"Dia kata dia tak ada teman lelaki tapi... dia tinggalkan aku macam tu je," kata Airil kepada Kahar.
"Dia takut agaknya. Iyelah, dah kau luah perasaan macam tu. Jerit kat semua orang. Mestilah dia takut. Kalau aku kat tempat dia agaknya pun aku lari tau," balas kahar.
"At least say something la. Janganlah tinggalkan aku macam tu je. Malu aku tau. Semua orang ingat aku harass dia kot,"
"Hahaha... Nasib kau la Riz. Kau yang cari penyakit ni. Aku rasa kau bagi dia masa sikit untuk fikir. Esok kau mesej dia tanya lah kenapa dia tinggalkan kau dan dia terima ke tidak cinta kawanaku yang sorang ni," usik Kahar apabila AIril masih lagi muncung.
Tak puas hati.
*******************
"I'm sorry Airil. Saya terkejut sangat apabila awak buat macam tu. Tak pernah ada orang yang buat kat saya macam tu. Saya malu la bila awak jerit kat semua orang dan bagi tahu awak cintakan saya," balas Mia apabila Airil bertanya kembali dengannya ketika mereka terserempak di bangku luar perpustakaan.
"Saya pun sepatutnya minta maaf. Tak patut saya buat begitu. Tapi saya dah lama pendam perasaan ini," katanya berterus terang.
"Apabila awak kata yang awak tak ada mana-mana lelaki, saya jadi terlebih teruja. Tu yang saya jadi macam terlebih gula. hyper!" jelas Airil bersunggguh-sungguh.
"Awak tak marah kan?" tanya AIril lagi.
Mia menggelengkan kepalanya. Airil masih menunggu jawapan kepada luahan perasaannya tempoh hari. Dia merenung dalam mata Mia.
"JAdi apa keputusan awak Mia?"
"Saya... saya..." balasnya sambil memalingkan badannya membelakangi AIril FAriz.
Kemudia Mia menoleh semula ke arah Airil. sambil tersenyum, dia hanya menganggukkan kepalanya.
YAbeda beduuuuuuuuu...... Mia Arisa milik saya!
Percintaan mereka semakin akrab. Selepas tamat pengajian, Airil fariz bekerja di sebuah syarikat di ibu kota. Dia tidak mahu berlengah. Mia Arisa harus disunting segera sebagai suri dalam hidupnya. Itu misinya kini!
Mia Arisa juga setelah tamat belajar diterima bekerja di sebuah butik terkenal. Khidmat pelajar jurusan rekaan sepertinya amatlah diperlukan di situ. Diam tak diam, sudah lebih tiga tahun mereka bercinta sejak Airil Fariz meluahkan cintanya kepada Mia Arisa.
Share this novel