Malam itu Airil Fariz mula merasakan sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Airil rasakan ada sesuatu perasaan yang lain di dalam hatinya.
“Adakah aku sudah jatuh cinta. Dengan Aminah Husna? Biar betul. Aku kenal dia dari sekolah lagi takkan baru sekarang aku suka dekat dia. Tak mungkin lah.” kata Airil Fariz di dalam hati bersenderian di dalam bilik.
“Tapi dia baik, hormat orang tua, pandai mengaji pulak tu. paling best kalau bergaduh dengan dia”. Teringat kembali ketika meraka masih sama-sama di bangku sekolah. Aminah lah yang selalu melayan karenah mengada-ngadanya itu.
“Sememangnya dia telah memiliki ciri calon pilihan hatiku.”
“Sekarang ini aku mesti cuba rapat dengan dia,mana la tahu kalau suatu hari nanti dia juga jatuh cinta denganku”. Airil berangan lagi. Kali ini Airil Fariz benar-benar nekad untuk mendekati Aminah Husna dan memperoleh cintanya. Dia tidak mahu lagi jadi seperti perkara yang lalu.
"Aku akan cuba melupakan Mia Arisa dari ingatanku. Aku mesti mendapatkannya. paling penting, aku tidak mahu sejarah yang dahulu berulang kembali"
Belum pun Airil habis berangan berseorang, pintu biliknya diketuk.
"Boleh mama masuk sayang?" tanya Puan Hana melihat anaknya berkurung dalam bilik sejak balik ke kampung.
"Masuklah mama. Riz bukannya tidur pun," balas Airil Fariz ringkas.
"Riz okay ke sayang, mama tengok Riz muncung je. Kadang-kadang tersenyum sorang. Tapi sejak balik tadi, berkurung pulak dalam bilik. Ada apa-apa ke sayang? soal mamanya lembut.
"Tak ada apa mama. Cuma Riz dah berpisah dengan Mia Arisa."
Puan Hana segera mengusap kepala anaknya apabila mendengar berita itu.
"Tapi mama jangan risau, Riz okay je. Mungkin permintaan mama akan jadi kenyataan," balas Airil fariz tersengih.
"Apa pula yang akan jadi kenyataan ni?"
" Riz akan pikat Mina dan kahwin dengan dia mengikut permintaan mama. Riz tengah mengorat dia la ni"
"Hahaha.. bertuah punya anak. Syukurlah tuhan. Kan mama dah kata dia seorang sahaja yang sesuai untuk kamu Riz. Mam pasti dia juga ada perasaan pada kamu. Kalau tidak takkanlah dia sanggup mengikut kamu ke hulu ke hilir," balas Puan Hana gembira mendengar pengakuan anaknya. Dipeluknya batang tubuh anknya yang sudah dewasa itu. Dia pasti kedua-duanya akn bersatu sebagai suami isteri tidak lama lagi.
Share this novel