.
Kemudian, Siti kembali ke sejadah lalu duduk. Halaman demi halaman diselak dan tangannya berhenti di halaman yang mengandungi surah Al-Mulk. Surah yang akan membantu pembacanya selepas maut datang menjemput, insya-Allah.

“Bismillahirrahmanirrahim. Tabarakallazi…”

PUP.

Elektrik terpadam. Terdengar satu letupan di Apartment Orkid. Mungkin di tingkat dua atau di tingkat tiga.

Emi dan Maria yang sedang leka di ruang tamu terus terjerit dan meraba-raba dalam gelap.

“Emi… kau kat mana? Aku takut ni…” kata Maria sambil meraba-raba mencari tangan Emi.

Emi juga begitu. Dan apabila telah bertemu, kedua-duanya tersenyum senang. Kedengaran tawa kecil keluar dari mulut mereka. Tawa kelegaan.

“Eh, apahal ek? Tiba-tiba lampu padam. Ada shock ke? Aku terdengar macam ada bunyi letupan kat atas,” ujar Emi.

“Aku pun dengar jugak! Ada budak-budak main mercun kot,” tebak Maria tanpa melepaskan pegangan tangannya pada tangan Emi.

“Hoi! Korang kat mana?”

Zira keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu dengan hanya berpandukan cahaya dari telefon bimbitnya.

“Ada kat sini,” jawab Maria.

Cara dia bercakap dengan santai seolah-olah mereka sedang menikmati minum petang. Macamlah Zira boleh mengagak dengan tepat kedudukannya.

Zira melarikan jari telunjuknya di atas skrin telefon bimbitnya yang hampir malap tadi. Kemudian dia terus mengangkat telefon bimbitnya separas bahu sambil matanya melilau mencari Emi dan Maria.

Tidak semena-mena, Zira berlari mendapatkan dua rakan serumahnya itu sambil menjerit lantang.

“Hantu! Hantu!” jeritnya sambil berlari dan terus melanggar meja kecil yang diletak di tepi sofa.

Mendengar perkataan hantu, apalagi, Emi dan Maria turut menjerit-jerit sambil terloncat-loncat.

Sebaik sahaja Zira sampai di tepi Emi, dia dan Maria terus meraih tangan Zira lalu memeluknya.

Dengan mata yang buntang, Zira menjerit hantu, hantu sambil menunjuk ke arah bilik Siti.

Di sana, satu figura serba putih kelihatan.

“Hoi! Akulah!” pekik Siti, agak geram.

Dengan bertelekung, dia berjalan ke arah kawan-kawannya yang sedang terjerit-jerit ketakutan.

“Tak gunalah korang ni, dengan aku pun nak takut,” marahnya sambil menepuk bahu Emi.

Emi tersengih-sengih malu. Selama ini, dia mengaku dialah yang paling berani antara mereka berempat, tetapi rupa-rupanya dia pun sama. Dua kali lima dengan yang lain-lain.

Selepas ketawa beberapa ketika, Zira mencadangkan agar mereka keluar.

…bersambung

Bab akan datang:
Kemanakah mereka mahu pergi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience