Tiga hari sudah berlalu. Kelibat gadis yang memberikannya akuarium kecil berisi ikan laga tempoh hari sudah tiada. Dalam tiga hari ini, Airil Fariz mencarinya untuk mengetahui nama gadis itu. Namun harapannya punah.
Hari keempat dia kembali semula ke perpustakaan dan lokasi mereka bertemu tempoh hari juga tidak menunjukkan kelibatnya.
"Mana diapergi ni? Semua orang dah nak balik untuk cutti semester. Takkan dia dah balik kot. Awalnya" bisik Airil fariz dalam hatinya.
"Argh.. Lupakanlah. Kalau ada jodoh tak kemana kan?" monolognya sendirian lagi.
*********************
Setelah dua minggu berlalu, Airil FAriz sudah pun berada di kampungnya. Hati dan fikirannya masih berlegar di kampus. Lebih tepat lagi mengingati gadis berkaca mata yang selalu menghuni ceruk perpustakaan yang selalu dikunjunginya.
Kerana bersua dengan gadis comel itu secara tidak sengalah yang menjadikan dirinya begitu rajin ke perpustakaan. Walaupun sudah hampir ke akhir semester. Baginya lebih baik dia menghabiskan masa melihat gadis itu sambil membaca buku di situ dari keluar merayau dengan rakan lelakinya yang lain. Melihat gadis itu, jiwanya tenang. Itulah yang diakuinya dahulu terhadap Kahar. Namun rakannya itu tidak mahu melayan apa yang ingin diluahkan.
Di kampung, rakan perempuannya Aminahlah yang ada. Aminah bukannya tidak bijak namun kesempitan hidup membuatkannya berhenti belajar lebih awal. Bapanya sudah meninggal dunia sejak tujuh tahun yang lalu dan ibunya yang menanggung kehidupan dan persekolahan anak-anak sejak itu.
Bekerja sebagai tukang cucui baju di rumah orang tidak menjanjikan bayaran dan pendapatan yang lumayan untuk menanmpung semua kos yang perlu dibayar. Melihayt penderiataan ibunya, Aminah selaku anak sulung dalam keluarganya terpaksa beralah. Dia mempertaruhkan masa depannya sendiri bagi membantu meringankan beban.
Walau pun sudah lama berhenti sekolah, keluarganya sering diberi bantuan oleh keluarga Airil Fariz. Apatah lagi mereka adalah rakan sekelas dahulu. Ii membuatkan mereka kasih rapat biar pun Aminah tidak lagi ke sekolah. Ada ketika, Airil Farizlah yang berkongsi buku sekolah supaya Aminah dapat belajar ilmu yang dipelajarinya di sekolah.
Disebabkan itu, mereka menjadi rapat dan Airil Fariz sendiri menganggapnya seperti adik-beradik.Setiap kali ada masalah atau apa sahaja yang terbuku dalam hatinya, Aminah lah yang adi tempat untuknya meluahkan perasaan. Aminah sendiri tidak kisah dan dia menjadi pendengar setia kepada Airil Fariz.
“Mina, kau rasa aku ni macammana?” tanya Airil Fariz dengan wajah serius. Aminah yang duduk disebelahnya memandang rakan lelakinya itu pelik. Tak pernah-pernah tanya soalan bongok macam tu. Hari ni kenapa pulak tiba-tiba?
“Kenapa pula?”
“Kau jawab sajalah soalan aku tu. Ikhlas,”
“Ikhlas?” Aminah ketawa lucu. Airil Fariz kelihatan bengang dengan reaksi sebegitu. Perempuan ni boleh gelak pula. Orang tengah serius. Aminah perasan dengan riak muka bengang Airill Fariz itu lalu perlahan-lahan dia menghabiskan sisa ketawanya.
“Baiklah. sorry-sorry…”
“Kau ni aku tengah serius, kau boleh gelak. Nanti aku tak nak jumpa kau lagi baru kau tau,” rajuk Airil Fariz.
“Macammana aku tak gelak? Kau sedar tak kau dah tanya aku soalan paling bongok yang pernah aku dengar dari mulut kau sejak 6 tahun kita kenal, tau tak?” Aminah ketawa kecil.
“Soalan bongok apa pulak? Aku serius ni nak tanya kau. Jawab jelah,” rajuk Airil Fariz lagi. Aminah memandangnya dengan wajah meluat.
“Mengada-ngada betul la kau ni…” Aminah merengus kasar. “Okey. Aku ada satu point, kau ni seorang yang mengada-ngada! Kedua, kau ni poyo! Ketiga…”
“Hoi, hoi… kau nak bagi satu kampung dengar ke apa ni?,”
“Laa.. apasal pula?,”
“Yang kau nak cakap kuat-kuat tu kenapa? Bagi aku sorang dengar sudahlah,” marah Airil Fariz dengan dahi berkerut seribu. mata dijulingkan ke atas.
“Okey, pertama…” Aminah cuba memperlahankan suara. Tapi, wajah Airil Fariz menunjukkan dia masih tidak puas hati.
“Dah lah!” potong Airil Fariz. Aminah pula yang naik bengang. Dia memandang Airil Fariz, marah.
“Kau ni dah kenapa, Riz? Tiba-tiba nak naik angin,” Aminah bengang. Airil Fariz tidak melawan. Dia seakan berfikir sebentar.
Kemarahan diwajah Aminah mula reda. Dia dapat mengagak mesti kawan baiknya itu sedang berada dalam kerunsingan. Masalah apa pula mamat ni bawa hari ini. Tak habis-habis dengan masalah. Tapi selalunya masalah dengan pelajaran. Kali ini masalah apa?
Share this novel