"Dia tak la cantik mana tapi lama-lama tengok memang comel pula. Kalau dia datang ke perpustakaan ni, mesti dia akan duduk di meja yang berada ceruk sana tu," kata Airil Fariz kepada temannya, Kahar sambil memuncungkan mulut menunjukkan tempat.
"Tapi hari ni, dia tak datang pula. Dah beberapa minggu juga aku perhatikan."
"Kau dah angau ke apa ni Riz? Sambl bercerita, aku tengok muka kau pun ikut sama monyok sebab dia tak ada hari ini," kata Kahar sambil terkekeh mengetawakan Riz.
"Mungkin juga la. Bila aku tengok muka dia, walau pun dari jauh, aku rasa happy je. tenang..." kata Airil Fariz sambil tersenyum dan mengelamun mengingati wajah gadis yang selalu diperhatikannya di dalam perpustakaan itu.
"Sudah. Sudah. Jangan nak berangan lagi. Kita datang sini sebab aada misi Riz. Belajar untuk peperiksaan akhir nanti. Kalau kau tak fokus, asyik teringat minah tu je, melingkuplah kau nanti. Kau nak macam tu?" bebel Kahar apabila melihat Airil Fariz makin hanyut memperkatakan tentang wanita yang berjaya menarik perhatiannya.
"Potong stim la, aku nak cerita kat kau ni fasal dia," kata Airil Fariz geram sambil menutup buku di hadapannya.
"Macam ni lah. Kita study dulu, lepas dah habis peperiksaan nanti, kau pergi lah tegur dia untuk berkenalan. Dah kenal nanti, kau tackkle lah dia. Itu pun kalau berjaya buat dia bagi details tentang dia dan ..."
"Dan apa pula ni?" celah Airil Fariz.
"Dan kalau dia masih belum berpunya lah. Dibuatnya dia dah kahwin ke, dah bertunang ke, atau dah ada pakwe ke, tak ke kau juga yang akan susah?" balas Kahar panjang lebar.
"Iyelah, iyelah. Tapi aku pasti dia single and ready to mingle. Aku tak rasa dia ada pakwe! Boleh kerat jari aku ni," kata Airil dengan yakin. Dengan penampilannya yang berkaca mata besar dan selalu bergelumang dengan buku, Airil FAriz yakin wanita yang mencuri perhatiannya itu belum ada siapa-siapa yang punya.
"Sudahlah, malas aku nak layan. Aku nak baca buku ni. Kalau kau nak berangan lagi, baik kau pergi balik je. Kita batalkan saja study group ni," ugut Kahar.
Airil Fariz mencebik dan membuka bukunya semula. Kahar kalau sudah kata A, jangan dibangkang dengan B. Pasti dia tidak akan layan. Jadi jalan keluarnya adalah, Airil Fariz ikutkan saja arahan Kahar itu.
***************
Hari itu, hari terakhir peperiksaan akhir untuk semester tiga pelajar sains. Airil Fariz dan Kahar beserta dua lagi rakan mereka menuju ke perpustakaan untuk mencari bahan sebelum melangkah masuk ke bilik peperiksaan. Ketika meniti tangga perpustakaan, mata Airil Fariz tertancap pada wajah yang cukup dikenalinya.
Ya. wajah comel wanita yang berjaya mencuri perhatiannya sejak lebih tiga minggu yang lalu. Sejak dia sendiri tergerak hati untuk belajar di perpustakaan. BAgaikan jodoh untuk mereka bertemu, Airil Fariz terlihat wajahnya dari celahan buku-buku apabila gadis itu mengambil buku dari rak.
Tanpa melengah, Airil Fariz berjalan laju ke hadapan kawan-kawannya.
"Kamu semua masuk ke library dulu. Aku akan menyusul kemudian ya. Ada hal sikit nak buat,"katanya sambil tersengih mengepit kaki.
"Tu la tadi tak nak buang dulu. Dah sampai sini, ada saja alasan kau kan," balas Kahar sambil menggeleng-gelengkan kepala.
"Sorry la. Aku tak tahan ni," katanya.
Apabila teman-temannya sudah meninggalkannya disitu, Airil Fariz terus mendekati gadis yang diminatinya. Dalam hatinya, dia cuma mahu bertegur sapa dan berkenalan.
"Cik, tunggu sekejap. Tunggu," panggil Airil supaya gadis itu berhenti. Dia segera mendapatkan gadis itu. Di tangan gadis itu dilihatnya ada sebuah akurium kaca bersaiz kecil dengan seekor ikan laga yang berwarna biru keunguan.
"Cik nak kemana?" tanya Airil Fariz.
"Kenapa saya perlu beritahu?" balas gadis itu.
"Saya cuma nak tahu nama cik boleh," ucap Airil Fariz dengan kening terangkat.
Gadis itu memandang Airil Fariz seakan tidak percaya. Seumur hidupnya, belum pernah ada mana-mana lelaki yang mahu bertanyakan nama apatah lagi berkawan dengannya. Perbuatan Airil Fariz tadi benar-benar mengejutkan. Untuk menguji keikhlasan lelaki di hadapannya itu, gadis itu memandang akuarium yang berada di tangannya.
“Nah,” gadis itu menyuakan akuarium kepada Airil Fariz.
"Eh, kenapa bagi saya ni?" soal Airil Fariz.
"Kalau awak berjaya jaga dia, saya akan beritahu nama saya," katanya sambil membulatkan mata memandang Airil Fariz.
“Oh, begitu, boleh. Saya janji akan jaga betul-betul,” tutur Airil Fariz. Gadis itu senyum kecil sambil cermin matanya yang senget dibetulkan.
“Kalau dia mati. Jangan harap saya lepaskan awak!” kata si gadis sambil tersenyum sinis. Buku yang dibawanya tadi dipeluk ke dada.
“No problem! ” kata Airil Fariz dengan yakin. Mata si gadis itu dijuling ke atas tanda menyampah.
“Tengoklah nanti,” kata si gadis lalu beredar.
Share this novel