BAB 10

Romance Series 47752

Airil Fariz tak pernah sebegini serabut. Apabila diajaknya Mia Arisa Kahwin supaya mamanya diam, wanita yang dicintainya itu pula menolak. Cuba meluah perasaan dan berbincang dengan teman baik yang juga wanita yang mamanya mahu jodohkan, Aminah Husna juga sengal tidak mahu melayan.

Airil Fariz buntu. Sudah lima bulan kekusutan ini belum juga dileraikan. Mamanya terus-terusan mendesak mahukan keputusannya segera. Ketika ini, dia rasakan hanya dia yang bersungguh mahu menyelamatkan keadaaan tetapi tidak dua lagi wanita yang paling rapat dalam hidupnya kini.

Telefon bimbit yang diletakan di tepi meja diambilnya dengan tangan tangan. Dia menekan nombor Mia di telefon bimbit. Namun panggilannya tidak berjawab. Tiga kali nombornya didail, tiga kali itu jugalah peti simpanan suara yang menjawab.

*********************************

Jam 9 pagi, Aminah Husna sudah terpacak dihadapan bangunan di mana pejabatnya berada. Sejak dua bulan lalu, Aminah Husna diterima bekerja di pejabat Shah Holding. tanpa di sangka pejabatnya hanya dua blok bangunan sahaja dari pejabat jantan poto aka kawan baiknya sejak kecil dan juga lelaki yang mahu dijodohkan dengannya, Airil Fariz.

Perasaan malas dan mengantuk teramat sangat. Mana tidaknya, pukul 4 pagi baru dia boleh lena. Hampir setiap malam Airil menelefonnya mendesak untuk meminta jalan keluar. Walau pun rimas, dia terima sahaja kerana sedikit sebanyak, lelaki itu tetap disayanginya walaupun hanya sebagai abang.

Tambahan pula, tengah hari tadi jantan poyo itu telefon menggesanya untuk datang ke pejabat dan makan tengah hari bersama. Kalau tak datang, dia akan merajuk sebulan.

“Mengada-ngada betul. Ingat aku ni tak ada kerja lain agaknya,” omel Aminah geram.

Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke ruang pejabat itu. Kalau nak diikutkan hati malas hendak dilayan perangai kawan baiknya itu. Perangai mengalahkan budak-budak. Depan perempuan lain, bukan main cover macho lagi. Depan aku?? Aminah merengus kasar, meluat dibuatnya. Tiba-tiba telefon bimbit ditangannya berbunyi. Aminah segera melihat nama di skrin.

'Riz Poyo'

Aminah terus menekan butang hijau untuk menjawab.

“Apa?” jawab gadis itu, kasar.

“Kau dekat mana sekarang? Dah sampai ke belum?”

“Dah, lah. Kau dah tak tahu erti sabar ek?” marah Aminah. Geram pula dibuatnya. Tanpa disedari, bahunya telah melanggar seseorang. Hampir terjatuh dibuatnya. Aminah memandang orang itu, marah.

“Sorry, saya tak sengaja,” ujar lelaki itu bongkak.

Di sebelahnya, ada seorang wanita cantik memakai sunglasses jenis aviator. Wajah itu seperti penah dilihat sebelum ini.

“Tak nampak ker?” marah Aminah.

“Kan saya dah minta maaf,” ujar lelaki berkemeja biru itu yang pastinya berjenama mewah dengan kasar. Aminah hanya memandang tajam lelaki itu.

Mujur ada wanita di sebelahnya. Dialah yang mnarik lengan lelaki itu supaya segera bergerak dari situ.

Dalam marah, ada juga rasa teruja. Sampai kelibatnya hilang, Aminah memandang. Nasib baik handsome. Tapi sayang, bongkak dan dah ada teman wanita pun!

“Mina!” Aminah tersedar dari lamunan lalu dia terus menoleh ke belakang. Airil Fariz memandang Aminah.

“Kau tengok apa?”

“Hee, suka hati aku,lah!”

“Gatal kau,kan?”

“Dahlah! Mana gambar girlfriend kau, aku nak tengok?” Tanpa menunggu jawapan Airil yang sudah mengorak langkah, Aminah terus mengekori lelaki itu dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience