BAB 14

Romance Series 47752

“Agaknya dia suka aku tak? Rasanya tak kot. Aku kan kacak tapi selalu cari gaduh dengannya.” kata Airil Fariz sendirian di dalam bilik, sambil merenung gambar Aminah Husna yang disimpan di dalam telefon bimbitnya.

“Cantik jugak Mina ni. Kenapalah dari dulu aku tak jatuh cinta pada dia. Kenapa baru sekarang? Pelik-pelik.
Airil Fariz termenung sendirian di atas katilnya sehingga terlelap. Hingga terlupa dia janji temu dengan Aminah Husna sekejap lagi. Misi meluah cinta kali kedua!

**************************

“Kakak ke mana petang-petang ni?” soal Rahimah, ibu Aminah Emelda sambil meletakkan secawan kopi disebelahnya sebelum mengambil tempat diruang rehat tersebut.

“Kakak nak berjumpa dengan Riz,”

“Sebut nama Riz, dah lama dia tak singgah ke sini. Sibuk sangat nampaknya dia sekarang,” luah Rahimah, agak hampa. Harris sudah dianggapnya seperti anak sendiri. Mereka sangat rapat dulu. Cuma akhir-akhir ini mereka jarang bertemu. Rindu rasanya.

“Diakan dah berjaya sekarang ni. Mana ada masa macam dulu” ujar Aminah pula. Rahimah mengeluh. Minuman yang tersedia dihirup perlahan.

“kakak pun satu jugak. Umur kamu tu bukan semakin lama semakin muda, satu nama lelaki pun kita tak pernah dengar dari mulut kakak. Ibu ni… teringin sangat hendak menimang cucu. Si Riz tu, bukannya tak baik. Hormat ibu ni sebagai orang tua. Puan Hana pun dah bising dah."

Aminah Husna diam membatu. Dia hanya mampu tersengih mendengar keluahn ibunya. Dalam hattinya, dia sudah mahu beritahu bahawa cinta mereka sedang berputik dan hasrat kedua belah keluarga akan dilaksanakan.

Rahimah hanya menggeleng-gelengkan kepala. Benda-benda macam ni tak boleh nak dipaksa sangat. Budak sekarang bukan macam zaman sepertinya dahulu. Doanya supaya mereka berdua boleh disatukan. Kalau boleh, dia nak Airil Fariz juga yang menjadi menantu dan suami kepada anaknya itu. Dia begitu kenal Airil Fariz dan dia tidak begitu risau kalau anaknya sentiasa bersama anak muda itu. Cuma, adalah lebih elok kalau mereka berdua menjadi yang halal dunia dan akhirat. Itu harapan Rahimah.

*******************

"Maafkan saya Mina, saya tertidur!"

"Saya?" Aminah Husna mengangkat kening, pelik Airil Fariz membahasakan dirinya saya tiba-tiba, Tersenyum Aminah.

Airil juga turut tersenyum dan menggaru kepalanya yang tidak gatal kerana terkantoi!

"Erm, saya orderkan minuman dulu untuk awak?" soal Airil Fariz dan mengorak langkah menuju kaunter minuman.

“Nak saya temankan, kesian awak”

Airil Fariz kenal sekali pemilik suara itu, Aminah Husna! Airil terus memalingkan tubuhnya ke belakang.

“Boleh jugak”balasnya menyeringai malu kononnya.

Aminah Husna berjalan di sebelah kanan. Dalam hati Airil membayangkan seolah-olah aku berjalan bersama isterinya. Saat itu hati Airil FAriz dan Aminah Husna merasa sangat bahagia sekali.

Airil Fariz dapat merasa jantungnya berdetup sangat kuat apabila Aminah berada disebelahnya. Hebat sungguh perasaan.

"Aminah Husna, kaulah jodohku" bisik Airil Fariz perlahan ke telinga Aminah Husna. Disambut dengan perasaan bahagia wanita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience