BAB 8

Romance Series 47752

“Mama tak kira. Kalau mama tak buat macam ni, sampai bila pun Riz tak akan kahwin. Dah tiga tahun Riz bekerja, satu perancangannak kahwin pun mama tengok tak ada. Mama tak nak Harris pilih perempuan yang hanya pandang kejayaan Riz saja. Riz nak isteri yang macam tu? Riz kena pilih yang betul-betul sesuai," leter Puan Hana di suatu malam ketika mereka sedang duduk bersantai di ruang tamu rumah. Airil mengambil kesempatan itu untuk berterus terang dengan mamanya mengenai Mia Arisa. Namun diakhiri dengan leteran mamanya pula.

Airil Fariz mengeluh kecil. Tidak pernah berputus asa untuk satukan dia dengan Aminah, kawan baiknya sendiri.

“Tapi masalahnya, mama… Riz dan Mina tu dah berkawan sejak kecil lagi. Dia tahu baik buruk Riz. So, mama rasa Mina akan setuju ke?”

“Kalau Mina setuju, Riz pun setuju ker?” puan Hana cuma memerangkap Airil fariz. Pemuda itu terdiam. Nampak gayanya, dia dah terjerat. Ah, tak boleh, tak boleh!

“Dah, dahlah mama… apa ni?… Riz tak bersedia lagi nak kahwin, tau tak. Mama ni tak habis-habis suruh Riz kahwin. Kalau ada jodoh, adalah, okey?”

“Mama cuma…” Puan Hana terhenti tatkala Airil Fariz tiba-tiba menguap dengan bunyi yang kuat. Dia tahu yang Airil lagi sekali cuba mengelak topik itu.

“Riz mengantuklah, mama. Esok pagi Riz kene balik ke Kuala lUmpur lagi. Riz masuk tidur dululah,” Airill segera bangun dari sofa dan bersalam dan bercium tangan dengan mamanya seperti biasa sebelum masuk tidur. Puan Hana mengeluh geram.

“Kamu ni, Riz degil betul nak dengar cakap mama,”

“Riz masuk tidur dulu ye mama? Assalamualaikum,” Airil Fariz terus melangkah pergi.

Puan Hana memandang langkah anaknya itu sambil mengeluh. Entah apa lagi yang perlu dia lakukan supaya anaknya itu berkahwin dengan Aminah. Hanya gadis itu yang dipercayainya selama ini. Justeru, dialah calon menantu yang sesuai. Apatah lagi, dia sudah mengenali gadis itu dan seluruh keluarganya sejak dia masih kecil lagi.

"Aku mesti buat sesuatu kalau mahu Aminah yang jadi menantu. Tak mungkin Aminah mampu menolak permintaanku. Dia kan budak baik yang mendengar kata. Riz saja yang suka membantah dan bagi alasan," bisik hatinya.

********************

"Mama saya dah bertanya bila saya nak tamatkan zaman bujang. Kalau kita kahwin segera, awak nak tak? Sekarang juga saya boleh masuk meminang!" tanya Airil kepada Mia ketika mereka sedang menikmati makan malam berdua di sebuah restoran.

Tersedak Mia dibuatnya apabila disoal sedemikian rupa. Bukan kali pertama, Airil menyatakan hasrat mahu mengahwininya tapi dia sendiri belum bersedia untuk melayari bahtera rumah tangga. Setiap kali diajukan soalan kahwin, setiap kali itu jugalah dia akan menolaknya.

Entah mengapa, Mia rasa dia sudah mula jatuh cinta dengan kerjayanya sendiri melebihi cintanya kepada lelaki itu. Dia sendiri mahu memastikan bahawa dirinya benar-benar mahu menerima Airil Fariz sebagai suami barulah dia akan membuat keputusan untuk dinikahkan. Jika tidak, dia bimbang berubah hati kelak terhadap lelaki itu dan ketika itu, semuanya sudah sia-sia belaka.

"Apa? Mama suruh awak kahwin ke?"

"Iyelah. Kalau awak nak tahu mama siap pesan nak tolong jodohkan saya jika saya tak mahu kahwin lagi dalam tahun ini."

"Eh, takkan sampai macam tu sekali? Ala... Saya belum ready nak jadi isteri la awak. Awak kan tahu, kerjaya saya baru nak berkembang. Kalau saya tak ambil peluang ni, entah bila peluang baru akan muncul semula."

"Kita kahwin je, bukan suruh awak berhenti kerja pun. Kenapa sampai macam ni sekali pemikiran awak?"

"Memang la kita kahwin je. Lepas kahwin, nanti nak kena fikir tentang anak pula. Mama mesti nak cucukan? Habis tu habislah kerjaya saya. Mana nak pergi kerja, mana nak bahagi masa untuk awak dan anak-anak. Saya betul-betul belum bersedia. Awak lengah-lengahkan lah mama," jawab Mia panjang lebar.

Airil tersentap. Tapi dia juga tdak boleh berbuat apa-apa ketika itu. Tak guna dipaksa jika Mia sendiri sudah mengakui belum bersedia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience