BAB 8

Humor Series 30330

"Sit," babah sendiri mengambil tempat duduk sambil mempelawa aku duduk. Selepas ambulans membawa Sofia ke hospital, officer babah sampai. Aku ikut mendengar arahan babah pada mereka. Ada beberapa ketika,aku agak ketinggalan bila babah berulang kali menekankan keadaan kesihatan Encik Mikail. Dia diculik kah?

" Did you get the situation?"soalan babah menyedarkan aku dari fikiranku.

" What? " aku ulang tanya.

" Can you catch the situation?" Aku geleng. Memang aku tidak faham. Dan aku menunggu penerangan dari babah.

" Mikail is sick," aku angguk. Okay..itu memang hakikat yang diketahui ramai.

"Maksud babah...here,"jari babah menunjuk ke dahinya. Aku terkejut. Badan yang tadi bersandar enak di kerusi terus menegak.

"Mental?"soalku tidak percaya. Encik Mikail sakit mental?

Babah angguk. Dia bersandar ke belakang. Riak wajahnya berubah.

" So, all of this....," aku cuba membuat kesimpulan.

"Yes. It's him,"jantungku berdetak kencang. Aku raut wajahku kasar. Apa yang berlaku pada Sofia disebabkan oleh bapanya sendiri?

"And...according to their housekeeper, Encik Mikail sudah lama sakit,"

Sofia...Sofia...what the hell are you doing to yourself? Menjaga pesakit mental berbahaya bersendirian? Is she stupid?

“Then, what the hell’s he doing here?” mata babah tajam memandangku. Language! Itu yang selalu mummy katakan bila kami adik beradik mengeluarkan kata-kata kesat. Tapi dengan babah, batas bahasa kami agak bebas. Well,babah sporting sikit.

“According to their housekeeper, Encik Mikail baru released from phychiatric hospital. Apparently....mental condition dia dah semakin better. Itu sebabnya Sofia bawa Papa dia balik ke sini. Untuk bantu proses pemulihan, doktor suggest untuk Encik Mikail duduk di persekitaran yang menenangkan. Plus, ini tempat tinggal dia dengan deceased wife dia dulu.So.....,”leretan babah dihujungnya memberitahu itulah jawapan yang kami cari selama ini. Sebab mengapa Sofia pulang ke sini.

Sofia pulang demi Encik Mikail. Kenangan Encik Mikail dengan isterinya dahulu sebelum mereka dipisahkan oleh ajal, mungkin dapat membantu proses penyembuhannya. Tapi siapa tahu.....dalam memulihkan dirinya, orang lain pula yang menjadi mangsa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience