BAB 12

Romance Series 47752

"Ini sebabnya awak jauhkan diri dari sayakan? Sebab dah ada jantan lain!" sergah Airil Fariz apaila melihat Mia Arisa sedang bermesra dengan lelaki lain. Tangan Mia memaut lengan lelaki itu sambil bergurau senda tanpa memikirkan pandangan sekeliling.

Sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Kini Airil sudah tahu punca Mia menolak lamarannya untuk berkahwin lebih awal. Malah mahu melengah-lengahkan hasrat mamanya. Semuanya kerana dia sudah jatuh hati dengan lelaki lain. AIril terasa dirinya tertipu selama ini. Dia fikir Mialah yang bakal menjadi suri dalam hidupnya sehigga ke akhir hayat.

"Kenapa kau buat kecoh dengan girlfriend aku ni, bro?" balas lelaki yang besama dengan Mia sambil menggenggam penumbuknya untuk dihayunkan ke muka Airil. Mia cuba meleraikan mereka.

" Airil, sabar dulu. Saya akan jelaskan semuanya."

" Apa lagi kau nak cakap? Dulu Mina ada kata pernah terlihat kau dengan lelaki lain, tapi aku menidakkannya kerana aku percaya pada kau Mia, pada cinta kita!"

Mia sudah melelEh air mata. Dia tahu dirinya bersalah. Namun kehadiran lelaki yang bernama Shah itu tidak pernah diduga akan meraih perasaan cintanya hingga mengatasi rasa sayang kepada Airil fariz yang dikenalinya terlebih dahulu. Dia sudah cuba menjauhi Saha namun, lelaki itu tetap juga mendekat dan dia tidak mampu membendung perasaan dari menumahkan rasa cinta kepada lelaki yang baru hadir dalam hidupnya.

DIa tidak pernah mahu menghianati Airil Fariz tetapi isu perkahwinan yang diuar-uarkannya membuatkan dia meluat. Berlainan dengan Shah yang sanggup menunggu dirinya lebih lama agar lebih berjaya dalam kerjaya.

Aminah yang turut berada di tempat kejadian, menahan Airil Fariz dari menyerang wanita itu bersama teman lelakinya.

"Airil, Mia minta maaf. Dah lama Mia nak bagi tahu Airil tentang hal ini,"

" Habis tu kenapa kau tak beritahu aku leih awal upaya aku tak perlu kusut dengan kau? Sebab kau nak lindungi lelaki ini kan?" soal Airil algi.

"Sudahlah Airil, jangan macam ni. ramai orang tengok ni. malu lah sikit," celah Aminah pula supaya Airil Fariz kembali tenang dan bertindak waras.

"Aku harap kau yang akan aku kahwini tapi sanggup kau buat begini dan menduakan aku!"

"Mia minta maaf Airil. Saya tak dapat jadi isteri awak."

"Kenapa awak buat begini? Apa salah saya?"

" Awak tak salah Airil. Saya tahu awak nak sagat kita berkahwin awal, tapi saya tak mampu berikannya. Bila awak terlalu mendesak saya jadi rimas. Saya ada cita-cita yang mahu saya kejar! Tolong lah faham."

" HAnya kerana itu?"

" Saya tak tahu nak cakap apa lagi. Shah banyak memberikan sokongan yang saya tahu tak mungkin saya boleh dapatkan dari awak Airil. Dia begitu memehami apa yang saya inginkan. Awak pula sebaliknya. Tak habis-habis minta saya kahwin epat dengan awak kerana desakan mama. Saya tertekan Airil. Saya tertekan!" jawb Mia Arisa menyedarkan Airil Fariz tentang hubungan mereka. memang dia mendesak tetapi dia tidak menyangka ia akan menyebabkan Mia mencari lelaki lain dan meninggalkan dirinya.

******************

"Terima kasih Mina kerana selalu berada di samping aku. Kau dah banyak membantu. Patutlah kau minta gambar Mia dulu dan beritahu tentang kecurangan yang berlaku depan mata kau. Tapi aku yang buta", kata Airil Fariz seraya memeluk tubuh genit Aminah Husna.

Aminah tergamam. Itulah kali pertama Airil begitu baik dengannya dan tanpa disedari, kedua-duanya terasa getaran cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience