BAB 7

Romance Series 47752

"Mina, aku ada masalah lagi ni," kata Airil dengan wajah serabut. Selepas bertemu dengan mamanya sebentar tadi, Airil jadi gelisah. Kebetulan Aminah datang berkunjung ke rumahnya di kampung. Sebagai kawan yang selalu mendengar segala masalahnya selama ini, Airil terus mengadiu kepada Aminah seperti selalu.

"Bawa bersabar. Bertenang.Kau kelam kabut macam ni, macam mana aku nak tolong," balas Aminah cuba menenangkan kawan baiknya itu.

Airil masih mundar-mandir di hadapan Aminah. Dia tidak tahu bagaimana harus memulakan untuk mencerita masalah yang baru sahaja timbul ini. Mama atau Mia Arisa.

"Mama aku suruh kahwin,” ujar Airil Fariz antara dengar tak dengar.

“Hah?!” Aminah seakan teruja dan terkejut dalam satu.

“Mama aku nak aku kahwin dengan kau!” sambung Airil Fariz lagi sambil memandang tepat ke wajah Aminah.

“Hah?!!” Kali ini bukan teruja dan bukan apa. Kali ini wajah Aminah benar-benar terkejut.

“Kenapa pulak? Aku ni dah lah handsome, bijak, ada kerjaya sendiri. Kukuh. Kau kira bertuah tau kalau kahwin dengan aku,” ujar Airil Fariz selamba. Ada masa lagi nak begurau dengan kawan dari kecilnya itu.

“Kepala hotak kau!!! Kau ingat benda ni main- main ker!,”

“Main-main apa, betullah! Mama aku nak aku kahwin dengan kau,” ulang Airil serius.

“Ish, gila ke apa! Dah lah, aku nak balik. Kau ni menipu aku ni. Takkan mama kau nak kau kahwin dengan aku. Agak-agakla,” Aminah terus bangun dan mencapai begnya untuk beredar pergi dari situ. Riak wajahnya terus berubah. Marah, bengang, semuanya bercampur. Airil Fariz yang baru duduk mendongak memandang gadis itu.

“Habis, masalah aku ni macam mana?”

“Kaukan bijak, kau settlelah semuanya sendiri. Mengada!” Aminah terus melangkah pergi tanpa menunggu lagi.

“Hoi, kau bukan nak jumpa dengan aku ke?!” jerit Airil fariz bila Aminah sudah semakin menjauh. Gadis itu cuma mengangkat tangan tanpa menoleh ke arah Airil Fariz lagi.

Airil mengeluh dan memandang meja kopi dihadapannya.

"Apa aku nak buat ni? Kalau aku terima cadangan mama yang nak aku kahwin sangat dengan Mina, Mia pula kau nak campak kat mana? Dah bertahun bercinta kot,"

"Mama, Riz tak mahu kahwin dengan Mina. Sebab Riz dah ada pilihan hati Riz sendiri. Nama dia Mia Arisa. Kami dah lama kenal dan Riz mahu dia dalam hidup Riz, ma..."keluh Airil Faris sendirian.

Jarinya memicit-micit kepalanya yang tidaksakit tapi serabut dengan permintaan terkejut dari mamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience