Saban hari, Airil dan Aminah selalu keluar bersama. Sarapan, makan tengah hari dan kadang kala, pulang dari pejabat juga bersama. Keakraban mereka kembali seperti dahulu. Tanpa disedari masing-masing makin selesa dengan kehadiran antara satu sama lain.
Tambahan pula, Mia Arisa semakin sibuk dengan urusan kerjanya. Airil Fariz juga sudah bengang apabila kerap kali juga, wanita itu tidak menjawab panggilan telefonnya. Untuk melepaskan rasa geram, Aminah Husna lah yang menjadi tempat meluah dan mendengar.
Hanya wanita itu yang memahami dan banyak membantunya menennagkan diri dalam situasi ini. Sedikit sebanyak hubunganya dengan Mia Arisa juga semakin menjauh. Hatinya semakin tawar namun dia masih mahu mempertahankan cinta yang dibina sudah bertahun itu.
"Susahnya nak berjumpa dengan awak sekarang ni kan Mia," kata Airil FAriz sinis.
" Maaflah sayang, saya memang sibuk sikit sejak akhir-akhir ni. Awak fahamkan kerja saya macam mana?,"
"Faham tu faham lah tapi nak bercakap tanya awak kat mana dan buat apa, degan siapa pun makin susah. Banyak kali saya call, awak tak angkat. Tak kan awak tak dengar? Lepas tu takkan awak tak boleh call saya semula?" soal Airil geram dengan tindakan Mia yang dirasakannya sudah mula mengabaikan dirinya.
"kan saya cakap saya sibuk. Lagi pun, bos say perlukan saya buat masa ni," balas Mia masih berlembut.
"Habis tu saya ni tak perlukan awak ke? Bos awak je yang perlu awak layan. Kita ni nama aje bercinta. tapi dah lama tak bersembang apatah lagi berjumpa. Awak rasa patut ke awak buat macam ni? soal Airil lagi membangkit kemarahan Mia.
"Awak ni kenapa Airil? Saya kata saya sibuk dengan kerja bukannya saya tak mau pedulikan awak. Ini anara sebab saya tak nak kahwin dengan awak. Cuba bayangkan kalau kita dah jadi suami isteri nanti dan awak bersikap serkap jarang dan kebudak-budakkan maca ni? Apa akan jadi? Kita baru dapat berakap kita dah nak bergaduh dan bertengkar!"
"Kalau awak terima lamaran saya lebih awal, tak adalah saya jadi macam ni. Mama asyik minta saya kahwin cepat, tapi awak pula nak lengah-lengahkan. Saya boleh katakan awak nak hilangkan diri sebab call tak angkat, nak ajak jumpa pun payah sekarang ni. Awak buat tak tahu apa yang terjadi.Saya runsing lah!" balas Airil panjang. Kata-katanya itu mengguris perasaan Mia.
Memang hubungan mereka tidak lagi seperti dahulu. Mia juga sudah mul arasa jauh dengan Airil Fariz yang pernah dicintainya dahulu. KAdang kala, dia terfikir semula, adakah keran adia tidak yakin dengan lelaki itu atau kerjayanya lebih penting dari berkahwin dengan Airil, Atau hatinya sudah terpaut pada orang lain?
Mia sendiri buntu dengan perasaan yang melanda. Dia tahu hubungan mereka sedang bermasalah.
Panggilan telefon Airil itu bagaikan bom jangka yang menunggu untu meletup.
Tidak mahu terus bertengkar, dia memohon untuk meneruskan perbualan mereka kemudian. Lantas panggilan itu dimatikan.
Airil Fariz amat kecewa malam itu dengan reaksi Mia Arisa. Itulah kali pertama mereka bertengkar hebat. Hubungan mereka sudah goyah seperti telur di hujung tanduk.
Share this novel