Hubungan yang hanya dari mahu berkenalan bertukar menjadi kawan, teman kepada mesra dan akhirnya pada semester akhir berada di kampus, Airil Fariz benar-benar meluahkan rasa cintanya kepada Mia Arisa yang sudah lama terbuku dalam hatinya.
"Mia, kita berjumpa sekejap boleh?" tanya Airil Fariz tergagap-gagap.
"Boleh. Tapi Mia ada amali sekejap lagi. Habis amali, Mia dah lapang. Kita jumpa dalam jam 4 nanti boleh," katanya.
"Okay. Kita jumpa di tempat biasa ya," balas Airil semula sebelum mematikan panggilan telefon.
Dalam hati, tuhan sahaja yang tahu bagaimana berdebarnya dia untuk mengatur pertemuan yang bermisi ini. Misi luah perasaan cinta!
"Ha, ada apa awak nak cakap dengan saya ni? macam tak sempat sangat nak tunggu esok. Awak ok ke?" soal Mia Arisa.
Airil Fariz masih lagi gementar hingga tergagap-gagap mahu memulakan bicara.
"Awak dah makan?" tanya Airil Fariz.
"Saya kenyang lagi. Ada apa awak cari saya?"
"Awak nak order minum tak?"
"Astaghfirullah. Awak dah kenapa ni Airil. Awak okay ke tak?" tanya Mia Arisa pelik dengan perubahan sikap Airil.
Airil hanya tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Dia tahu, dia sedang gabra menghadapi gadis yang berjaya mencuri hatinya. Dia nekad mahu meluahkan rasa cinta tapi entah kenapa mulutnya melalut ke hal lain pula.
"Saya ada nak cakap sesuatu dengan awak?"
"Okay, saya tahu, cakaplah apa dia. Ini dah kali ketiga tau saya tanya."
"okay-okay. MAcam ni. Kita minum dulu." Airil Fariz membelikan dua minuman dan kembali semula ke meja mereka duduk tadi. Itu hanyalah helah untuk dia menangguh masa dan pertanyaan penting yang mahu diluahkan kepada gadis bernama Mia Arisa ini.
"So, kita dah pun minum. Boleh awak bagi tahu sekarang apa yang awak nak katakan tadi?" Mia Arisa bingung dengan perubahan sikap Airil. Selalunya mereka akan berbual dengan mesra tanpa mengira apa jua topik yang terpacul dari mulut mereka. Tapi Airil cukup bebeza hari ini. Pelik.
"Kita selalu bersama dan saya tak nampak pun awak ada luangkan masa atau keluar dengan lelaki lain." kata Airil perlahan.
"JAdi?" tersentak Mia mendengar kenyataan itu. Pelik baginya soalan itu keluar dari mulut Airil Fariz tentang lelaki dalam hidupnya.
"Saya cuma nak tahu jika awak ada teman lelaki, tunang atau suami?" soal Airil laju-laju takut disembut oleh Mia pula nanti.
Mia tergelak besar mendengar soalan itu. Kali ini dia rasa lucu kerana Airil bertanya laju seperti kereta api. Tambahan pula riak wajahnya ketika itu comel sekali.
"Janganlah gelak.Jawablah soalan saya. Saya perlu tahu," balas Airil serius.
Tanpa bersuara, mia memadang Airil lama dan kemudian menggelengkan kepala tanda dia tidak punya siapa-siapa.
"yesss!" balas Airil bangun dari bangkunya. Mia yang melihat terkejut dan berderaian ketawa mereka.
"Kalau macam tu, saya nak cakap, Saya cintakan awak Mia Arisa," jerit Airil kepada semua pelajar yang ada di situ.
Mia tergamam, lantas buku-buku yang dibiar bertabur di atas meja dikaut dan dipeluk. Entah mengapa Mia seperti tidak percaya dan mahu lari dari situ. Dia angkat kaki meninggalkan Airil keseorangan di situ.
Share this novel