"La tu je masalahnya? Ingatkan masalah apa la yang besar sangat sampai sanggup merajuk dengan aku. Hari terakhir kau di kampung ni baru nak cakap dengan aku balik," gumam Aminah setelah mengetahui masalah yang ingin disampaikan oleh Airil Fariz dahulu.
"Masalah lah ni. Aku nak kenal dan nak tahu siapa gadis tu tapi bila dah tegur, dia hilang pula. Tu yang aku asyik teringat je. Bukan apa, kalau dah kenal kan boleh la aku ambil langkah yang seterusnya," balas Airil Faris geram.
"Fasal masalah kau ni, aku tak tahu nak cakap apalah. Aku pun bukan pernah bercinta. Lepas tu nak bagi nasihat tentang cinta pula. Ish, memang taklah."
"Aku tahu dah. Saja aku nak luahkan kat kau je,"
"Kalau tahu baguslah Kang kalau tak, kau merajuk lagi. menyampah pulak aku tengok. Cuma satu je. Kalau kau betul-betul nak kat dia, kau tunggu je kat tempat biasa. Mesti dia datang punya. Time tu, jangan kau lepaskan peluang pula," Kata Aminah sambil memandang atas bawah.
*************************
"Cik tunggu. Tunggu dulu..." laung Airil Fariz apabila melihat gadis yang diminatinya ada di perustakaan selepas semester dibuka semula.
"Ke mana cik menghilang? lama saya cari," tambah Airil Faris lagi tercungap-cungap kerana berlari mendapatkan gadis itu.
Si Gadis hanya tersenyum. Cermin mata yang memang dah terletak di batang hidungnya dipegang.
"Kenapa cari saya? Ada hutang ke?" soal si gadis sengaja mencari fasal.
"Eeh awak ni, tadi ok je teersenym ni dah ubah mood pula? Tak ada apalah. Ingat tak awak pernah bagi saya ikan laga dulu?"
"Oh.. ingat. Jangan kata kat saya awak dah bunuh ikan tu? Say abagi kayt awak hari tu sebab saya nak masuk dewan peperiksaan dan akurium yang ada ikan tu tak boleh bawa masuk. Jadi saya bagi kat awak. dia hidup lagi kan?" soal si gadis sambil mengggoncang kedua-dua lengan Airil Fariz.
"Eh, bukan. Bukan macam tu... Ikan tu hidup lagi lah. Tengoklah siapa yang jaga"
"Habis tu?"
"Kan awak ada janji dengan saya hari tu, kalau saya jaga ikan tu dan tak bunuh ikan tu, awak akan bagi tahu saya nama awak dan kita boleh berkenalan," kata Airil tersenyum.
Si gadi smenjadi serba salah. Dia seperti berfikir sesuatu. Ian itu perlu didapatkannya semula. Dan cara untuk mendapatkan ikan itu semula adalah dengan berkenalan dengan lelaki di depan matanya ini.
Si gadis berpaling semula kepada Airil Fariz. Menghulurkan tangannya untuk dijabat.
"Mia Arisa.Boleh panggil saya Mia. Saya sebenarnya dah lambat nak kuliah. Kita jumpa lain kali saja. Di sini esok jam 3 ya," kata Mia Arisa melambaikan tangannya.
"Oh ya, bawa ikan saya sekali. Saya dah rindu pada dia..." laungnya sambil melemparkan senyuman manis.
yahooooooooo..... Mia Arisa!
Share this novel