BAB 4

Romance Series 47752

"Sorry,sorry. Saya terlambat. Dah lama awak sampai?" Soal Mia Arisa termengah-mengah mendapatkan Airil Fariz.

"Eh tak lah lama sangat. Tapi dah sejam juga la saya terkulat-kulat seorang diri di sini," kata Airil Fariz sinis sambil melihat-lihat ikan laganya itu berenang megah.

"Maaflah ye. Tadi saya ada hal sikit. Tu yang terlambat." katanya sambil mebedik-bedikkan mata.

Terus berderaian ketawa mereka berdua di bangku luar perpustakaan itu.

"Awak tak bagi tahu lagi nama awak siapa. kata nak berkenalan dengan saya. Perkenalkan juga diri awak," kata Mia

"Aah la. Saya terlupa pula. Saya Airil Fariz. Semester empat dari Fakulti Sains," jawabnya tersengih.

"Oh, bakal saintis negara la ni ye," usik Mia dan mereka ketawa lagi.

Sejak hari itu, Mia Arisa dan Airil Fariz sentiasa bertemu. Perpustakaan itu menjadi tempat biasa untuk mereka berjanji untuk bertemu. Kemudian, nombor telefon saling bertukar. Jika bukan perpustakaan, kafe fakulti pula menjadi lokasi mereka untuk meluangkan masa bersama.

Lama-kelamaan, perbualan mesra mereka tidak lagi hanya ketika berjumpa empat mata. Tetapi juga menerusi perkhidmatan sosial lain sepeti Whatsapp, FAc, Twitter dan pelbagai lagi.

Suatu malam, Airil Fariz bermimpi didatangi seorang wanita yang cantik. Apabila wanita itu datang dekat kepadanya ternyata wanita itu adalah Mia Arisa. Dia datang kepadanya dan berkata,

“Saya suka la berkawan dengan awak Airil Fariz. Sudi tak awak..."

Aku terus tersedar dari buaian mimpinku tadi, sambil berkata.

“Pelik. Apa makna mimpi aku tadi. Tak pernah-pernah aku mimpi dia.”

Malam itu Airil Fariz tidur dalam kebingungan memikirkan mimpi tersebut. Apa makna mimpi itu? Kenapa dia ada dalam mimpinya? Apa makna pertanyaan dia kepada Airil fariz? Beribu persoalan bermain difikiran aku pada malam itu.

Keesokkan harinya, Airil fariz pergi ke kuliah seperti biasa sambil memikirkan mimpi semalam. Seolah-olah dia benar-benar bertemu dengannya malam tadi.

Airil Fariz terus memasuki kelas dan meletakkan beg di kerusi Kahar. Dia melangkah keluar dari kelas untuk mengambil kertas semak kehadiran di pejabat. Sampai sahaja dipejabat Airil terus mengambil kertas tersebut di atas rak yang tertera nama kelasnya. Selepas itu AIril kembali ke kelas untuk merekod berapa orang yang hadir pada hari tersebut.

Semasa Airill sedang sibuk mengira jumlah pelajar perempuan, aku seakan terpandang Mia Arisa. Kiraannya terhenti di situ kerana masih teringatkan mimpi semalam.

“Mia Arisa.. apa makna mimpi semalam ya. Aku benar-benar jatuh cinta?”. Tanyanya di dalam hati.

Airil Fariz hentikan lamunan di situ kerana takut ada yang perasan bahawa dia memandangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience